Commercial Break

Monday, June 9, 2014

Melancong ke Beijing-Day 5 (Temple of Heaven dan Panda House (Zoo Panda) a.k.a Schichahai Zoo)

Pagi yang cerah di Beijing. Kesejukan masih lagi mencengkam terutama di Subuh hari, namun suhu sejuk ini agak kurang daripada semalam.

Pagi ini menikmati terbitnya matahari dari balkoni, menunggu sehinggakan ianya mulai cerah sedikit demi sedikit..


Dan hari mulai terang..

Dan selepas itu menikmati mihun yang lazat..Alhamdulillah

Tempat pertama yang akan kami tujui hari ini ialah Temple of Heaven. 

Temple of Heaven. Dengar nama macam boring macam nak pegi temple semata kan? Sebenarnya Temple of Heaven ni tempatnya bukan sekadar Temple malah ianya adalah lebih daripada itu, terutama bagi penduduk Beijing.

Temple of Heaven mula di bina sejak tahun 1400 an lagi...iaitu semasa zaman pemerintahan Maharaja Yongle, iaitu maharaja yang sama yang memulakan pembinaan Forbidden City. Mulanya temple ini kecil je, tetapi lama kelamaan apabila tiba zaman Maharaja Jiajing pada 16 century, ia mula di perbesar dan di perluaskan, sehinggalah ke hari ini, ia bukan hanya temple semata-mata malah ia sekarang merupakan kawasan taman rekreasi yang terkenal untuk berehat, beriadah dan bermain.



Peta Temple of Heaven...luas betul. Banyak sungguh kawasan yang maha luas di Bejing ini, seluasnya tanah besar China ini.



Lagi seni bina yang mengkagumkan.
Kawasan di sekitar Temple of Heaven ini memang sangat luas. Ia terbahagi kepada beberapa kawasan. Dalam setiap kawasan ni, banyak sungguh aktiviti yang di jalankan. Saya lihat ramai warga emas turut serta dalam setiap aktiviti. Memang seronok tengok aktiviti-aktiviti yang di jalankan tu kepelbagaian, maksudnya kalau boring nak buat taici, boleh pegi buat Falundafa. Kala boring gak..boleh join dancing dan sebagainya.

Bukan itu sahaja,malah kawasan sekitar ini memang sangat cantik dengan pokok-pokok dan bunga yang sedang mekar.


Setelah melalui beberapa kawasan rekreasi, barulah sampai ke Temple yang sebenar.










Ada satu bahagian di sekitar kawasan Temple ni, nampak ramai yang beratur tunggu giliran nak letak kaki di tengah-tengah bulatan tu, tak pasti mengapa.




Selepas puas mengunjungi Temple of Heaven kami di bawa ke Schichahai Zoo ataupun Panda House (Zoo Panda).

Hihi masa ni Panda berdua  belum di bawa ke Malaysia lagi.



Saya tak pasti betul atau tidak, tapi saya rasa panda adalah binatang yang malas. Masa kami datang semua panda kat sini tido aje kejenya. Tak keluar pun, tido je kat dalam. 








     



Catatan travelogue Beijing hari ke 5 ini bersambung next entri ya. Tunggu..

1 comment:

  1. The Temple of Heaven is located in Beijing.
    Its in a huge park so you can walk around
    and enjoy the fresh air whilst exercising. Its a very nice park and you will
    see many Chinese
    locals walking around there. Also there is lots of Chinese tourists visitng the site
    just like you. Its nice to spend a few hours there and balance it
    with something else in Beijing.
    You will be amazed by the site and the style.
    Its is truly remarkable.
    If you are interested to have a guided tour of this site feel free to contact me.

    I have around 12 years experience in guided tours with people from all over the world.

    I am a professionally licenced guide. Welcome to my hometown Beijing.

    ReplyDelete