Commercial Break

Wednesday, June 18, 2014

Melancong ke Beijing- Day 6 (Pengalaman menaiki Subway di Beijing dan Silk Street Russian Market)




Hari ke enam di Beijing. Kembara kami di Beijing hampir sampai ke penghujungnya, kerana malam ini (eh bukan..pagi besok iaitu pukul 2.05 pagi) kami akan bertolak pulang ke Malaysia. Rasa macam tak puas berada di Beijing kerana banyak lagi tempat menarik yang belum di lawati di Beijing, namun masa tidak mengizinkan. 

Hari ini pula, satu hari kami peruntukkan sebagai shopping day. Kak Mama akan guide kami pergi ke Yashow dan Sik Street Russian Market dengan menaiki Subway, iaitu keretapi berkelajuan tinggi di Beijing. Sebenarnya kalau tidak biasa, memang tak lepas naik Subway di Beijing ini, kerana nama semua tempat di tulis dalam Bahasa China semata-mata kecuali perkataan Subway seperti di dalam gambar di bawah.



Macam di Malaysia juga, pembelian tiket boleh di lakukan di kaunter atau mesin.



Lokasi shopping yang pertama pada hari ini ialah Silk Street Russian Market. Yang menariknya, Silk Street Russian Market ini ala-ala KLCC kerana subway betul-betul berhenti di dalam market, kita tak perlu keluar dari shopping kompleks jika mahu ke sini. 

Bershopping di sini mudah kerana setiap tingkat di peruntukkan untuk satu-satu jenis perniagaan. Kebanyakan shopping kompleks di Beijing memang begini gayanya. Satu-satu tingkat di peruntukkan untuk satu-satu jenis barang. Antara barang yang boleh di dapati di sini ialah pakaian, handbag, silk dan macam-macam lagi.





Setelah puas bershopping di Silk Street Russian Market, kami makan tengahari di Restoran Makanan Turki, iaitu The Turkish Cuisine. Semasa dalam perjalanan dari stesen Subway ke restoran, kami mengambil peluang menikmati pemandangan di sekitar Beijing.

                                      






Akhirnya sampai di Restoran..

Keadaan di dalam restoran..



Alhamdulillah, sedap. Lupa nak ambil gambar makanan kerana terlalu lapar akibat giat bershopping. Setelah kenyang, kami pun bertolak ke destinasi kedua iaitu Yashow Market. Saya dah pernah cerita mengenai Yashow Market di sini http://ijaie.blogspot.com/2014/06/melancong-ke-beijing-day-4-tempat.html



No comments:

Post a Comment