Sebelum anda ke China, anda perlu memohon visa. Jika anda mempunyai banyak masa untuk membuatnya sendiri, maka ianya mudah sahaja, hanya ikuti langkah-langkah di bawah.
1) Dapatkan secara percuma borang Permohonan Visa ke China dulu. Boleh walk in terus ke
Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur,
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection).
Hamsphire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm)
Collection : (9am-4pm)
ATAU
Dan yang paling mudah, anda boleh juga download BORANG PERMOHONAN VISA KE CHINA di website.
Ada dua cara untuk mengisi borang ini
1) Lengkapkan borang ini secara online di sini Online Application Form printkan bila dah selesai dan tandantangan ATAU PUN,
2) Anda boleh download terus application form yang kosong dan isi secara manual, kemudian tandatangan.
Jangan lupa untuk untuk bawa borang yang lengkap ke Visa Centre. Hanya borang yang lengkap sahaja di terima.
2) Sebelum/selepas mengisi borang, pastikan anda menyediakan semua dokumen yg dikehendaki
a) Pasport asal dan sah laku sekurang kurangnya 6 bulan sebelum luput
b)Sekeping gambar berukuran Gambar Pasport berlatarbelakang cerah
c)Salinan Muka depan Pasport pemohon.
d)Salinan tiket penerbangan anda ke China yg telah dibooking.
e)Jika ada tempahan hotel, boleh sertakan satu salinan. Jika tiada pastikan anda tahu alamat tempat anda menginap
f)Jika yg menyertai lawatan ramai, boleh menggunakan wakil untuk uruskan, tak perlu semua hadir.
g)Anda perlu memilih dan isikan diborang permohonan anda memerlukan single entry atau double entry. (maksudnya dalam masa 6 bulan jika anda ingin buat 2 kali lawatan, tak perlu mohon visa sekali lagi, pilih double entry)
3) Urusan submission hanya sebentar sahaja jika tidak ramai orang. Selepas pegawai yg bertugas membuat pemeriksaan, anda akan diberi slip untuk pungutan.
Waktu pungutan adalah 4 hari waktu bekerja, anda juga boleh membuat pungutan dihari yang sama melalui Ekspress Visa, tapi harganya sudah tentu mahal. Selepas 4 hari, anda boleh datang membuat pungutan dikaunter dengan membawa bayaran dan slip pungutan.
Pastikan anda menyediakan wang yang mencukupi eperti yang di kehendaki sebelum urusan penyerahan borang yang lengkap di kaunter.

Ini segala maklumat berkenaan permohonan visa ke negara China yang di harap dapat membantu ramai.