Commercial Break

Monday, June 16, 2014

Maklumat Penerbangan Haji

Untuk bakal jemaah Haji, musim haji hampir tiba, jadi ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian mengenai penerbangan Haji iaitu: 


1)Tarikh Penerbangan Haji

Sila ambil tahu mengenai tarikh penerbangan haji kerana kebiasaannya penerbangan ke Tanah Suci akan bermula pada 1 Zulkaedah tahun semasa sehingga 3 Zulhijjah. Manakala penerbangan balik dijangka bermula pada 16 Zulhijjah sehingga 15 Muharram. Mengingati tarikh ini penting agar anda dapat membuat persediaan yang secukupnya sebelum tarikh berkenaan tiba.


2)Maklumat Penerbangan Jemaah Haji Musim Tahun Semasa

Segala maklumat penerbangan bagi musim haji semasa, anda boleh dapatkan dengan menghubungi TH Contact Center (THCC) di talian 03 - 6207 1919.


3)Peruntukan Penerbangan

Kelompok keluarga berdasarkan peruntukan, penerbangan (KT) adalah berdasarkan kepada kumpulan keluarga (mahram) yang dinamakan semasa pendaftaran haji dan senarai yang menyusul jika ada.


4)Surat Jadual Penerbangan

Kebiasaannya Surat Jadual Penerbangan (SJP)  akan dikeluarkan selewat-lewatnya 15 Syawal. Untuk setiap bakal haji yang terpilih dan pergi secara biasa (Muassasah) surat jadual penerbangan akan di hantar oleh Tabung Haji sendiri, manakala bakal haji yang memilih perkhidmatan anjuran Pakej THTS dan PJH,surat jadual penerbangan akan dihantar oleh pihak penganjur.

Jadual penerbangan haji akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan surat jadual penerbangan dan pengesahan kereta haji. 

Bagi maklumat stesen-stesen perlepasan haji sila klik di sini: 
http://ijaie.blogspot.com/2014/06/stesen-stesen-perlepasan-haji.html

Sumber: www.tabunghaji.gov.my

No comments:

Post a Comment