Commercial Break

Tuesday, February 28, 2012

Day 23- (15 November 2011, Part 1) -Jalan-jalan cari makan di Tanah Haram

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

Surah Al Anfaal Ayat 22


Pintu masuk Al Safwa Towers

Hari ni kami tidak melakukan umrah. Mengambil keputusan untuk berehat setelah beberapa hari berturut-turut tidak berhenti dan tiada selang antara ziarah dan lansung terus buat umrah. Tenaga yang digunakan bukan calang-calang. Entah berapa kilometer kami berjalan kalau di campur semua sekali. Dan yang paling best dan menguntungkan adalah entah berapa kilo kami hilang.. syukur alhamdulillah! Memang betul apa yang diceritakan sebelum ini oleh haji-haji dan hajjah-hajjah yang berpengalaman menunaikan haji merupakan cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan. Tapi jangan disandarkan niat mengerjakan ibadah haji untuk menguruskan badan pula.. anggaplah ia sebagai ‘side benefit’ sahaja.

Hari ni kami adakan ziarah sendiri di sekitar kawasan Misfalah. Kawasan Misfalah ni terletak berhampiran Pintu King Fahd. Pintu yang menghadap ke Zamzam Tower dan kawasan komersil termoden ni Makkah ini. Selama ni kami jalan-jalan hanya setakat sekitar ZamzamTower dan kawasan komersil moden ini sahaja. Tak pernah ‘mengembara’ melangkaui kawasan tersebut. Hari ni kami cuba pergi jauh sikit untuk mengenali kota Makkah ini dengan lebih dekat lagi..

Lepas Subuh kami terus memulakan perjalanan..

Orang ramai seperti di kawasan penginapan kami di Gazzah juga. Tetapi di sini udara lebih bersih sedikit sebab tiada major construction dilakukan di kawasan ini pada waktu ini. Tak banyak habuk dan debu berterbangan. Juga tidak perlu melalui stesyen bas yang perlu di lalui oleh kami setiap hari jadi kurang asap kenderaan. Tambahan pula, disebabkan kesesakan manusia banyak jalan di kawasan ini ditutup sementara.

Diberitakan juga bahawa kawasan Misfalah ini akan dibangunkan selepas musim haji tahun ini. Jadi akan ada banyak bangunan, kedai dan hotel di kawasan ini akan dirobohkan tidak lama lagi. Semuanya akan dibangunkan semula dengan pembangunanan yang lebih moden untuk keselesaan jemaah masa depan yang saban tahun makin meningkat jumlahnya.






Ramai gak orang lepas-lepas Subuh ni! Ada yang cari makan, ada yang balik ke penginapan masing-masing.

Sedang berjalan-jalan tetiba saya terasa seperti hendak ke toilet. Takkan nak patah balik ke toilet kesayanganku di Babul Fatah ye tak? Jadi kami mengambil keputusan untuk cari hotel Malaysia berdekatan untuk tumpang toilet di situ. Lebih selesa disamping mudah untuk berkomunikasi.

Jalan, jalan dan jalan, belum pun jauh dari Zam Zam Tower, ternampak satu hotel ni. AlHijaz Palace Hotel. Jauhnya dalam 200 meter sahaja dari Masjidil Haram. Nampak ramai Jemaah Malaysia di dalam. Tanpa segan silu, kami masuk, buat muka ala-ala dah biasa dengan hotel tersebut dan memohon untuk menggunakan bilik air.

Rupa-rupanya toilet awam di hotel ini terletak di dalam kafeteria mereka. Jadi kami melalui dan melihat makanan sarapan pagi yang disediakan. Wow macam-macam makanan yang menarik ada. Semuanya Malaysian food.

Rupa-rupanya AlHijaz Palace ni hotel di bawah Pakej Andalusia.

Hotel ni kecil sahaja. Jauh lebih kecil daripada hotel kami. Tetapi yang pasti dua kali ganda lebih dekat kalau nak ke masjidil haram berbanding hotel kami.




Yang sedihnya, 
Alhijaz Palace Hotel ni adalah salah satu hotel di  Misfalah yang akan di robohkan pada 15 Muharram 1432 H nanti. Mereka yang pernah tinggal di sini pasti terasa nostalgianya.

Dah puas jalan-jalan, kami patah balik ke sekitar ZamZam Tower. Perut sudah menyanyi. Ingatkan nak rasa KFC Arab. Sekali tu tengok harga mak aii..mahalnya berkali ganda daripada KFC kat Malaysia. Terus cancel plan. Nak makan KFC baik balik Malaysia je..lagi berbaloi-baloi.













Akhirnya makan croissant kat Abraj Al Bait..Besar croissant nya.. makan satu pun dah kenyang. No wonder orang Arab ni memiliki susuk tubuh yang besar dan kudrat yang kuat. Makanannya dalam kuantiti yang banyak.

Tapi bukan orang Arab jer kuat makan.. Suami saya pun tak cukup bersarapan dengan croissant sahaja. On the way balik ke hotel kami singgah ke kafeteria Madeina, suami masih lapar dan beli satu sandwich lagi.






Croissant yang belum di makan..






Croissant yang sudah dimakan sedikit...



Hakikatnya di Menara Zam Zam ni (Al Safwa Tower, Abraj Al BAit), banyak sekali restoran-restorannya terdapat di sini. Banyak pilihan makanan termasuklah makanan Timur Tengah dan pelbagai jenis makanan Barat pun ada.





House Of Donuts..menjual pelbagai jenis pastries






Pastries yang di jual di House Of Donuts..yummy!!







Terliur...



Di sini kami telah cuba pelbagai restoran di Abraj Al Bait & Al Safwa Tower, termasuk D'Saji yang sangat terkenal di kalangan jemaah haji Malaysia. Kalau selepas Subuh ke D'Saji ni, pasti sangat panjang beraturnya. Kami mahu mencuba roti canainya, setelah dicadangkan oleh seorang kawan. Pada pendapat kami, setelah merasainya roti canai di sini boleh mengubat kerinduan pada sarapan pagi di Malaysia tetapi janganlah kita expect akan sesedap roti canai yang kita gemari di Malaysia. Ini hanyalah pendapat kami, tetapi ramai jemaah haji yang cakap sangat enak! Mungkin roti canai yang kami rasa di Malaysia lagi sedap! Lain orang lain seleranya.


sources gambar kat bawah :Google






D'Saji






Suasana di food court berhampiran D' Saji






Ramai rakyat Malaysia kat sini






D"Saji..bendera Malaysia megah







Kebanyakan makanan di Mekah di bungkus dalam bekas aluminium begini







Restoran yang menjual makanan timur tengah






Shawarmat















Pizza Hut







Mereka yang beratur untuk membeli KFC



 

Starbuck 




Terdapat banyak pendapat mengenai kewujudan dan kemasukan produk-produk dan jenama -jenama dari barat ke Mekah, tambahan lagi, kewujudannya adalah betul-betul di depan pintu Masjidil Haram. Ramai yang menentang kewujudannya dan mengatakan bahawa kemasukan pengaruh yahudi ini menjejaskan maruah umat Islam dan ia seumpama penjajahan zaman moden.

Tetapi ada juga pendapat yang tidak menentang kemasukan jenama barat ini kerana sekiranya kita kembali kepada AL Quran dan Hadith, setakat hari ini tiada ayat Al-Quran mahupun hadis yang mengharamkan pembelian atau penggunaan produk Yahudi. Lagipun, Rasulullah saw sendiri pernah berurus niaga, menerima hadiah & makanan daripada orang yahudi. Malah perkahwinan & makanan sembelihan ahli kitab yahudi juga dihalalkan dalam Islam.

Oppss..saya tidak boleh menghurai mengenai topik ini dengan lebih mendalam lagi, saya tidak cukup ilmu dalam hal ini. Anyway, saya nak share satu huraian lanjut mengenai hal ini. Mari kita sama-sama fikir-fikirkan dan tenung-tenungkan. Dan marilah kita sebagai umat Islam menambah ilmu dan memajukan diri kita sendiri.

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html





No comments:

Post a Comment