Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah Al Baqarah Ayat 148
Kaabah, dan lautan manusia yang mengelilinginya |
Kawasan jemaah wanita di Masjidil Haram, di kala lengang |
Pagi, bangun dan bersiap-siap untuk ke masjid mulai pukul 2.00 pagi. Berjalan ke Masjidil Haram pukul 2.15 pagi. Tiba di masjid lebih kurang pukul 2.30 pagi. Tawaf sunat. Qiyamullail. Sembahyang Subuh pukul 5.00 pagi. Jalan-jalan cari makan pukul 6.00 pagi. Pukul 7.00 pagi pulang ke hotel. Rehat, basuh baju, mandi, tidur etc. Pukul 11.00 pagi makan tengahari di hotel. Berjalan kaki ke masjid semula pada pukul 11.20 tengahari. Pukul 12.00 sembahyang Zohor. Sembahyang sunat, baca Al Quran. Sembahyang Asar pukul 3.30. Baca Al Quran. Sembahyang Maghrib. Solat sunat, baca Al Quran. Dan rutin kami di Masjidil Haram akan di akhiri selepas sembahyang Isya'. Kadang-kadang selepas Asar atau Maghrib kami akan melaksanakan tawaf sunat sekali lagi. Dan kadang-kadang selepas Zohor atau Asar, kami akan berjalan-jalan melihat sekeliling Masjidil Haram tetapi tidak jauh dari masjid, mengambil kesempatan yang ada untuk mengenali kota suci ini dengan lebih dekat lagi.
Begitulah kegiatan dan rutin seharian kami di Mekah jika tidak melaksanakan umrah pada hari tersebut.
"Kamu ni acik tengok lepas Zohor dah tak balik-balik dah sampai Isya'. Larat ye..takpelah badan muda lagi..kuat lagi."
Mengaitkan badan muda dan kuat untuk berbuat ibadah di masjid.
"Kamu ni aku tengok asyik kat masjid ajer..buat Haji muda-muda bagus. Badan sihat lagi,"
Sekali lagi. Kata-kata yang lebih kurang maksudnya. Badan yang sihat dan muda.
"Bagus kau ni, tak lekat kat hotel makcik tengok. Muda lagi boleh lah...makcik ni dah tua, jalan sikit dah sakit lutut..dah tak larat dah."
Mengaitkan usia dan keuzuran dengan masjid.
"Aku nak jaga kesihatan. Nak simpan tenaga yang cukup untuk haji nanti. Tak perlu pergi ke Masjid setiap masa. Yang penting haji. Tak perlu terkejar-kejar sangat bersesak sembahyang di masjid"
Astaghfirullah.
Tak perlu bersesak-sesak ke masjid?
Tak perlu terkejar-kejar?
Nak simpan tenaga yang cukup untuk haji?
"What's that suppose to mean? Wake up! wake up! Rebutlah kemanisan beribadah di masjidil haram!!" nak jer saya cakap macam tu tapi saya cuma cakap dalam hati. Aduh, saya tidak punya ilham nak menegur, dan tidak sampai hati nak tegur mereka yang lebih berusia daripada saya. Alangkah 'insan biasa'nya saya. Hanya mampu melaksanakan selemah-lemah iman.
Kata-kata di atas adalah antara kata-kata yang sering di utarakan kepada kami. Rutin seharian kami di masjid di kaitkan dengan kemudaan dan kesihatan.
Benarkah hanya mereka yang muda dan sihat sahaja yang mampu menghabiskan masa di masjid?
TIDAK SETUJU. Saya tidak setuju. Pada pendapat saya, usia hanya menyumbang sekitar 20%-30% sahaja. Selebihnya adalah AZAM. Kesihatan adalah hak Allah. Allah yang memilih kepada siapa akan di anugerahkanNya kesihatan. Siapa kata orang muda tak sakit? Dan siapa kata mereka yang berusia perlu menyerah kepada keuzuran dan melepaskan peluang untuk dekat kepadaNya?
Memang saya akui, usia yang muda membuatkan kami melaksanakan haji dengan lebih 'adventure'. Usia yang muda, sihat dan tubuh yang gagah membuatkan suami saya mampu untuk bertawaf beberapa kali dalam sehari. Usia yang muda membuatkan kami berani meredah Jamrah di kala waktu puncak. Usia yang muda membenarkan kami untuk berjalan sejauh 7 km dari Mina ke Masjidil Haram untuk menyelesaikan Tawaf Rukun dengan segera, dan pulang semula ke Mina, sejauh 7 km semula. Usia yang muda membuatkan kami mampu untuk melaksanakan umrah setiap hari. Usia yang muda membuatkan kami lebih berani 'explore' sekitar Mekah, hanya kami berdua sahaja. Ia tidak dapat di nafikan. Ia adalah sesuatu yang 'extra'. Kurnia yang tuhan beri.
Tetapi, usia tidak menghalang sesiapa pun untuk dekat dengan Masjdil Haram. Untuk bersembahyang di dalamnya. Untuk beriktikaf di dalamnya. Untuk melaksanakan segala ibadah di dalamnya. Untuk mencintainya.
Takdir tuhan pernah menemukan saya dengan seorang makcik yang duduk berada di Masjidil Haram mulai pukul 3.00 pagi sehingga pukul 8.00 malam. MasyaAllah. Saya sangkakan kami berdua sudah cukup lama berkampung di Masjidil Haram, tetapi mak cik ini lagi hebat! Dari sebelum Subuh sehingga ke malam? Tidak pernah terfikirkan oleh saya. Masjidil Haram adalah rumah makcik ini di Mekah. Mak cik ini benar-benar insan yang terpilih dari mereka yang terpilih.
"Semasa minggu pertama di Mekah, mak cik dan pak cik akan pulang ke hotel selepas solat Subuh. Kami akan datang semula berjalan kaki untuk solat Zohor. Selepas itu kami akan pulang untuk makan tengahari dan datang semula untuk bersembahyang Asar. Selepas Isya' barulah kami pulang semula ke hotel. Beberapa kali kami berulang-alik dalam sehari dari hotel ke Masjidil Haram," cerita mak cik tersebut dengan panjang lebar.
"Tidak sampai seminggu, pak cik kau mula sakit-sakit lutut. Mak cik pula batuk-batuk. Demam satu hari. Hotel kami bukannya dekat. 1 km dari Masjidil Haram. Kena melalui habuk dan cuaca terik yang panas. Badan kami tak tahan," terangnya.
1 kilometer? Kesiannya!! Hotel mereka dua kali ganda lebih jauh dari hotel kami yang hanya 500 meter sahaja dari Masjidil Haram. Saya bayangkan jalan naik dan turun bukit yang terpaksa mereka lalui untuk ke sini. 1 km terasa lebih jauh apabila bukit bukau yang menjadi jarak antara Masjidil Haram dengan hotel. Sangat mencabar di bandingkan dengan usia emas mereka.
"Sejak hari itulah, kami mengambil keputusan untuk ke masjid 2 jam sebelum Azan Subuh dan hanya akan pulang selepas Isya'." tambahnya lagi.
MasyaAllah. Saya tabik spring sama mak cik ni! Saya sangat kagum dengan mereka!! Tuhan telah takdirkan saya untuk bertemu dengan mak cik dan pak cik yang hebat ini, untuk mengambil iktibar daripada mereka dan memberitahu dunia bahawa keuzuran tidak membataskan ibadat. Mereka tidak menjadikan keuzuran mereka sebagai alasan untuk sembahyang di hotel sahaja. Keazaman mereka dan cinta mereka kepada Masjidil Haram dan cinta kepadaNya telah membuatkan mereka lebih 'kuat' daripada si muda atau si gagah di luar sana. Percayalah ada juga yang muda dan gagah hanya sembahyang di hotel sahaja. Ini benar-benar berlaku. Ia adalah fakta.
"Bersusah payah kami kumpul duit ke sini, bertahun-tahun, bukannya mudah. Takkan kami nak sia-siakan peluang di sini," Jauh dia merenung. Mungkin mengenangkan kembali jerih payahnya untuk ke sini. Pengorbanannya untuk menunaikan Fardhu Haji. Untuk menyahut panggilan tuhan. Dahinya berkerut. Kedutan di mukanya jelas menunjukkan usianya yang hampir 60-an. Mungkin ada kenangan yang melintas di fikirannya.
Saya tertanya-tanya. Bagaimana dengan makanannya sepanjang dia berada si Masjidil Haram? Makanan di sekitar sini bukannya murah. Bayangkan satu hidangan yang mengenyangkan dan bersesuaian berharga sekitar 15 riyal sehidang (makan dan minum)!! Kalau dua orang dah 30 riyal. Itu untuk sekali makan sahaja. Tetapi mak cik dan pak cik ni duduk masjid dari dinihari hingga pekat malam.
"Habis tu macammana mak cik dan pak cik makan?" Saya tak dapat menahan diri dari bertanya.
"Terpaksalah mak cik dan pakcik beli di sekitar sini sahaja. Kadang-kadang pak cik dan mak cik berpuasa," katanya.
Hampir mengalir air mata saya mendengar ceritanya. Jelaslah mereka bukan orang berada. Mereka orang miskin. Tetapi kerana Allah, kerana Allah semata-mata..mereka berkorban. Aduh..jauhnya saya tertinggal oleh mereka!
Saya dan suami, sejak sebelum sampai ke sini lagi kami sudah memasang niat mahu menggandakan amal ibadat kami. Kami mahu menmanfaatkan sepenuhnya masa kami di sini. Kami mahu merebut peluang yang Allah beri kepada kami. Kami telah di panggil ke sini, di terima menjadi tetamuNya yang istimewa di sini, takkanlah kami mahu mempersiakannya. Mungkin orang kata saya perasan kerana menanggap diri istemewa, tetapi saya tidak akan jadi istimewa jika tiada inisiatif untuk menjadikan diri istimewa. Walaupun orang lain buat lebih lagi, kami sepatutnya buat lebih lagi daripada orang lain. Itulah yang sepatutnya. Dan bukan kerana itu sahaja. Kami juga teruja. Kami teruja untuk dekat kepadaNya.
Kami datang ke sini dengan niat semata-mata untuk beribadat kepadaNya. Ingin menyempurnakan ibadat Haji. Untuk menjadikan diri lebih baik daripada sebelumnya. Untuk melaksanakan sesuatu yang 'extra'. Saya datang kesini, hanya itu niat saya. Tiada sebesar hama pun niat lain di hati ini. Takkan saya nak menyimpang dari niat itu? Takkan saya nak mempersia-siakan peluang yang tuhan beri ini. Takkan saya nak duduk hotel sepanjang hari semasa di sini? Kalau nak duduk hotel sahaja, baik saya pergi melancong ke tempat lain. Di sini bukan tempatnya untuk duduk di hotel sahaja.
Bernafas dengan udara yang sama pernah di lalui oleh Rasulullah s.a.w, saya malu jika tidak memanfaatkan peluang ini sepenuhnya. Ya, Allah, saya dambakan shafaatnya di akhirat. Saya juga mahu termasuk dalam golongan yang berjaya melintasi Siratal Mustaqim.
"Bagaimana awak lakukannya, awak boleh duduk di masjid lebih kurang 13 jam sehari?"
Bagaimana saya lakukannya?
Ya Allah ampun kan saya. Di Malaysia, saya bukan seorang yang 'kaki ibadah'. Saya bukan seorang yang alim. Saya melaksanakan seadanya sahaja. Ya Allah banyak benda yang harus saya perbaiki. Banyak perkara yang sepatutnya saya boleh buat lebih baik lagi. Di Malaysia ibadah adalah nombor dua dalam kehidupan. Astagfirullah. Ia adalah sepatutnya nombor satu. Tetapi saya melaksanakan untuk mengejar yang WAJIB sahaja. Dan saya tidak kusyuk. Banyak benda yang saya tahu adalah tidak betul tetapi saya lalai. Saya leka.
Tapi sebelum ke sini saya telah berAZAM. Saya berAZAM untuk berubah. Saya berAZAM untuk menjadi yang lebih baik.
Dan lagi, tuhan telah anugerahkan saya dengan MASA yang lebih mahal daripada emas ini untuk menjadikan ibadah sebagai nombor satu dalam kehidupan. Di sini kami dapat beribadah sepuas hati tanpa alasan.
Ya, bayangkan di Malaysia, terikat dengan pekerjaan di pejabat pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang, saya tidak mampu untuk beribadah seKUAT seperti ini. SeLAMA seperti ini. Dan lagi, banyak masa di habiskan bersama anak-anak di rumah. Mereka bertiga ber'gusti' untuk menarik perhatian kami di rumah. Baru hendak membuka Al Quran, si kecik sudah turut sama mahu duduk di pangku dan mulai membuka 'Al Quran' nya.
Memang kita ke sini untuk melaksanakan ibadah Haji, tetapi untuk menjadikan haji kita di terima dan mendapatkan haji yang mabrur, apa yang kita perlu lakukan? Goyang kakikah?
Sebenarnya cabaran yang paling besar ialah sementara menunggu kerja-kerja haji di laksanakan dan setelah ia di laksanakan. Itulah cabaran untuk mengisi masa dengan tujuan memastikan haji kita akan diterima dan haji yang mabrur.
Persiapan rohani amat penting sejak di Malaysia lagi. Bulatkan tekad. Rancangkan rutin. Setkan target. Nampak macam susah. Tapi sebenarnya amat mudah. Perasaan cintakan Masjdil Haram akan datang dengan sendirinya. Termasuk rasa rindu. Auranya amat kuat. Terasa ingin tinggal di Masjidil Haram. Terasa ingin menjadi rakyat kota Mekah.
"Ustaz kata, seluruh kawasan tanah haram ini, bersolat di mana-mana di tanah haram ni pahalanya 100,000 kali ganda. Tak semestinya kena solat di Masjidil Haram. Di hotel pun kira tanah haram juga. Dapat juga pahala 100,000 kali ganda itu. "
Itu antara kata-kata yang pernah di utarakan.
TIDAK SAMA. Tak sama pahala derap-derap kaki orang yang melangkah untuk ke masjidil haram. Tak sama pahala cabaran yang dilalui naik bukit turun bukit untuk ke masjidil haram. Tak sama pahala mereka yang cintakan masjidil haram. Tak sama pahala mereka beriktikaf di masjidil haram. Tak sama pahala mereka yang solat berjemaah di masjidil haram. Tak sama pahala mereka memandang Kaabah. Tak sama pahala mereka yang bertawaf di Kaabah.
RASULULLAH S.A.W bersabda:
"Bahawa Allah menurunkan seratus dua puluh rahmat ke atas rumah ini (Kaabah) setiap hari dan malam, enam puluh untuk mereka yang melakukan tawaf, empat puluh bagi mereka yang mendirikan sembahyang dan dua puluh bagi mereka yang hanya memandang Kaabah"
Tak mahukah kita merebut rahmat-rahmat Allah?
Ada juga jemaah yang lebih rajin bershopping berbanding ke Masjidil Haram. Setiap hari keluar untuk bershopping. Setiap hari ada sahaja barang yang dibeli. Namun, sayangnya tidak ke masjid. Ada tenaga untuk bershopping, tetapi tiada tenaga untuk ke masjid? Astagfirullah.
Bershopping tidak salah. Tetapi mesti berpada-pada. Niat kita ke sini bukan untuk bershopping. Tetapi untuk beribadah. Jangan sampai bershopping No 1, beribadah No 2.
Ringkasnya, begini jadual harian kami di bumi Mekah sekiranya tidak melakukan ibadah Umrah.
21:00 Tidur - dapat 5 jam
02:00 Bangun dan bersiap (07.00 pagi waktu Malaysia.Jadi tiada masalah 'Jet lag'!)
02:15 Bergerak ke masjid
02:30 Tiba dan beribadah (Tawaf sunat, Qiyamullail)
05:00 Subuh
06:00 Balik Hotel – sarapan – free Time (tidur, berehat, basuh baju, mandi, telefon rumah, shopping, etc)
11:00 Makan tengahari
11.30 Bergerak ke masjid
12:00 Zuhur
12:30 Beribadah - Baca Al Quran, berwirid, etc. Sekiranya mampu boleh bertawaf sunat tetapi cuaca agak terik.
15:30 Asar
16:00 Beribadah – free Time di sekitar Masjidil Haram, boleh bertawaf sunat juga
18:00 Maghrib
19:30 Isyak
20:00 Balik hotel – free time (dinner, rehat, basuh baju, mandi, shopping etc)
Perhatikan betul-betul jadual tersebut. Pukul 2.00 pagi di Mekah bersamaan dengan pukul 7 pagi di Malaysia. Kita sangat beruntung kerana kita tak perlu mengubah jadual tidur kita. Beruntung sangat!!
Ya Allah saya tidak ingin riak. Jauhkanlah diri saya dari riak ya Tuhan yang mana dengannya kalau terlintas walau sedikit pun akan menyebabkan tergelincirnya anak ADAM ke neraka. Saya cuma mahu mereka yang diluar sana turut sama merebut peluang ini dan tidak mensia-siakannya.
Bersembahyang di dataran Kaabah dibawah terik matahari |
Berebut-rebut untuk dekat dengan Kaabah |
Waktu-waktu ketika perempuan di benarkan bersembahyang di dataran Kaabah |
Di dataran Kaabah |
Kawasan solat jemaah wanita, gambar dari atas |
Jemaah Haji Wanita |
Tidak salah tidur sebentar sekiranya terlalu letih, gambar kawasan solat di basement |
Jalan-jalan memori menuju ke Masjidil Haram |
as Salam...
ReplyDeletekagum saya dengan makcik dan pakcik tu...walaupun dah kembali ke tanah air...moga mereka berdua mendapathaji yang mabrur