Commercial Break

Friday, February 10, 2012

Day 16 (8 November 2011)- Melontar hari ketiga

"Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".

Surah Al Baqarah Ayat 125.


Saya bangun pukul 2.00 pagi hari ini, untuk mengelakkan kesesakan di tandas seperti semalam. Alhamdulillah, orang tidak terlalu ramai. Saya sempat berqiyamullail di dalam khemah. Tetapi tertidur lebih kurang pukul 4.00 pagi dan akhirnya terjaga untuk menunaikan solat Subuh. Untuk ke toilet semula? Tidak mungkin. Saya mengambil air sembahyang menggunakan spray wudhu. Lebih efficient dan tidak time consuming.


Melontar hari ketiga.

Ramai juga jemaah haji Malaysia yang lain bercadang mahu menggabungkan lontaran hari ketiga dan hari terakhir atas cadangan Tabung Haji terutamanya bagi mereka yang Uzur. Mereka ini akan ke Jamrah pada lewat malam ke dua. Selepas melontar jamrah hari yang kedua mereka akan berehat menantikan waktu Subuh dan bersembahyang Subuh di Jamrah serta menyambung lontaran untuk hari terakhir (hari yang ketiga) selepas subuh.

Bagi kami, kami mengambil keputusan untuk melontar selepas Solat Subuh iaitu waktu Dhuha lagi sekali. Kami tidak mengikut cara seperti di atas.























Allahuakbar. Kali ini laluan ke Jamrah luar biasa sesaknya. Agak bertolak-tolak. Hati berdebar-debar juga cuma debaran tidak sehebat tawaf. Kesesakan agak luar biasa kerana ramai yang membuat Nafar Awal. Hari ini adalah hari terakhir mereka melontar.


Selepas melalui Moaissem dan sebelum masuk ke Jamrah, saya akan singgah di tandas di Jamrah ini. Tandasnya sangat selesa dan agak bersih, tidak bersesak seperti tandas di Mina. Saya akan mengambil kesempatan ini kerana waktu terakhir saya ke tandas tadi ialah pukul 2.00 pagi. Hari ini saya siap bawa body shower lagi dan mandi sepuas hati. Sudah dua hari saya tidak mandi di Mina huhu. Saya tidak mahu menyumbang kepada kesesakan toilet di Mina.



Selesai melontar, mahu pulang ke khemah!!

Ramai juga peminta sedekah di sekitar Jamrah. Sedihnya sebab mereka ni bawa baby dan anak kecil sekali. Kami tak beri duit kepada mereka, di khuatiri sendiket. Kami beri makanan kepada mereka, kerana di Mina memang mewah dengan makanan terutamanya biskut.

Khemah Malaysia arah Moaisem

Bendera Malaysia megah di bumi Mina, mungkin sebagai penanda membantu jemaah agar tidak sesat semasa pulang ke khemah. Kalau sesat mahu hye hye bye bye ke khemah negara lain.
Balik daripada Jamrah, makan aiskrim yang berharga 2 riyal. Sedap!! pertama kali makan aiskrim di Mekah.

No comments:

Post a Comment