Commercial Break

Thursday, February 9, 2012

Day 15 (7 November 2011) - Bermalam di Mina

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

Surah Al Kahfi, ayat 109

Perjalanan semalam sangat meletihkan. Betis terasa seakan mahu tercabut. Kami tiba di Mina lebih kurang pukul 10 malam. Khemah sudah gelap. Ramai yang sudah tidur. Satu petak khemah memuatkan 16 orang, sangat rapat kedudukannya. Tidur rapat-rapat. Bagi mereka yang berbadan besar, mungkin tiada ruang untuk berpusing. Bagi kami perempuan, keadaan itu tidak terlalu menyesakkan kerana saiz kami tidak terlalu besar. Tidak untuk jemaah lelaki, ia adalah satu dugaan. Suami mengambil keputusan untuk tidur di luar khemah. Cabarannya ialah pada tengah malam apabila cuaca sangat sejuk mencengkam hingga ke tulang.
Mina helicopter view. Sumber google, tak mungkin saya yang ambik heh

Bumbung-bumbung di Mina



Mina. Keadaan khemah di Mina adalah lebih teratur daripada di Arafah. Namun toilet sentiasa penuh. Dan beratur panjang. Ia adalah dugaan. Dan menuntut kesabaran. Bayangkan saya mulai beratur pukul 3.00 pagi, dan hanya dapat keluar pukul 4.30 pagi.


Kesal juga kerana semasa beratur ada juga yang mengambil kesempatan untuk memotong barisan.

"Dik, boleh beri makcik ni masuk dik, dia dah tak boleh tahan sangat dah.."

Kita dengan rasa sangat kesian ni beri la masuk. Sekali tu yang tukang bawak tu muda je lagi takde ciri-ciri tua pun tapi lepas jer mak cik tua masuk dia pun terus masuk. Aduhai kak Hajjah. Sedih tengok.

Dan ada juga yang tak berhenti mulut mengumpat dan mengeluh.

"Adoi lembap betul la depa ni,"

Aduh berdesing telinga walaupun bukan kita yang di katanya lembap.

Mungkin tak sedar agaknya ini adalah salah satu dugaan kecil dari Allah untuk memperolehi Haji yang Mabrur.

At least kita ni ada toilet, tak ambil iktabarkah dari jemaah haji negara yang lain yang hanya berbaringan di jalan?

Melontar hari kedua

Melontar di ketiga-tiga Jamrah. Melontar di Hari Tasyriq 11, 12, & 13 Zulhijjah. Hari ini ialah 11 Zulhijjah. Melontar dengan tertib dimulai dari Jamrah Al-Shugra, kemudian Jamrah Al-Wusta dan akhir sekali Jamrah Al-Kubra. Saya dan suami mengambil keputusan untuk melontar waktu selepas Subuh. Tingkat tiga sekali lagi. Melontar di depan sekali lagi sekali. Alhamdulillah berjalan lancar.


Perjalanan balik dari melontar...keadaan agak tenang

































Di Jamrah





Hari ini di Mina selepas melontar saya tertidur hampir sepanjang hari akibat keletihan semalam tidak terubat lagi. Cuaca di luar yang panas tidak terasa kerana terdapat air cond di dalam khemah. Suara-suara yang kedengaran di dalam khemah hanya seperti sengatan lebah. Saya tidak hiraukan itu semua, dan terus lena di ulit mampi kerana tersangat letih.

No comments:

Post a Comment