Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnyaAllah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
Surah Al Baqarah, Ayat 115
Bas yang di jangka bertolak ke Jeddah pada pukul 9.00 pagi hanya memulakan perjalanannya pada pukul 10.00 pagi. Ia sedikit sebanyak menggugat mood penumpang. Ada yang telah menunggu sejak pukul 8.30 pagi! Ada pak cik yang dah beberapa kali turun naik bas untuk ke tandas. Ada yang sudah tak senang duduk. Tapi ramai yang masih sabar. Untunglah kami berdua tidak terus menaiki bas tepat pukul 9.00 kerana menelefon rumah ke Malaysia di lobi hotel terlebih dahulu.
Kami sempat menelefon ke
Malaysia sebelum menaiki bas kerana ingin bertanyakan khabar Afiq. Hari ini adalah
hari Konsert dan Penyampaian Sijil Tadika Afiq. Sepatutnya ia menjadi
pengalaman “Graduation” kami yang pertama,
tetapi tidak dapat kami hadiri. Aduhai, pilu sungguh! Anyway nasib baik Afiq ada grandmanya, Auntie Aqis, Mak Uda, Uncle Boy, Mak Ngah Syuhada & Pak Ngahnya, Pak Hakemnya & wife yang meramaikan majlis tadika Afiq !
Bercerita tentang lawatan semasa di Mekah/Madinah, bagi mereka yang menunaikan haji melalui pakej, kebanyakan lawatan dan ziarah seperti yang kami sertai ini adalah percuma. Tetapi tidak bagi kami yang pergi secara Muassasah ini. Lawatan dan ziarah extra seperti ini adalah perlu di bayar. Bagaimanapun kami faham dan tidak kisah membayar lebih. Tak semua orang yang hendak pergi dan mampu. Adalah tidak adil jika bayaran lawatan dan ziarah ni dimasukkan sekali dalam bayaran Haji.
Untuk lawatan ke Jeddah ini, kami perlu membayar 85 riyal seorang. Sebelum ini sudah beberapa kali lawatan yang sama di buat oleh maktab kami bagi musim haji kali ini, tapi kami telah bercadang untuk menyertai segala lawatan hanya selepas Haji selesai di lakukan. Bayangkan sertai lawatan ke Jeddah sambil memakai ihram terutamanya bagi suami saya! Mereka yang melaksanakan Haji secara Tamattuk mungkin sesuai untuk menyertai lawatan sebelum haji di laksanakan.
Walau bagaimanapun, akhirnya kami selamat tiba di Jeddah.
Kota Jeddah terletak di persisiran Laut Merah. Jeddah adalah kota yang agak tua, lebih terkenal kerana kawasan perdangan dan komersial, merupakan kota yang terkaya di Timur Tengah dan Asia Barat. Diberitakan nama Jeddah itu bermaksud “Nenek” kerana dipercayai “Nenek” umat manusia, Hawa dikuburkan dibumi Jeddah ini.
Bercerita tentang lawatan semasa di Mekah/Madinah, bagi mereka yang menunaikan haji melalui pakej, kebanyakan lawatan dan ziarah seperti yang kami sertai ini adalah percuma. Tetapi tidak bagi kami yang pergi secara Muassasah ini. Lawatan dan ziarah extra seperti ini adalah perlu di bayar. Bagaimanapun kami faham dan tidak kisah membayar lebih. Tak semua orang yang hendak pergi dan mampu. Adalah tidak adil jika bayaran lawatan dan ziarah ni dimasukkan sekali dalam bayaran Haji.
Untuk lawatan ke Jeddah ini, kami perlu membayar 85 riyal seorang. Sebelum ini sudah beberapa kali lawatan yang sama di buat oleh maktab kami bagi musim haji kali ini, tapi kami telah bercadang untuk menyertai segala lawatan hanya selepas Haji selesai di lakukan. Bayangkan sertai lawatan ke Jeddah sambil memakai ihram terutamanya bagi suami saya! Mereka yang melaksanakan Haji secara Tamattuk mungkin sesuai untuk menyertai lawatan sebelum haji di laksanakan.
Tepat pukul 10, bas memulakan perjalanan sambil di ketuai oleh seorang mutawif. Malang sekali ‘sound system’ dan ‘microfon yang di gunakan amat menyedihkan sekali, bagai hidup segan mati tak mahu, kami yang duduk di belakang-belakang ini tidak jelas apa yang mutawif katakan. Apalagi, hye hye bye bye lah kami berdua hanyut dalam mimpi yang enak sepanjang perjalanan tersebut.
Kota Jeddah terletak di persisiran Laut Merah. Jeddah adalah kota yang agak tua, lebih terkenal kerana kawasan perdangan dan komersial, merupakan kota yang terkaya di Timur Tengah dan Asia Barat. Diberitakan nama Jeddah itu bermaksud “Nenek” kerana dipercayai “Nenek” umat manusia, Hawa dikuburkan dibumi Jeddah ini.
pelabuhan Jeddah, walaupun panas tapi agak berangin |
Bas membawa kami pertamanya ke Maqam Siti Hawa, Jeddah. Kami tiba tepat pukul 11.30pagi. Namun begitu tak dapat dinyatakan secara tepat adakah benar Siti Hawa di maqamkan di situ. Kerajaan Arab Saudi juga tidak menyatakan secara tepat akan kebenaran tentang Maqam tersebut.
No entry..tengok dari luar je..
No entry..tengok dari luar je..
Tepat pukul 12.00 tengahari kami di bawa pula mengunjungi Masjid Qisas, untuk bersembahyang Zohor di situ. Secara amnya, masjid ini sama sahaja kegunaannya dengan masjid lain, tetapi ada satu keistimewaan masjid ini yang tiada pada masjid-masjid lain yang menjadikannya sebagai tempat tumpuan pelancong, iaitu hukuman pancung di jalankan di sini.
Masjid ini terletak betul-betul di tengah kota Jeddah. Khabarnya, hukuman pancung di jalankan bukanlah selalu, dalam setahun hanya ada beberapa kali sahaja kerana mengikut Hukum Hudud, bukan senang-senang gitu je nak pancung orang. Semasa hukuman pancung atau Qisas dijalankan, orang ramai boleh datang untuk menyaksikannya. Apabila sesuatu hukuman pancung hendak di laksanakan, banyak ambulans dah standby,bukan satu atau dua, tapi sampai hampir 10 buah ambulans, bukannya untuk mengangkut mereka yang menjalani hukuman, tetapi untuk mengangkut orang ramai yang pengsan atau terlalu terkejut melihat hukuman tersebut di laksanakan. Begitulah dashyatnya kesan hukuman pancung ini. Frankly speaking, saya sangat setuju hukuman begini di jalankan di Malaysia, barulah orang yang hendak melakukan kesalahan akan mengambil iktibar dari apa yang mereka saksikan. Bukankah Allah itu Maha Bijaksana. Segala apa yang diperintahkan pasti ada hikmahnya.
Selepas hukuman di jalankan, lantai hukuman iaitu di sebuah bangsar di tepi masjid, akan terus disirami air dan di bersihkan dan tak sampai beberapa minit tempat tersebut akan kembali seperti biasa.
Bangsar hukuman di kala tiada hukuman di jalankan, nampak macam normal je, malah menjadi tempat pemandu-pemandu teksi atau bas lepak-lepak dan tidur lagi!! Macho berani..
Rombongan sehari selepas kami, mereka agak tidak bernasib baik kerana sewaktu mereka singgah di Masjid Qisas ini, baru sejam Hukuman Pancung selesai di laksanakan kepada tiga orang pesalah.
Mereka masih dapat menghidu bau hanyir darah walau selepas sejam simen tersebut di cuci, scary tak?
(Tiga gambar di bawah kredit kepada www.Haji1432 atas pengalamannya semasa di Masjid Qisas)
Bangsar tempat hukuman pancung di jalankan...kalau tengok begini nampak macam biasa je..rasa nak lepak-lepak kat sini |
Nampak tak kat takungan air tu? |
Nampak tak kaler merah darah tu? heee |
Selepas solat, kami dibawa mengelilingi Kota Jeddah.
Pemandangan-pemandangan sekitar Jeddah, di ambil dari dalam bas..cuaca panas terik dan berangin kuat
salah sebuah masjid di Jeddah...comel je... |
salah sebuah mercu tanda di masjid di round about Jeddah..sangat unik! |
perasan tak ada air kat tengah-tengah tu...macam laut yang kecil..sangat unik!! |
Pukul 2.00 petang. Kami di bawa ke tepi pantai. Sepatutnya juadah tengah hari yang dibawa dari hotel kami di Makkah akan diedarkan di sini. Tetapi sehingga pukul 3.00 petang makanan masih belum tiba. Ramai jemaah yang agak berumur sudah mula gelisah maklumlah kali terakhir kami menjamah makanan awal pagi tadi sebelum menaiki bas. Bukan sahaja mereka yang berumur, saya yang muda ni pun dah berkeroncong menari-nari irama dalam perut ni! Tiba-tiba datang satu van aiskrim melabuhkan tayarnya berhampiran bas kami. Ramai jemaah yang menyerbu dah terus membeli aiskrim dan makanan ringan yang lain kerana terlalu lapar. Sekurang-kurangnya bolehlah mengalas perut.
van aiskrim ni baru jer sampai dah ramai beratur nak beli aiskrim sebab kelaparan |
Pukul 3.30 petang kami dibawa ke sebuah masjid di tepi laut. Laut ini adalah kesinambungan dari Laut Merah. Di sini barulah makanan tengah hari di edarkan. Diberitakan yang pembawa makanan kami sesat mencari tempat kami berehat. Tetapi agak mengundang teka teki sebab makanan yang dibekalkan masih panas dan kelihatan seperti di beli dari kedai. Bagaimanapun disebabkan perut yang makin berkeroncong semua persoalan dimatikan begitu sahaja. Pihak pengurusan rombongan perlu menambahbaik aspek ini untuk rombongan-rombongan yang akan datang. Kasihan pada mereka yang berusia dan yang mempunyai masalah perut seperti gastrik, berangin dan sebagainya. Anyway Alhamdulillah still ada rezeki! Kami menunaikan solat Asar di sini setelah menikmati makanan yang disediakan.
Masjid di tepi pinggiran laut merah..kami duduk-duduk di batu-batu di tepi masjid ini sambil makan2 dan menikmati pemandangan |
Akhirnya sekitar pukul 5.00 petang kami dibawa ke Corniche Market untuk aktiviti yang ditunggu-tunggu. Corniche Market merupakan kawasan membeli belah yang terbesar di Jeddah. Kami diminta berkumpul di bas semula pada pukul 9.00 malam. Suami saya terkejut kerana memikirkan apa nak buat di sini lama-lama sehingga 4 jam? “Nak buat apa lama-lama kat sini, nak shopping apa?” katanya.
Bagaimanapun setelah waktu tamat, rupa-rupanya kami yang terakhir sekali menaiki bas setelah selesai membeli belah. Orang lain semua sudah standby menunggu bas bergerak untuk pulang ke Makkah.Kami yang terakhir sekali menaiki bas!! Nasib baik tak di tinggalkan! Itu pun terasa waktu 4 jam sangat singkat sekali. Memangla..kami explore segala ceruk rantau Corniche Market.
(Nota: Hari ni hari pertama kami shopping sakan)
salah satu shopping complex yang terdapat di Corniche Market...kami tak beli apa-apa kat sini..banyak beli kat kedai2 yang terdapat di luar sana...
sembahyang Maghrib kat sini sekejap.. Ramai orang di sekitar Corniche Market...lagi malam..lebih meriah!! |
Corniche Market sangat padat dengan pengunjung.Setelah 21 hari ..kat Jeddah inilah baru berjumpa dengan mereka yang membuka aurat.
Di sini banyak juga kedai-kedai Indonesia yang ada nama Murah kat belakangnya. Tak pasti murah betul ke atau hanya ‘gimmick’ untuk menarik pelanggan.
nampak tu..semuanya letak nama murah di belakangnya.. |
Di Corniche Market ni saya suka melihat pakaian ‘Made in India’. Lagi berkualiti dari buatan China. Baju untuk kanak-kanak perempuan sangat cantik dengan pelbagai variasi.Kainnya tebal dan cantik. Tak pernah di jumpai di Malaysia!! Saya beli banyak untuk Rania. Kesian da two boys, hee!
Yang pastinya kami sangat enjoy berada di sini. Sebuah pengalaman membeli belah yang baru yang belum pernah dirasai ditempat lain. Pasti akan mengunjungi sini lagi sekiranya di izinkanNya.
Bas bertolak
dari Jeddah pukul 9.15 malam dan berhenti di Masjid
Jaaranah untuk bermiqat
bagi Umrah sunat.
Diberitakan yang Masjid Jaaranah ini merupakan tempat
Rasulullah bermiqat dan disebabkan fakta ini ramai yang beranggapan bermiqat di
sini lebih afdhal. Bagaimanapun, tiada dalil-dalil yang sahih mengesahkan
perkara ini dan Kerajaan Arab Saudi memberikan fatwa bahawa bermiqat di sini
sama sahaja dengan miqat dimasjid-masjid yang lain. Saya tanya ustazah, ustazah kata tidak..bermiqat di mana pun sama sahaja pahalanya.
Kami tiba tepat pukul 11.15 malam di hotel. Saya dan suami terus berjalan kaki ke Masjidil Haram
pada pukul 11.45 malam. Melaksanakan umrah kami yang kedua dan segalanya
selesai tepat pukul 1.30 pagi.Balik hotel dan tidur!Penat sangatt!!.
salam.sebelum ke Jeddah,buat tawaf wida' dulu tak? Rasanya Jeddah tu jauhnya lebih dari 2 marhalah
ReplyDelete