"Rasulullah s.a.w selalu berzikir kepada Allah s.w.t setiap saat,"
Riwayat Muslim.
Hari ini kami akan berangkat ke Arafah. Hati agak berdebar-debar, tetapi Insya Allah telah bersedia mental dan fizikal. Wukuf di Arafah adalah kemuncak Haji. Wukuf di Arafah adalah antara Rukun Haji yang membezakan ibadah Haji dengan Umrah.
Kami dijangka bertolak ke Arafah pada pukul 3.00 petang, tetapi bas hanya tiba pada pukul 6.45 petang. Kelewatan itu tetap kami boleh terima, kerana kami hanya perlu menunggu di bilik sahaja, ianya tidaklah terlalu menyusahkan. Kami juga telah di beri nombor bas dan khemah mana yang kami harus duduki nanti. Segala-galanya telah di atur terlebih dahulu.
Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar. Bas yang dinaiki pun ok, bas yang di lengkapi dengan pendingin hawa.
Mereka yang lain, pelbagai kenderaan di gunakan untuk ke Arafah/Mina.
Bas tidak berbumbung, sengaja di buka bumbungnya kerana kepercayaan sesetengah negara bahwa dalam ihram pun tidak boleh menaiki any kenderaan yang berbumbung |
Dalam perjalanan, terserempak dengan bas yang tidak berbumbung. Sebelum ini hanya mendengar cerita dari mulut mereka yang berpengalaman sahaja. Salah satu larangan dalam ihram bagi lelaki ialah tidak boleh menutup kepala. Bagi mereka ini, kenderaan berbumbung juga dikira menutup kepala!!
Akhirnya tepat pukul 7.45 malam kami tiba di Arafah. Keadaan khemah gelap dan senyap sunyi, kebanyakan jemaah haji telah tiba, kerana bas kami adalah antara yang terakhir tiba.
Saya terus menunaikan sembahyang Isya', makan dan tidur untuk menghadapi hari besar yang di tunggu-tunggu pada esok hari.
No comments:
Post a Comment