Commercial Break

Friday, February 24, 2012

Day 22 (14 November 2011) -Kenangan Gua Hira', Jabal Nur dan Jabal Rahmah

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.


Surah Al Hajj Ayat 11




Pagi ini kami akan mengikuti ziarah dan lawatan yang kedua. Penat dan letih semalam masih belum hilang, tetapi kerana mengenangkan wang yang sudah di bayar sebanyak 25 riyal tambahan pula kesempatan untuk mengenali sirah dan kota Makkah dengan lebih baik lagi kami gagahkan juga badan melawan kepenatan dan keletihan. Entah bila lagi kami akan berpeluang untuk kesini lagi jadi peluang yang ada ni tidak boleh disia-siakan.

Hari ini ziarah dan lawatan adalah di sekitar Jabal Nur-Gua Hira', Jabal Rahmah dan kawasan-kawasan yang berkaitan dengan kerja-kerja Haji yakni Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jamrah. Kami bertolak tepat pukul 7.30 pagi. (Alhamdulillah, pergerakan menepati waktu dan tidak lewat hari ini).

Sekitar pukul 8.15 pagi kami sampai di tepi Jabal Nur yang terletaknya Gua Hira' di atasnya. Kami tak naik atas sampai Gua Hira' dan hanya melihat dari kaki bukit sahaja. Untuk memanjat ke atas sehingga sampai ke Gua Hira' masa yang diperlukan ialah selama lebih kurang satu jam.

Memandang nun jauh di atas bukit sana, rasa sangat kagum apabila memikirkan kecekalan Rasulullah S.A.W yang sering bermunajat di dalam Gua Hira’. Begitu juga dengan Saidatina Khadijah yang selalu berulang alik menghantar makanan kepada Rasulullah S.A.W. Bayangkan nak mendaki naik ke atas selama satu jam? Itu belum campur lagi jarak perjalanan dari Masjidil Haram ke sini.

Mereka yang pergi melalui pakej ada yang menyediakan aktiviti memanjat ke atas ni..itu yang diberitahu oleh ibu saya sebelum saya ke sini. Kalau muassasah ada sediakan saya dan suami teringin nak ikut.. Pastinya sebab nak melihat sendiri gua di mana turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah S.A.W.




Jabal Nur dari kejauhan...


kat atas nun jauh di sana terletaknya Gua Hira'










Walaupun kami tak dapat memanjat ke atas, saya ingin share pengalaman mereka yang pernah ke atas. Kredit kepada website www.tetamuallah.com. Pengalaman mereka adalah seperti di bawah.




Jabal Nur






Jalan kaki menuju ke Jabal Nur


View dari bawah..bagaikan semut..ada yang naik dan ada yang turun


Kaki bukit Jabal Nur..tempat bermulanya anak tangga untuk naik ke atas. 


view dari pertengahan jalan, sudah sayup-sayup bangunan


monyet-monyet pergunungan yang menanti pendaki membuang sisa makanan. Monyet-monyet ini tidak mengancam keselamatan pendaki.


Semakin ke atas, semakin sayup pemandangan di bawah. 


bawa air botol siap2..pasti haus




Pemandangan indah di puncak Jabal Nur


Dari puncak, pendaki terpaksa turun sedikit ke bawah menerusi jalan yang agak curam untuk sampai ke Gua Hira. Kelihatan ramai yang beratur di pintu Gua Hira menunggu giliran untuk masuk ke dalam


Pemandangan indah dari puncak Jabal Nur menghala ke Kota Makkah.


Menuju ke Gua Hira  




Sebahagian pengunjung beratur untuk masuk ke dalam Gua Hira.
Dalam gua Hira'


Dalam Gua Hira'


Pendaki mengambil kesempatan bersolat dan berdoa menghala ke Kaabah di Masjidil Haram


Pemandangan indah di puncak Jabal Nur.


Nun sayup2...




Itu lah cerita pengalaman mereka yang lain yang berjaya mendaki ke Gua Hira'. Mungkin satu masa nanti kami berdua dapat juga mendaki ke atas? Mungkin Umrah ke next time? Wahh harap2nya..dengan izinNya




Kemudian kami ke Jabal Rahmah. Tempat pertemuan pertama Adam dan Hawa.


Turun je bas, unta ni sudah menyambut kedatangan kami..stand by dengan bergaya
Gambar di bawah menunjukkan pemandangan menuju ke Jabal Rahmah..ramai yang panjat sampai atas..saya malas..tengah pakai jubah ni risau ada yang tergolek nanti







Hai penjaga unta..


















Berhati-hati kerana dekat sini banyak sangat tahi unta. Kerana sibuk nak ambil gambar unta seperti di bawah ini saya tak perasan terpijak tahi unta..Menggangu konsentrasi sungguh..






Akhir sekali kami di bawa ke Masjid Hudaibiyah(Sumaisyi). Masjid Hudaibiyah ini adalah tempat Rasulullah S.A.W membuat perjanjian dengan kafir Quraisy.


Balik dari Hudaibiyah dan setelah selesai berniat umrah di Miqat kami segera melaksanakan umrah selepas Asar. Pahalanya saya sedekahkan mengikut turutan nama yang diamanahkan oleh ibu. Sebelum Isya selesailah umrah kami.

Kali ini saya sedekahkan pahalanya kepada arwah ayah.

Semasa tawaf saya tidak dapat mengelak dari terkenangkan arwah ayah. Saya bersyukur dapat ke sini, melaksanakan ibadah ini dan ayah saya dapat pahalanya.

Ustazah menjelaskan kepada saya, walaupun saya tidak berniat untuk menyedekahkan pahalanya kepada ayah, tetapi pemergian saya ke sini, melalui ibadat ini dan ibadat-ibadat yang lain, kubur ayah akan bercahaya kerananya.

Saya masih ingat peristiwa itu. Ayah pergi secara mengejut. Suatu subuh yang hening, telefon berdering. Suami yang mengangkat telefon. Saya baru keluar dari bilik mandi, bercadang mahu bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Suami menuju ke arah saya. Mukanya pucat tidak berdarah. Telefon masih berada di tangannya. Saya dapat menghidu sesuatu yang tidak enak. Sesuatu yang tidak baik telah berlaku.

"Yang, Syuhada telefon. Ayah kemalangan," suami saya cuba menyusun kata-kata.

Saya tidak berkata apa-apa. Tetapi wajah saya menunjukkan rasa ingin tahu dan bimbang.

"Ayah dah meninggal," ayat ini bagaikan halilintar.

Saya terduduk. Bagaikan mahu pitam. Bagaikan tidak percaya. Dunia seakan mahu berputar.Tiba-tiba ia jadi gelap gelita. Tubuh badan menggigil. Suami cuba menenangkan saya.

Ya, ayah pergi ketika saya baru mengandungkan anak sulung, kandungan berusia 5 bulan, ia adalah cucu pertama untuk ayah dan ibu. Ayah tak sempat merasa bagaimana mempunyai cucu, padahal ketika itu ayah sangat sayang kepada kanak-kanak.

Dan ayah pergi kira-kira dua minggu sebelum berlansungnya pernikahan dan perkahwinan adik saya Syuhada. Ia sangat mengejut. Ia berlaku dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pemergian ayah menyebabkan saya kesal kerana belum benar-benar dapat membalas jasanya semasa hidupnya. Saya harap saya dapat mengurangkan dosa saya agar kubur ayah tidak suram dan membanyakkan pahala saya agar kubur ayah terang bercahaya. Dengan harapan dapat membalas jasanya. Sejak ayah meninggal, saya tidak pernah lagi mengingati tarikh lahirnya mahupun tarikh pemergiannya. Saya tidak mahu ingat semua itu. Detik itu tidak akan berulang, dan bagi saya ia tidak penting lagi. Saya hanya ingatkan diri agar menyedekahkan fatihah setiap kali selepas solat dan seminggu sekali yassin untuknya.Itu yang paling penting. Begitu juga saya harap adik-adik saya dapat berbuat serupa. Kurangkan keburukan dan tambahkan kebaikan. 



Alfatihah kepada arwah ayah saya.






1 comment:

  1. as salam...

    ada pluang pergi la daki. saya dlu mutawwif bawak daki belah malam sebab sejuk n orang xde.

    cantik pemandangan waktu malam. subhanallah

    ReplyDelete