Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Berdoalah kepada Allah dengan kamu yakin akan diterima dan ketahuilah Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai"
Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan hari wukuf jatuh pada Hari Sabtu 5/10/2011. Hari Wukuf adalah hari kemuncak haji. Kini,kaki lima Masjidil Haram semakin sesak dengan mereka yang datang secara ‘walk-in’ ke Makkan yakni tanpa perkhidmatan (baik muassasah atau pakej). Mereka berkhemah dan bergelandangan di kaki lima masjid, tiada tempat tinggal yang tetap. Kadang-kadang kasihan melihat anak-anak mereka yang masih kecil, bermain-main dengan batu dan pasir di sekitar kawasan mereka tidur. Sekiranya ada khemah, itu adalah sesuatu yang bernasib baik bagi mereka. Kebanyakannya tidur beratapkan langit dan berbumbungkan bintang-bintang. Ia adalah sesuatu yang kita rakyat Malaysia tak pernah terfikirkan. Sanggupkah kita ke Mekah tanpa tempat tinggal yang tetap?
Ia membantu kita menginsafi akan kedaifan mereka yang lain.
BERWASPADA
Walaupun tanah suci Mekah adalah tempat yang diberkati dan di rahmati, kita perlu ingat yang syaitan itu ada di mana-mana. Dimana ada syaitan, disitu adalah mereka yang berniat jahat dan mewakilinya.
Ada beberapa insiden dan peristiwa benar yang telah terjadi sepanjang kami di sini, yang mengingatkan kami agar sering berwaspada dan berhati-hati. Sentiasalah berdoa agar Allah memberi lindungi kita daripada mereka yang suka menipu ini.
Tempoh hari, kami telah menukar beberapa keping wang malaysia ke riyal Arab kerana wang yang di bawa dari Malaysia telah hampir habis. Kita tidak perlu membawa terlalu banyak wang riyal kerana di sini banyak sekali kaunter yang menawarkan tukaran wang asing. Duit Malaysia juga tidak perlu di bawa terlalu banyak kerana Tabung Haji sentiasa membuka kaunter pengeluaran wang di sini pada waktu-waktu yang ditetapkan. Dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran wang hanyalah paskad Jemaah Haji (JH) dan gelang tangan JH. Kaunter dibuka di beberapa hotel yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Kami beruntung kerana hotel kami menyediakan kaunter ini.
Berbalik semula kepada urusan tukaran wang asing tadi. Selepas juruwang memulangkan wang yang telah ditukar, sila kira betul-betul duit tersebut. Seperti pengalaman kami, wang yang ditukar tidak cukup beberapa riyal. Nasib baik suami saya kira betul-betul duit tersebut dan meminta juruwang memberi jumlah sebenar. Juruwang buat-buat lupa dan segera memulangkan wang tersebut.
Antara perkara yang perlu di jaga di sini ialah dompet. Seorang pakcik di sini telah di toreh tali pinggangnya semasa tawaf. Nasib baik pak cik tersebut tidak membawa apa-apa semasa tawaf. Kalau tak dah lebur duit beliau.Ya, ianya berlaku SEMASA TAWAF. Bukannya selepas tawaf. Semasa tawaf golongan seperti ini akan mengambil kesempatan kerana sesaknya orang pada waktu itu. Ia berlaku betul-betu di hadapan rumah Allah.
Saya semasa mula-mula sembahyang di masjid, amat phobia dan berhati-hati juga, beg galas siap di sandang semasa sembahyang. Sangat poyos bersembahyang sambil menggalas beg yang agak penuh.Apabila rukuk dan sujud, beg saya pun turut sama juga. Sebenarnya agak sukar juga sembahyang dalam keadaan tersebut.
Beberapa hari kemudian baru confident beg tersebut di letak di depan saf semasa sembahyang.
Seterusnya, berhati-hati sekiranya ingin menaiki teksi ke tanah halal untuk ke miqat bagi melengkapkan syarat Ihram. Telah tersebar berita bertiup kencang mengenai 3 orang wanita Malaysia telah dibawa lari ketika menaiki teksi ke Tanaim. Tanaim ialah tanah halal yang paling dekat dengan Masjidil Haram Makkah. Di Tanaim terletaknya Masjid Saidatina Aishah, antara masjid yang popular untuk bermiqat Umrah. Antara pesanan yang popular untuk mereka yang menaiki teksi ke Tanah Halal ialah,
"Pastikan lelaki naik dahulu, perempuan kemudian. Dan perempuan turun dahulu, lelaki kemudian"
Ini amat penting kerana mereka yang dibawa lari akan hilang selama-lamanya.
Suami telah survey dan mendapat tahu bahawa bas ke Tanaim ada berdekatan dengan Dar Al Tawhid (Intercontonential). Hanya perlu bayar dua riyal sahaja. Kami mengambil keputusan untuk menaiki bas apabila ke Tanaim nanti. Harap-harap mode kenderaan awam ini lebih selamat untuk kami.
Sentiasa berdoa agar di jauhkan dari mereka yang suka menipu.