Sabda Rasulullah S.A.W
"Orang yang mengerjakan Haji dan Umrah adalah tetamu agung kepada Allah, sekiranya mereka memohon doa kepadaNya, nescaya Allah perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunanNya nescaya Allah ampunkan mereka"
Riwayat An Nasa'iy dan Ibnu Majah.
Semalam selesai saie haji, dan hari ini ingin bercerita lebih lanjut tentang ibadat saie. Ibadat saie di lakukan di Mas'a. Mas'a merujuk kepada kawasan yang bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. Jarak satu perjalanan dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter.
Bukit Safa adalah sebuah bukit yang merupakan sebahagian daripada Jabal Abi Qubays. Jarak antara bukit Safa dengan Kaabah ialah 40 meter.
Bukit Marwah ialah sebahagian daripada Jabal Quay'qian.
Di antara kedua bukit inilah berlakunya perjalanan ulang alik Siti Hajar sebanyak 7 kali mencari manusia lain dengan harapan dapat membantu anaknya Nabi Ismail mendapatkan bekalan air dan berteduh dari kepanasan.
Binaan Mas'a pada hari ini telah bersambung dengan Masjidil Haram, tetapi dari segi hukum ia tetap bukan sebahagian daripada kawasan masjid. Oleh itu seseorang yang berada di dalam hadas besar, contohnya perempuan yang sedang haid boleh meneruskan pekerjaan saie sehingga selesai.
Ramai yang beranggapan bahawa sembahyang di Mas'a sama seperti sembahyang di dalam masjid. Ianya bukan kerana ia bukan kawasan masjid.
Apakah erti Saie sebenarnya?
Pengertian lengkap saie ialah berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah 7 kali dengan syarat-syarat sahnya.
Syarat sah saie adalah seperti berikut:-
1) Dilakukan selepas Tawaf Rukun/ Tawaf Qudum
2)Bermula di Bukit Safa, Berakhir di Bukit Marwah (jangan mulakan dari bukit Marwah)
3)Cukup 7 kali dengan yakin dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa
4)Hendaklah sampai ke penghujung tempat Sa'ie di Safa dan di Marwah. Jangan pula saie sampai di tengah-tengah sahaja.
5)Hendaklah Sa'ie di Batnulwadi ( Kawasan Sa'ie )
6)Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa'ie. Contohnya sedang bersaie tetiba pergi cari kawan yang hilang.

Perkara-perkara yang sunat semasa saie:-
1)Keluar ke tempat Sa'ie melalui Babus-Safaa
2)Menaiki Bukit Safa/ Marwah hingga sampai batu-batu bukit.
3)Mengadap Qiblat dan melambai Kaabah dengan kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah
4)Berlari-lari anak apabila sampai di tempat bertanda lampu hijau.(Yang ni bagi lelaki sahaja)
5)Dalam keadaan berwuduk
6)Berjalan kaki
7)Berturut-turut
8)Ittiba' pada semua pusingan
9)Berdoa

Peta bangunan kawasan saie
(kredit website tetamuallah.com)
Gambar-gambar kat bawah adalah sumber dari google.
DIbawah ini gambar Mas'a suatu ketika dulu. Agak sempit dan belum diperbesarkan.
nampak tak batu di dalam gambar di bawah tu? Batu itu adalah kemuncak Bukit Safa. Sekarang batu-batu tersebut dah di pagar kerana ramai sangat duduk bertenggek kat atas tu. Ada yang duduk berjam-jam untuk berdoa di situ kerana berdoa di bukit Safa dan Marwah adalah afdhal dan makbul berdoa. Jangan tak percaya mereka ni ada yang sembahyang di situ.

No comments:
Post a Comment