Commercial Break

Thursday, January 19, 2012

Day 6: (29 October 2011) Part 1-Praying beside the Iraqi

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Tempat yang paling di sukai Allah ialah masjid. Tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar."

Riwayat Muslim.

Semakin ramai Jemaah Haji mulai membanjiri Mekah kerana waktu wukuf semakin hampir. Sesetengah jemaah haji dari negara lain hanya mulai datang apabila hampir tiba hari kemuncak, iaitu wukuf di Arafah. Mereka tidak datang awal seperti kita.


Bertambahnya jemaah bermaksud semakin sesaknya dataran tawaf.


Hari ini sekali lagi tanpa jemu cuba untuk tawaf dibawah tetapi kerana terlalu ramai, kami memutuskan untuk sambung tawaf di tingkat atas setelah lebih kurang tamat 3 pusingan tawaf di bawah. Semasa cuba keluar daripada pergerakan tawaf di dataran, seorang makcik Pakistan telah terjatuh kerana di tolak. Berdebukk bunyi yang kuat. Nasib baik beliau segera di angkat oleh salah seorang Jemaah.Nasib baik beliau tidak di pijak.


Banyak juga kedengaran khabar-khabar mengenai jemaah haji yang dikatakan meninggal dunia semasa sedang bertawaf semasa musim haji kali ini kerana dikatakan terjatuh dan terpijak oleh orang lain sedang bertawaf. Kebiasaannya, mereka ini terpijak ketika cuba untuk mengambil barang yang terjatuh ketika sedang tawaf. Oleh itu, berhati-hatilah ketika di dataran tawaf. Sekiranya ada barang terjatuh, jangan sesekali di ambil, takut terjatuh dan di pijak. Halalkan sahaja barang tersebut demi keselamatan kita. Harta dunia boleh dicari atau diusahakan semula. Yang terbaik adalah kita bertawaf secara ‘light’ i.e. tidak membawa banyak barang ketika bertawaf – kamera, handphone, cermin mata, etc. Kalau ingin bawa pun, pastikan ianya di satukan dalam satu beg sandang yang di letak di hadapan badan. Jangan sesekali letak beg sandang di belakang badan.

Walau bagaimana pun, hanya insan-insan yang terpilih sahaja yang meninggal di kota suci Makkah dan Madinah.

Semasa waktu Asar, saya solat di sebelah beberapa Jemaah Haji dari Tunisia. Tetiba datang segerombolan jemaah Iraq, senyum dan duduk di sebelah kiri saya pula.


"Can you speak English?" tanya salah seorang dari mereka yang termuda, lebih kurang 40-an umurnya.


Saya mengangguk dan tersenyum. Banyak juga soalan yang ditanya oleh jemaah Iraq tersebut kepada saya,dengan penguasaan Englishnya yang sedikit.


Akhirnya semasa saya membaca Al Quran dengan suara yang agak perlahan, tiba-tiba dia berkata,"Can I hear you read?"


Alamak, saya baca bukannya perfect sangat. Teringat kritikan suami ketika mendengar bacaan Al Quran saya suatu ketika dahulu. Macam budak sekolah rendah katanya bergurau. Saya senyum2 simpul. Bantai jer la..dengan segera mata mencari dan menangkap ayat yang paling pendek di muka surat tersebut. Cuba membaca dengan sesempurna mungkin. Dalam hati kalau dia nak tegur cara bacaan saya biarlah...lepas ni bukannya jumpa lagi..


Dia tersenyum. "MasyaAllah. Your reading is very good as compare to most Arabs."


Bulat mata saya seakan tak percaya. "Really?"


"Yes, MasyaAllah". Dia memeluk saya. (Nota: Orang Arab memang suka memeluk dan mencium sahabat mereka. Ia adalah budaya mereka.)


Dan itu adalah perkara pertama yang saya warwarkan kepada suami sebaik sahaja berjumpa dengannya selepas solat.

Ia menyedarkan saya, orang Arab (bahkan semua bangsa yang lain!) ada kelemahan mereka tersendiri. Oleh itu kita Malaysian, janganlah terlalu memandang rendah diri kita sendiri berbanding mereka. Buangkan rasa inferior complex. Memang kita lihat mereka ada banyak kelebihan, tetapi percayalah di sebaliknya banyak perkara yang harus mereka perbaiki. Jika tidak, masakan kebanyakan utusan-utusan Allah di turunkan di kalangan mereka. Renung-renungkanlah...

Quran berada di mana-mana di Masjidil Haram

Nampak tak rak kasut kat tepi tu? Lebih selamat letak kasut kat dalam masjid compare dengan di luar masjid


Jemaah dari Iraq. Saya masih ingat akan wajah-wajah mereka. Mereka juga kenal dan tahu akan Malaysia. Ramai warga Iraq datang dan belajar di Malaysia and Malaysia is a peaceful country katanya

 



 







































No comments:

Post a Comment