Commercial Break

Tuesday, January 17, 2012

Day 5 (28 Oktober 2011) Part 1- Doa yang dimakbulkan

Hasan al Basri :
" Bahawa agama ini akan tegak dengan tegapnya selagi Haji dilakukan di rumah ini dan selagi orang-orang mengadap muka-muka mereka didalam solat ke arah Kaabah. " ( Durre Manthur )

Pengalaman tawaf semalam tidak mematahkan semangat untuk tawaf sunat sekali lagi pada hari ini. Besarnya kuasa tuhan dan luasnya rahmatNya. Sekiranya himpitan dan tolakan seperti semalam berlaku di jalan TAR di Malaysia, pasti sehingga ke akhir hayat saya tidak akan ke Jalan TAR lagi. Tapi itu tidak berlaku di rumah Allah ini. Ibadat tawaf dan Kaabah ada aura yang kuat. Ianya memanggil-manggil saya untuk berjuang lagi seperti semalam. Tanpa serik.

Sama seperti semalam. Pukul 2.30 pagi. Tiba di tempat sembahyang dataran berbumbung, sudah nampak kesesakan di dataran tawaf dari kejauhan. Hati sudah mula berdebar-debar, degupan jantung di rasai. Aduhai lemahnya iman.

Pusingan pertama. Saya masih kuat lagi. Tiba pusingan kedua saya sudah tidak tahan. Tersepit, di sepit. Saya cuak. Mungkin kerana melihat saya yang cuak, merasa genggaman tangan yang kuat atau mendengar suara cuak yang meminta tolong daripadanya setiap kali dihimpit, suami membawa saya keluar dari dataran tawaf "Kita sambung di tingkat 1 sahaja," putusnya.

Dalam perjalanan ke tingkat 1 saya rasa agak hiba. Hari ini rasa lebih sukar daripada semalam. Teringat lintasan yang menjengah ke dalam hati saya semalam. Ia seperti doa yang di kabulkan Tuhan. Saya telah berkata di dalam hati bahawa saya tidak mahu bersusah payah seperti ini, maka tuhan telah kabulkan doa saya. Seribu keinsafan menjengah ke dalam sanubari. "Ya Allah ampuni daku, ku sanggup menempuh segalanya kerana mu Ya Allah, kau lindungilah dan mudahkanlah ya Allah. Besok dan seterusnya aku ingin tawaf dibawah ya Allah" itu yang menjadi zikir saya semasa bertawaf di tingkat atas. Besarnya kuasa tuhan. Agungnya Allah. Tidak perlu tunggu seminggu, sekejap sahaja Allah sudah tunjukkan kekuasaannya di sini. Alangkah kerdilnya kita di sisiNya. Dan siapala kita di sisiNya.

Tawaf di tingkat atas sangat mudah walaupun laluan dan pusingannya sangat jauh. Dalam waktu yang singkat tanpa perlu terhimpit dan bersesak, tawaf kami telah dihabiskan. Tetapi perasaan dan nikmatnya lansung tidak sama dibandingkan bertawaf di dataran. Bertawaf di dataran, walau seribu kepayahan, menghasilkan sejuta nikmat dan kerinduan.





Dataran tawaf yang sangat penuh. Tetapi dataran yang penuh inilah yang memanggil-manggil kami untuk tawaf setiap hari. Dan memanggil-manggil berjuta-juta jemaah haji yang lain untuk bertawaf di sini.
                 Lautan manusia..tanpa jemu bertawaf. Tawaf menghasilkan satu nikmat yang sukar di terangkan.


No comments:

Post a Comment