Bagi jemaah Malaysia yang pergi menggunakan perkhidmatan Muassasah, hanya disediakan makan tengahari dan makan malam secara percuma. Tak sama dengan jemaah yang pergi menggunakan pakej yang kebanyakannya menyediakan buffet untuk semua waktu makan (i.e. pagi, tengahari dan malam). Walaupun tiada sarapan pagi disediakan, oleh pihak Muassasah, jemaah dibekalkan uncang teh dan kopi untuk sebulan didalam bilik hotel, sesuatu kemudahan yang amat berharga terutamanya bagi mereka yang tidak boleh hidup tanpa the atau kopi! Bagi kami tiada masalah sebab memang kami memang bukan kaki kopi atau teh. Kami hadiahkan sahaja uncang-uncang bahagian kami kepada kawan-kawan sebilik yang lebih memerlukan.
Hidangan makanan tengahari dan malam yang disediakan oleh pihak Muassasah setiap hari telah siap-siap dibungkus. Yang uniknya di sini berbanding di Malaysia ialah juadah akan dibungkus dalam pek-pek kertas aluminium! Kalau di Malaysia biasanya kita menggunakan pek-pek polisterin sebab jauh lebih murah tapi disini ‘upgrade’ sikit. Tak pernah nampak pula bungkusan polisterin digunakan walaupun di kedai-kedai makanan sekitar Mekah. Jadinya, makanan yang disediakan akan lebih panas untuk jangkamasa yang lebih lama dan lebih fresh.
Mungkin mereka mahu cuba menyambut seruan “Hijau” tapi tak nampak pula aktiviti-aktiviti recycling dilakukan. Semua pek-pek aluminium tersebut dilonggokkan bersama sampah sarap yang lain. Kertas, plastic dan kotak-kotak juga mengalami nasib yang sama. Kalau di Malaysia, dah lama pekerja-pekerja kebersihan akan mengasingkan barang2 tersebut untuk di recycle dan menjana pendapatan tambahan untuk mereka tetapi tidak di sini. Mungkin ada usahawan-usahawan yang nak menceburi bidang ni? Selain boleh buat duit, boleh menyahut seruan Hijau dan boleh juga berbakti di bumi yang suci ini!
Selalunya menu makanan Muassasah adalah masakan melayu, kecuali tengahari Jumaat, iaitu Nasi Briyani, menu yang paling lazat dan di nanti-nantikan oleh semua Jemaah termasuk kami. Selalunya, jarang berlaku kehabisan stok makanan sehingga pihak pekerja akan sedekahkan lebihan makanan tersebut untuk jemaah-jemaah negara lain disekitar hotel kami. Namun jika tengahari Jumaat pernah berlaku stok tidak mencukupi membuatkan ada jemaah yang pulang agak lewat selepas Solat Jumaat kena tunggu makanan yang perlu dimasak semula.
Sarapan pagi adalah inisiatif masing-masing untuk mencari dan membeli. Bagaimanapun, jika masih tidak boleh lari dari selera Melayu, banyak peniaga-peniaga tempatan (berketurunan Pattani, Indonesia, etc) yang menjual menu-menu Melayu. Kedai di lobi di dalam hotel kami pun turut menyediakan menu-menu ini. Harganya agak berpatutan jika dibandingkan dengan makanan-makanan tempatan. Tetapi jika dibandingkan tukaran matawang dan ketulenan rasa, memang akan wujud rasa tidak puas hati!
Bagi saya dan suami, sarapan pagi adalah satu peluang untuk mencuba makanan tempatan dan makanan Arab. Selama berada di sini, hanya sekali dua kami tidak makan makanan Arab. Itupun kerana kami rindu masakan Melayu! Selalunya, kami makan makanan Arab. Mereka ada kebab, nasi briyani, nasi arab, nasi mandy, roti pita, sandwich dll. Jangan salah faham, sandwich mereka tak sama dengan sandwich kita. Sandwich mereka agak unik, ala-ala kebab a.k.a adik beradik kebab.
Tapi berdasarkan pengamatan, memang tiada makanan asal/tradisional Arab Saudi yang dijual. Kebanyakannya ada unsur-unsur atau pengaruh negara lain seperti Lebanon, Turki, Pakistan, India dan sebagainya. Mungkin juga faktor bumi Mekah ini yang memang sudah zaman berzaman dikunjungi oleh pelbagai bangsa.
Makanan di sini agak banyak kuantitinya untuk satu set. Bagi perut orang Melayu memang susah nak habiskan kesemuanya. Jadi, jika kita dikategorikan sebagai orang yang makan tak banyak bolehlah berkongsi satu set untuk dua orang. Tetapi memang agak mahal. Satu pack nasi beserta seketul ayam/daging boleh mencecah 15 riyal (sekitar RM12) pada waktu puncak! Satu set sandwich atau kebab kebiasaannya 3 – 5 riyal (i.e. RM2.50 – RM4.00). So, boleh expect kita kena keluarkan sekitar RM8 – RM10 setiap individu untuk sarapan termasuk air.
Teringat kenangan hari pertama. Semasa makan kebab di tepi jalan, dan gambar kami di ambil. Gambar ni di ambil dari jambatan semasa kami on the way cari makan hari pertama tersebut...di Gazzah
Antara kegemaran kami ialah sandwich yang di jual di kafeteria Madeina, kafe yang bertentangan dengan hotel kami.....
Kafeteria Madeina, kecik kaler merah tu. Gambar di ambil dari hotel kami. |
Ada satu gerai yang sering kami lewati sekiranya ingin ke masjidil haram. Kami lihat bukan main ramai lagi yang mengunjunginya. Begitu popular terutamanya di kalangan pemandu-pemandu teksi dan kereta sapu. Cuma kami tak pernah berpeluang untuk berkunjung ke gerai tersebut sebab ia hanya di buka lebih kurang pada pukul 3-4 pagi atau 11-12 malam dan ditutup apabila waktu Subuh. Ia semestinya bukan waktu makan kami. Kami tidak pernah singgah sehinggalah suatu hari, kami mencuba murtabak yang di jualnya. Hmm..rasanya boleh tahan cumanya tidak dapat menandingi murtabak yang di beli di pasal malam Bandar Baru Bangi atau murtabak terkenal Pantai Dalam. Mungkin selera Melayu kami tak sama dengan selera penduduk tempatan!
Inilah rstoran yang di maksudkan...masa ni tak ramai sangat orang...Ianya salah satu dari sebilangan kecil restoran jalanan yang mempunyai kerusi dan meja |
Jemaah-jemaah haji yang agak berusia, kebanyakan mereka tidak boleh tidak, mesti nak makan masakan Melayu! Untuk bagi jemaah di hotel kami, di lobi hotel ada di jual pelbagai masakan melayu seperti mihun, nasi lemak etc. Rasanya tidaklah enak seperti di Malaysia, tetapi telap boleh menghilangkan kerinduan mereka kepada masakan tempatan..Roti juga ada dijual disini.
'Kedai Runcit' Hotel. Motosikal itu bukan untuk di jual ya. |
Beberapa hari lepas kami telah melawat-lawat sekitar hotel Hilton, Al Safwa Towers dan Abraj al Bait. Kawasan ini adalah di belah bertentangan Masjidil Haram berbanding dengan kawasan yang menghala ke hotel kami. Untuk ke sini dari Masjidil Haram, kami perlu keluar melalui pintu King Fahd atau King Abdul Azeez. Tetapi untuk ke hotel kami adalah semestinya pintu kegemaran Babul Fatah
Kawasan di sekitar sini adalah satu pemandangan dan suasana yang amat berlainan jika dibandingkan dengan dengan kawasan sebelah Babul Fatah dan Bukit Marwah. Lebih ramai yang sembahyang dan berkampung di dataran sini, dan lebih ramai jemaah negara asing. Mungkin kerana ianya lebih selesa bagi mereka.
Pintu King Abdul Azeez, dan kawasan dataran di hadapannya. Abraj Al BAit dan Safa Tower terletak bertentangan kawasan ini. |
Ini pintu King Fahd..mengadap sikit ke Dar Al Tawhid, Intercontinential..berhadapan dengan construction yang sedang giat dijalankan. Boleh juga ke Safa Tower atau Abraj Al Bait melalui pintu ini. |
Abraj Al Bait...kawasan di dalam shopping complex ala-ala KLCC Malaysia. |
Pintu masuk Abraj Al Bait. |
Hari ini kami membuat keputusan untuk bersarapan di Abraj Al-Bait. Kebab yang kami pilih adalah agak lazat, dengan harga yang agak mahal dan kawasan yang lebih selesa berbanding dengan restoran tepi jalan yang biasa kami kunjungi. Harganya agak mahal lebih 1.5 atau 2 kali ganda. Kawasannya mempunyai kerusi dan meja yang selesa berbanding dgn kebiasaan kami makan di tepi jalan atau membawa makanan balik ke hotel.
Semasa di Malaysia lagi, mereka yang dah berpengalaman ke sini sering mengingatkan kami agar tidak melepaskan peluang untuk merasai jus (terutamanya jsu mangga) dan aiskrim. Itu yang kami buat dua tiga hari sesampai di sini. Kebiasaaanya jus yang di jual adalah berharga 5 riyal. Tetapi di shopping complex seperti di Abraj Albait ini, harganya adalah 10 rial. Ia kelihatan lebih pekat dan menyelerakan berbanding di kedai biasa, tetapi kami tak sampai hati nak beli. Mahal sangat!!
Semasa di Malaysia lagi, mereka yang dah berpengalaman ke sini sering mengingatkan kami agar tidak melepaskan peluang untuk merasai jus (terutamanya jsu mangga) dan aiskrim. Itu yang kami buat dua tiga hari sesampai di sini. Kebiasaaanya jus yang di jual adalah berharga 5 riyal. Tetapi di shopping complex seperti di Abraj Albait ini, harganya adalah 10 rial. Ia kelihatan lebih pekat dan menyelerakan berbanding di kedai biasa, tetapi kami tak sampai hati nak beli. Mahal sangat!!
Aiskrim arab yang terkenal belum kami rasa lagi sebab takut batuk dan tekak yang gatal, kami berazam untuk merasainya selepas wukuf di Arafah nanti.
No comments:
Post a Comment