Commercial Break

Thursday, January 26, 2012

Day 9 - (1 November 2011) -Kemujaraban air zam-zam

RASULULLAH S.A.W bersabda:

"Sebaik-baik air di muka bumi ialah air Zamzam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit."

(Riwayat al-Tabarani)





Air Zam Zam...sangat mudah di dapati di Masjidil Haram..berada di mana-mana...sangat best..saya sangat suka!


Ini air zam zam yang sejuk yang di salurkan terus melalui paip. Tempat ini juga menjadi favourite jemaah untuk mengambil air sembahyang! Maklumlah bilik air jauh di luar...




Pekerja masjid sedang memenuhkan air zam zam di dalam tong-tong air


Di sini ada air zam zam yang sejuk dan yang suam


Pekerja mengelap air zam zam yang tertumpah di lantai...Ramai juga yang mengambil air sembahyang di sini. Sebaik-baiknya elakkanlah...kesian pekerja-pekerja ini selain mengganggu keselesaan jemaah lain!



Dan ini..gambar-gambar lama air dan perigi zam-zam


Timba air zam zam tahun 1345 hijrah - sumber google


Perigi ini yang pada masa kini telah di tutup
Air zam zam dari sumber




 "Menurut bacaan kita dari internet dan buku-buku, batuk berterusan dan bersahut-sahutan adalah perkara yang normal di Masjidil Haram, kenapa saya tak dengar itu semua?" kata suami saya, mencari jawapan dan membuat kesimpulan.



"Adala..," jawab saya. "Kat tempat perempuan ada, tak berhenti-henti, bersahut-sahutan terutama sekali waktu solat".

"Ya ke?"dia agak kehairanan.

Dan besoknya dia mulai batuk.


Ya, batuk berterusan dan bersahut-sahutan di kalangan jemaah haji di masjidil haram adalah perkara biasa. Tapi, Alhamdulillah, selama berada di Tanah suci, saya batuk boleh di kira dengan jari. Jika di Malaysia, immune system suami adalah lagi hebat dari saya. Apatah lagi, seminggu sebelum berangkat ke tanah suci saya telah batuk dan demam agak teruk 2, 3 hari. Risau dibuatnya. Lega dikurnia kesihatan selepas itu.

Selain madu dan doa, minuman utama saya adalah air zamzam sepanjang berada di Tanah Suci. Air Zam zam dan saya tidak dapat dipisahkan. Umpama irama dan lagu. Kesukaan saya kepada air Zamzam seumpama cinta kepada sang kekasih, tidak mahu berpisah! Air zamzam yang akan saya angkut didalam beg sandang walau ke mana-mana saya pergi. Air zamzam yang akan saya bawa ke tempat tidur saya. Air Zamzam yang akan saya minum sebelum tawaf, yang saya bawa bersama-sama semasa tawaf, yang akan di minum selepas sembahyang sunat tawaf. Kadang-kadang, akibat tidak tahan kehausan semasa tawaf, air Zamzam akan saya minum sambil berdoa semoga tuhan permudahkan, diberi kekuatan dan tenaga dan tidak pengsan semasa tawaf. (Rujuk nota dibawah mengenai minum air semasa tawaf). Saya jua membawa air zam zam bersama ketika saie. Hanya ke tandas sahaja tidak saya bawa air Zamzam yang sangat ku cintai. Saya sangat suka air zamzam. Saya pasti akan sangat merindui Air Zamzam di Malaysia.

Faktor-faktor cuaca panas yang terik dan kering, tambahan pula debu dan habuk daripada construction yang giat di jalankan di seberang jalan menghadap ke Babul Fatah, iaitu pintu kegemaran kami di Masjidil Haram, dan juga asap dari kenderaan apabila kami melalui stesyen bas Turki semasa pulang ke hotel dari Masjidil Haram...semua ini telah beberapa kali menyebabkan tekak saya mulai gatal. Di tambah pula dengan sumbangan virus yang dibawa oleh berjuta jemaah haji yang lain dari negara mereka, tidak hairanlah batuk, selsema dan demam adalah penyakit utama di sini.


Setiap kali tekak saya terasa gatal, saya akan segera minum Air Zam Zam sambil berdoa,"Ya Allah, aku datang ke sini untuk beribadat kepadamu Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesihatan yang baik, sembuhkanlah penyakitku, lindungilah aku daripada virus-virus" Saya akan minum air Zamzam sebanyak-banyaknya dan tak peduli walaupun saya terpaksa ke tandas beberapa kami selepas itu. Saya amat yakin tuhan telah beri saya kekuatan dan kesihatan melalui air Zamzam.


Kami amat bernasib baik, minggu-minggu kami di sini Makkah menghampiri cuaca sejuk (November, Disember). Minggu-minggu awal, panas di Makkah adalah lebih kurang sama atau kadang-kadang lebih panas dari cuaca di Malaysia. Salah seorang rakan sebilik pernah memberitahu, semasa dia mengerjakan umrah pada tahun lepas, cuaca yang amat panas di Makkah di selang seli dengan angin kencang yang panas, sehingga pipi akan terasa berbahang apabila di tiup angin.
Alhamdulillah kami tak perlu melalui itu semua.


Nota:Makan/minum adalah antara amalan-amalan yang makruh di dalam Tawaf. Makruh makan dan minum ketika tawaf, kemakruhan minum lebih ringan daripada makan. Tidak membatalkan pusingan tawaf. Rasulullah SAW pernah minum air ketika tawaf kerana sangat dahaga.


No comments:

Post a Comment