Commercial Break

Wednesday, January 18, 2012

Day 5 (28 Oktober 2011) Part 2 - Solat Jumaat di Masjidil Haram

Daripada Abdullah Bin Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,

"Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan  tidak menghinanya."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sembahyang Jumaat di Masjidil Haram.....

Jumaat disini adalah hari rehat saya selepas Subuh hingga ke Asar. Kenapa? Perempuan tidak digalakkan ke masjid semasa sembahyang jumaat, jadi saya hanya duduk di bilik sahaja selepas pulang dari sembahyang Subuh di masjidil haram dan sarapan.

Pihak tabung haji ada menyediakan ceramah untuk kaum wanita pada setiap hari jumaat. Ceramah biasanya lebih kurang sejam ke dua jam sahaja.

Kebiasaannya makcik-makcik dan kakak-kakak di bilik saya gemar pergi bershopping sebelum bermulanya ceramah. Saya pula suka tido semasa mereka pergi shopping. Lebih-lebih lagi hari ini, selepas sangat letih bertawaf, saya pasti mengambil kesempatan merehatkan badan. Mereka pula akan balik shopping sejurus sebelum masuk waktu sembahyang kerana semua kedai akan di tutup semasa masuk waktu solat.

Rata-rata jemaah haji wanita Malaysia adalah begitu apabila tiba setiap hari Jumaat. Mereka tidak akan pergi bersesak bersama kaum lelaki semasa solat Jumaat di masjidil haram.

Tetapi tidak begitu bagi kebanyakan bangsa-bangsa lain. Sebabnya bila tengok kat tv (siaran lansung sentiasa live daripada masjidil haram di tv di sini), ramai je perempuan2 bangsa asing yang terselit-selit tengah sembahyang kat celah-celah orang-orang lelaki. Janganla kita rakyat Malaysia ikut pula. Haram hukumnya sembahyang di saf lelaki.

Hari ini. Pukul 2.00 petang.

Berjumpa suami semula untuk bersama-sama ke masjidil haram sebelum sembahyang Fardhu Asar yang akan masuk lebih kurang pukul 3.15. Nampak wajahnya keletihan, sejauh langit dan bumi dengan wajahku yang segar bugar yang sempat tidur dengan agak lama hari itu.

Suami membawa cerita menarik untuk di kongsi. Katanya dia telah ke masjid semula seawal pukul 9.00 pagi untuk tawaf sunat. Betapa dekatnya dia dengan Kaabah, dan betapa dia dapat melihat pelbagai gelagat jemaah haji yang berada di sekeliling Kaabah. Antaranya perangai segelintir jemaah yang membaling batu ke dalam Hijir Ismail, ambil gambar tangan yang sedang memegang multazam menggunakan handphone (mesti bila balik dari tawaf nak cerita kat orang yang dia dapat pegang Multazam) dan tolak menolak yang lebih hebat daripada pagi tadi semasa bersamaku. Dia lansung tak menolak tapi akibat tolakan itu, tawafnya selesai lebih kurang 20 minit sahaja sudah selesai.

Antara tanda-tanda Haji yang Mabrur ialah kita menghormati sesama muslim dan tidak menyakiti mereka. Jangan kita tolak orang semasa melakukan ibadat yang mulia ini dan jangan buat perkara-perkara yang bida'ah.

Dan yang paling penting, jangan di lupa, semasa tawaf sekiranya kita memegang dinding Kaabah, maka batallah tawaf.

Tangan-tangan yang memegang dinding kaabah.Nampak tak ada yang lap guna kain?Huhu mereka ni... Bawa balik gerenti tak basuh tu. Mahunya dibawa hingga ke tidur.






No comments:

Post a Comment