Commercial Break

Thursday, January 12, 2012

Day 2 (25 October 2011) Part 2- Tawaf Kudum dan Saie Haji

"Labbaikallahumma labbaik..labbaikalasyarikalakalabaik..
Innalhamda..wannikmata laka wal mulk..
La syarikalak"


"Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah hambamu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu yang tiada sekutu bagi-Mu"



Selepas Subuh. Saya dan suami bercadang mahu sertai Tawaf Kudum yang ditetapkan oleh Tabung Haji, yang meminta agar kami berkumpul pada pukul 7.00 pagi. Sebelum tu kami berpusing dan berjalan mencari sarapan di Gazza dahulu.

Kami berjalan agak jauh,mungkin dalam 700 meter?

Lalu kat jejambat ni. Pemandangan di ambil daripada jejambat.



Selepas jejambat, mulanya kami sampai di satu lorong. Ramai wanita indonesia sedang menjual makanan Indonesia di lorong kecil itu.

Makanan Indonesia agak banyak boleh didapati di sini kerana Indonesian adalah antara jemaah haji teramai setiap tahun. Tapi kami tak beli di sini. Kami nak cuba makanan Arab.


Akhirnya kami membeli kebab yang di bungkus di sebuah cart ala-ala 1901 Malaysia. Tiada tempat makan di sediakan, jadi kami mengambil keputusan makan di tepi tangga jalan.


Pertama kali saya makan di tepi jalan, di tepi tangga kedai. Kami notice kat Makkah ni mereka suka membuka restoran yang jual makanan sahaja, tiada kerusi dan meja di sediakan. Melainkan kalau restoran bertaraf tinggi. Atau di tempat yang eklusif seperti di supermarket besar.


Semasa kami makan ada pak arab yang lalu lalang jakun siap ambil gambar kami lagi.


Kemudian kami segera pulang ke hotel untuk bersiap sedia berkumpul bersama jemaah haji Maktab 89, KT 72 yang lain untuk tujuan Tawaf Kudum.


Setelah berkumpul di lobi hotel, kami mulai berjalan beramai-ramai hingga ke Masjidil Haram, akhirnya mulai pukul 8.30 pagi baru kami Tawaf.

Matahari mulai terik. Orang tidak terlalu ramai tawaf, tetapi suami membawa kami terpisah daripada kumpulan Malaysia. Saya sentiasa memegang lengan suami (dengan berlapik) agar tidak terpisah ketika tawaf. Walaupun orang tidak terlalu ramai, tapi beberapa kali saya terasa terhimpit dan ditolak terutama ketika menghampiri sisi Hajar Aswad. Tetapi aneh dan ajaib pada ketika itu saya tidak hiraukan semua itu. Saya hanya teringatkan keagungan tuhan yang memilih saya menjadi tetamunya dan dipanggil untuk merasai semua pengalaman dan ibadat yang berharga ini. Perasaan semasa tawaf? Sangat nikmat yang tidak dapat digambarkan. Perasaan selepas tawaf? Amat bersyukur kerana berjaya dan diberi peluang melakukannya. Pada ketika itu saya percaya walau bagaimana susah pun ibadat tawaf ini, saya akan melakukannya lagi dan lagi.. lagi dan lagi.. selama saya berada di bumi bertuah ini..


Gambar ini di ambil selepas tawaf..ini consider tak ramai ni . Gambar di ambil dari Tingkat satu.




Selesai Tawaf, kami terus membuat keputusan untuk Saie Haji. Ia adalah satu keistimewaan Haji Ifrad, kami boleh mulai Saie Haji dahulu dan tidak perlu menunggu selepas Tawaf Rukun. Ibadat Saie mengundang keinsafan dan air mata. Berulang alik dari Safa Ke Marwah sebanyak 7 kali, teringat sejarah Siti Hajar yang berulang alik dari Bukit Safa ke Marwah untuk mencari air untuk anaknya, Ismail A.S. Keseorangan, kerisauan dan kehausan. Menempuh kepanasan dan padang pasir yang tandus. Uii jauh tau..bukan calang-calang orang boleh buat. Kita manusia biasa ni, alangkah jauhnya ketabahan kita nak dibandingkan dengan Siti Hajar. Bukit Safa dan Marwah pada masa itu mana ada macam sekarang ni...berlantaikan marmar, berbumbung dan ber 'air-cond'. Bayangkan jika kita Siti Hajar..berulang-alik dari Safa ke Marwah mengambil masa 40 minit sekurang-kurangnya..


Syukur, Tawaf dan Saie berakhir pada pukul 10.15. Kami terus menunggu di masjid untuk sembahyang Zohor. Alhamdulillah selesai Rukun Haji yang pertama.



Tempat saie, lokasi utama. Gambar di ambil dari atas, setelah selesai saie.





















No comments:

Post a Comment