Commercial Break

Friday, February 17, 2012

Day 19 (11 November 2011) -Bas ke Tanaim

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. 


Surah Al Baqarah Ayat 149


Suami mencuba untuk ke Tanaim seorang diri selepas Solat Jumaat dengan menaiki bas di stesen bas berdekatan Hotel Dar-el-Tawhid (Intercontinental). Cadangannya untuk melihat-lihat dulu dan mengkaji keadaan sama ada sesuai atau tidak menaiki bas untuk miqat di Tanaim sebelum pergi dengan saya. Selepas yakin bahawa ia adalah mode kenderaan yang paling sesuai, barulah dia akan membawa saya. Cadang-cadangnyalah. Tetapi manusia hanya merancang, tuhan yang menentukan. Keadaan sekitar Masjidil Haram sangat sesak selepas solat Jumaat, tiada kenderaan yang dibenarkan masuk termasuklah bas. Setelah menunggu sekian lama, suami give-up terutamanya mengenangkan waktu Asar yang semakin hampir.


Setelah apa yang dirancang tidak menjadi, maka kami tukar rancangan. Kami bercadang akan melaksanakan Umrah pada hari esok juga, bersama-sama. Dengan menaiki bas. Kami sangat bersemangat untuk melaksanakan umrah selepas beberapa hari berehat. Ia akan menjadi umrah kami yang pertama dan InsyaAllah akan di susuli dengan umrah-umrah yang seterusnya.


Saya teringat akan senarai Umrah badal yang telah di kirim oleh ibu, sebelum saya berangkat ke sini. Siap disertakan dengan senarai nama-nama penuh untuk diniatkan. Salah satunya ialah untuk arwah ayah yang tercinta. InsyaAllah saya akan cuba melaksanakannya.


Petang selepas Asar kami pergi mengambil gambar di antara celah-celah burung merpati. Di Makkah ni memang banyak sangat burung merpati. Semuanya gemuk-gemuk dan sihat-sihat. Dan jinak-jinak. Mestila..sebab saban hari ramai jemaah memberi makanan kepada burung-burung ni. Bahkan terdapat ramai peniaga jalanan yang menjual makanan burung di sini. Jemaah juga dilarang membunuh binatang buruan kat sini.. Jadi burung merpati boleh bermaharajalela tanpa apa-apa kerisauan!



cantik..macam kat oversea negara omputih..cuma bezanya ni kat Makkah..
 


kat sini kalau jalan di celah-celah burung merpati memang biasa..






Saya yang secara semulajadinya geli geleman dengan binatang jadi biasa pulak dengan burung2 ni...mereka ni jadi macam sebahagian dari kehidupan pulak hehe






Ramai yang bagi makan



Burung merpati terbang ke arah kami

Tidak lama dahulu ada satu kawasan yang dinamakan dataran burung merpati. Tetapi, untuk projek pembesaran Masjidil Haram, dataran itu dirobohkan. Jika tidak silap semasa musim Haji kali ini, dataran yang dirobohkan itu dijadikan stesen bas sementara untuk keperluan jemaah-jemaah Turki dan Indonesia. Setiap kali berulang ke Masjidil Haram kami akan melalui tempat ini. Memang ada banyak burung merpati di sini.

No comments:

Post a Comment