Commercial Break

Wednesday, May 21, 2014

Isu 15,100 bakal jemaah umrah tidak dapat visa

Ramai yang bertanyakan saya mengenai isu 15,100 bakal jemaah umrah tidak dapat visa. InsyaAllah saya akan update isu ini dari masa ke semasa. Di sini saya bawakan berita yang telah dikeluarkan oleh Utusan mengenai hal ini baru-baru ini seperti di bawah:


KUALA LUMPUR 20 Mei - Agensi dan syarikat pelancongan yang menguruskan perkhid­matan umrah dijangka meng­alami kerugian sekitar RM100 juta jika sejumlah 15,100 permohonan untuk mendapatkan visa umrah tidak diluluskan.

Naib Pengerusi Bumiputera Travel and Tour Agents Association of Malaysia (Bumitra), Ayob Mat Aris berkata, isu tersebut harus ditangani segera dengan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita bimbang dengan nasib mereka yang bakal menunaikan ibadat umrah yang akan memulakan perjalanan seawal 23 Mei ini iaitu pada permulaan cuti persekolahan.

“Pihak kami berharap, isu ini mendapat perhatian Perdana Menteri bagi meminta kelonggaran dari pihak kerajaan Arab Saudi supaya meluluskan baki permohonan visa yang masih tertangguh sehingga kini," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Sebanyak 479 syarikat serta agensi pelancongan di bawah kendalian Bumitra turut mene­rima kesan apabila keputusan kerajaan Arab Saudi yang belum meluluskan visa berkenaan tanpa sebarang penjelasan.

Menurut Ayob, segala pembayaran telah dibuat oleh bakal jemaah, termasuk bayaran tiket penerbangan.
“Pembayaran penuh telah dilakukan termasuk duit tiket, tempahan hotel, makanan serta pengangkutan di Mekah dan Madinah.

“Kita juga turut memohon kerjasama daripada semua sya­rikat penerbangan supaya memberi kerjasama kepada agensi pelancongan yang terlibat sekiranya visa gagal diperoleh, mereka akan menerima semula bayaran yang dibuat tanpa sebarang pemotongan," katanya.








No comments:

Post a Comment