Commercial Break

Saturday, May 24, 2014

Melancong ke Beijing - Day 2 (Tiananmen Square, Forbidden City)

Hari kedua. Subuh di Beijing berakhir awal, iaitu lebih kurang pukul 5.40 pagi. Jadi bangun Subuh juga harus awal. Kesejukan di basahi air wuduk di pagi hari membuatkan tubuh menggigil yang amat. Rasa lega seketika setelah di baluti telekung yang tebal. Padahalnya baju yang saya pakai buka main tebalnya!

Enak sungguh sarapan yang di hidangkan oleh Kak Mama pada pagi itu. 
Alhamdulillah, macam-macam ada.
Anak-anak Kak Mama, sudah siap untuk kesekolah

Tepat pukul 8.00 pagi, Mr Tour Guide dan pemandu telah setia menanti kami.

Sepanjang perjalanan kami memerhatikan warga Beijing. Penduduk Beijing memang suka berbasikal, bentuk basikal banyak yang unik.

Lokasi yang akan kami pergi pagi itu ialah Tiananmen Square, yang terletak di tengah-tengah Beijing. Ia merupakan dataran yang terbesar di dunia. Cuaca pada pagi itu sangat sejuk, terasa angin ke tulang sum sum apabila ia menghembus.

Di dataran orang tidak beberapa ramai, dan tiada kelihatan seorang pun pelancong berbangsa melayu seperti kami, apatah lagi yang memakai tudung. Jadi kehadiran kami menarik minat beberapa orang.  Siap ada seorang pak cik China ni, ambil gambar dengan kami. Dia Islam katanya.

Nampaknya,cerita-cerita yang kami dengar semasa di tanahair Malaysia, iaitu mengenai layanan buruk warga China terhadap pelancong Malaysia yang ke sini adalah tidak benar sama sekali. Layanan mereka adalah seperti biasa, malah kami rasa sangat selamat disini. Jangan lupa, penduduk Beijing ada berjuta orang, yang mempunyai berjuta cerita.

Dataran Tiananmen amat penting selaku lambang kebudayaan negara China, dan di sini banyaknya terjadi peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah China. Bagi kita yang datang dari luar negara, dataran Tiananmen sangat terkenal kerana peristiwa Bantahan Dataran Tiananmen 1989 yang mengorbankan banyak nyawa.








Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Forbidden City yang terkenal, iaitu istana larangan ataupun Kota Larangan. Ia terletak di utara Tiananmen Square. 

Forbidden City ialah istana maharaja China suatu waktu dahulu. Kalau sesiapa suka tengok cerita maharaja China, pasti tak sabar-sabar nak melawat dan tengok sendiri bagaimana bentuk Forbidden City ini. Kagum sangat. Sayalah tu antaranya. Rasa sejuta teruja nak saksikan sendiri Forbidden City ini. Impian menjadi kenyataan hari ini.  Ia adalah antara tempat yang paling di nanti-nantikan untuk di lawati di Beijing.

Kami berjalan kaki sahaja dari Tiananmen Square ke Forbidden City, dekat sahaja.

Berjalan kaki menuju Forbidden City, berdebar rasanya mengungkap sejarah lama.


Tong sampah(err...tong sampah pun nak tunjuk jugak?)

Dataran di hadapan Forbidden City

Antara pintu masuk utama ke Forbidden City

Senibina yang amat mengkagumkan..Forbidden City ni dah berusia selama lebih 500 tahun. Hebat betul peradaban Cina ni..

Cantik..

Ini kami dah masuk ke bahagian lain Forbidden City..sangat luas. Nampak macam sama kan? Tapi tidak sama. Setiap bangunan dan bilik ada fungsi tertentu dan tempat tinggal orang-orang tertentu.

Untuk pengetahuan, di Forbidden City ini terdapat hampir 1,000 buah bangunan dan 8,707 buah bilik. Masa pertama kali dengar Mr Tour Guide bercerita, mulut kami ternganga macam 'whaat?'' Sangat besar..sangat luas...sangat kagum..sangat teruja ok.


Ada beberapa bangunan kat sini yang ada patung macam singa besar ini. Patung singa ni macam simbol kekuasaan mereka yang berada di dalam bangunan ini.



Di Forbidden City ni, dari satu tempat ke satu tempat yang lain memang agak jauh jaraknya. Sebagai contoh, dari Istana Maharaja ke Istana Maharani, bangunan dan biliknya bukan sebelah menyebelah ataupun satu bilik suami dan isteri seperti kita di Malaysia ni, tetapi dari bangunan Maharani nak ke tempat Maharaja, agak-agak dalam 15-20 minit berjalan laju-laju  baru sampai. Bayangkan betapa luasnya Negeri China ni sampaikan Kota Larangan pun sewenang-wenang luasnya.

Apabila tiba di satu bangunan ini, kami lihat ramai sangat orang berebut ambil gambar..





Saya pun konon-konon nak ambik gambar jugak, tapi tak perasan badan comel sangat, angkat kamera tinggi-tinggi pun tak mampu nak melawan ketinggian depa ni yang ambik gambar lagi tinggi. Akhirnya Mr tour guide yang baik hati jugak yang menyelamatkan keadaan dan tolong saya ambik semua gambar dalam ini.


Rupanya ini antara tempat bersemayam Maharaja, patutla ramai orang ambil gambar.

Ini antara bahagian dalam tempat bersemayam. Tiang-besar-besar betul. 

Lepas tu, kami menghala ke Bilik Maharani pula. Ramai juga orang ambik gambar macam tadi. Kami pun banyak ambil gambar juga. Memang menarik sangat tengok bilik Maharani ni, teringat pulak cerita-cerita Maharaja dan Maharani cina kat tv Malaysia.


Silakan baca cerita pasal bangunan Maharani ini, panjang ceritanya.

Di sayap bangunan sebelah sana tu terdapat bilik-bilik gundik. Yang paling speechless sekali ialah setiap Maharaja ada lebih kurang 3,000 gundik. Giliran gundik yang mana satu yang akan bermalam dengan Maharaja di tentukan pula oleh Maharani. Macam speechless sangatkan?


Ada satu kawasan di dalam Forbidden City ini yang di namakan Imperial Garden. Ia adalah satu taman yang penuh dengan bunga-bunga, tasik, pokok-pokok, batu-batu dan pelbagai tumbuhan lagi yang cantik. Di sini ialah tempat penghuni Forbidden City bersantai dan menikmati keindahan alam.

Bilik tempat bersantai yang terdapat di Imperial Garden
Pokok berusia ratusan tahun, tua-tua ubi berisi. Setiap kali musim luruh gugur semua daun-dauanan..hanya tinggal ranting.tetapi sentiasa kukuh tegak berdiri.


Autum in my heart





Imperial Garden yang amazing

Puas kami menjelajah setiap pelusuk Forbidden City, memang seronok sangat pergi ke sini. Disini kami mendapat gambara tentang peradaban China yang agung suatu ketika dahulu.

Perut pun sudah lapar setelah semua tenaga di habiskan untuk menerokai Forbidden City ini, jadi kami tinggalkan Forbidden City untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Tunggu ya cerita menarik..


Untuk sambungan cerita di Beijing seterusnya, sila klik di sini http://www.ijaie.blogspot.com/2014/05/melancong-ke-beijing-day-2-silk-factory.html


No comments:

Post a Comment