Awal April 2014. Departure daripada LCC Terminal dengan
penerbangan Air Asia di jadualkan pada pukul 6.45 petang, dan kami dijangka
akan tiba di Beijing Capital International Airport pada pukul 1.05 pagi. Jangkamasanya ialah lebih kurang 6
jam perjalanan. Waktu di Beijing sama dengan Malaysia, cuma matahari di musim
luruh di Beijing muncul awal iaitu lebih kurang pukul 5.45 pagi jadi Subuh
berakhir awal. Manakala matahari juga terbenam lebih cepat daripada Malaysia
iaitu pada pukul 6.40 petang. Jadi suhu pada pukul 1.05 pagi di jangka sejuk di
airport Beijing.
Harga tiket yang telah di booking awal lagi semasa promosi
Air Asia ialah RM 791 bagi dewasa dan harga tiket kanak-kanak ialah RM 600++. Harga bagi
tiket kanak-kanak tiada promosi. Nampaknya harga tiket Rania agak kurang
sedikit je daripada harga tiket saya.
Kesibukan di LCC Terminal menyambut kami kira-kira 2 jam
sebelum berlepas. Adik-adik, ibu sudah sedia menanti. Sesampainya di
Airport, kami segera menguruskan check-in bagasi. Check-in
bagasi harus di tempah awal, jika tidak caj yang di kenakan adalah lebih mahal
berbanding dengan caj tempahan melalui online. Begitu juga dengan makanan, jika
mahu makan di dalam kapal Air Asia, haruslah membuat tempahan online lebih
awal. Harganya jauh lebih murah berbanding makanan sama
yang di beli di dalam kapal terbang.
Akhirnya, kami masuk ke dalam balai berlepas. Nampaknya
penumpang-penumpang yang menaiki kapal terbang bersama-sama dengan kami 95%
adalah warga negara China. Ini boleh di lihat daripada cara mereka dari segi
berpakaian, percakapan dan gerak geri.
Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Alhamdulillah
waktu kami berlepas adalah seperti yang di jadualkan.
Pergerakan kapal terbang kami iringi dengan pelbagai doa di
dalam hati, dan juga di baca perlahan di bibir. Ada rasa agak berdebar di situ.
Tempat duduk kami di dalam kapal terbang berdekatan dengan sekeluarga Melayu,
rakyat Malaysia yang terdiri daripada sekeluarga tiga generasi. Makcik tersebut
siap membaca ayat-ayat suci AlQuran sepanjang lebih kurang setengah jam selepas
kapal terbang memulakan perjalanan.
Alhamdulillah cuaca elok, dan perjalanan berjalan lancar.
Penerbangan kami tiba dengan selamat tepat pada waktunya.
First glimpse of Beijing Airport |
Suasana di dalam Airport |
Mr Tour Guide kami setia menanti. Dia seorang yang
peramah, sangat senang di dekati, informative dan memberikan kami penerangan
yang cukup lengkap tentang itinerary kami besoknya.
Van besar telah sedia menanti kami, sangat selesa dan berhawa dingin.
Barang-barang di bawa masuk ke dalam van |
Van sangat selesa, bersih dan berhawa dingin |
Udara dan angin sejuk malam di Beijing menyambut kami seiring dengan pertama kali kaki kami menjejak tanah di luar airport Beijing.
Pakej ini sepatutnya termasuk juga dengan penginapan 4 star,tapi sebab kami mempunyai sepupu yang tinggal disini, jadi pakej kami ini murah sekali tanpa penginapan.
Tidak lama dalam perjalanan akhirnya kami tiba di tempat tinggal sepupu, Kak Mama.
Keharuman kuih tart meredakan keletihan kami. Kak Mama memang sangat rajin dan pandai memasak.
Selepas menikmati tart yang lazat..kami akhirnya tidur lena untuk persediaan memulakan hari esok yang mengujakan.
Pakej ini sepatutnya termasuk juga dengan penginapan 4 star,tapi sebab kami mempunyai sepupu yang tinggal disini, jadi pakej kami ini murah sekali tanpa penginapan.
Tidak lama dalam perjalanan akhirnya kami tiba di tempat tinggal sepupu, Kak Mama.
Keharuman kuih tart meredakan keletihan kami. Kak Mama memang sangat rajin dan pandai memasak.
Tempat yang disediakan oleh Kak Mama memang selesa, ala-ala hotel 4 bintang.
Salam Ija.. Bole kongsikan contact details Mr Tour Guide yang anda gunakan. Thanks
ReplyDeleteSalam...
DeleteMr tour guide tu dia dah tak buat tour dah..sy guna tour guide perseorangan
Owhh really...too bad. Memang nak cari tour guide persendirian kalau ada. Thanks for the reply tho.
ReplyDeleteinsyaallah, kami akan ke beijing seramai 3 org ala2 backpackers pada akhir mac 2017 ini. semoga di permudahkan. kalo ada apa2 yang kami perlu ambik tahu selain di atas...mohon share ya. TQ
ReplyDelete.
ReplyDeleteBest guna tour agen tapi kalau dia bawa sehari suntuk tempat jual jade. Habis seharian sekadar dpt tengok jade. Ada juga dengar Tour Bas tak akan jalan ke destinasi lain selagi tak ada pengunjung yg beli jade di situ. Itu yg kita takut tu..
Saya pernah sampai di Beijing dengan penerbangan MAS tiba pada pukul 1 lebih tengah malam. Tak ada tour agen menanti. Bas dan Subway Metro tamat perkhidmatan jam 11 mlm setiap hari. Jadi antara 11 malam dgn 6 pagi cuma ada teksi.
Sekiranya backpack trip, elok semasa booking hotel minta hotel pick-up dari Airport. Kalau tidak, jadi seperti saya tidur atas bangku panjang di Beijing Airport. Lebih kurang pukul 6 pagi baru naik subway metro line Beijing Airport Express buat pertukaran di
Dongzhimen Station. Seterusnya naik subway metro line 2 utk sampai ke Hotel Beijing City Central Youth Hostel yang terletak berhampiran Beijing Railway Station.
.
Blog yang cantik.... semoga terus berkembang.... Saya ingin berbagi article tentang Jalanan di Tokyo ke Kasuga Taisha di http://stenote-berkata.blogspot.com/2018/05/dari-jalanan-tokyo-ke-kuil-kasuga-taisha.html
ReplyDeleteLihat juga video di youtube https://youtu.be/Kx8RkBteUZQ