Commercial Break

Saturday, May 10, 2014

Film Review: The Amazing Spiderman 2





Tajuk kat atas bukan main lagi…Film Review.

Tapi entri kali ini bukanlah nak review sangat filem The Amazing Spiderman 2 yang sememangnya sangat di nanti-nantikan oleh ramai peminat filem-filem atau cerita-cerita Spiderman sebelum ini. Cuma nak menyatakan sedikit pendapat mengenai filem ini dari kaca mata sendiri:

1) Dalam filem The Amazing Spiderman 2 kali ini, watak Peter Parker lebih sempoi dan gila-gila..agak banyak buat lawak masa berlawan pun sempat sangat buat lawak. Itu dari segi watak, tapi dari segi rupa paras, saya tak berapa minat dengan wajah jambu boy band Peter Parker yang di lakonkan oleh Andrew Garfield ini. Tapi Toby Maguire pun saya tak berapa berkenan sangat. (Er ni cakap pasal jambu tak jambu ke cakap pasal film review wakaka)

2) Cerita kali ini membuka rahsia sebenar apa sebenarnya yang terjadi kepada ibu bapa Spiderman yang mana tidak siapa pun tahu sebelum ini. Awal-awal lagi dah cerita pasal ini jadi awal-awal lagi mata tak berkelip dan punggung tak bergerak menonton The Amazing Spiderman 2.

3) Bab Spiderman lawan dengan musuh memang sangat amazing…terutama apabila Spiderman melompat antara bangunan, rasa nak terjatuh dari kerusi pun ada. Bila peluru atau serangan dari musuh yang bertubi-tubi datang tu rasa macam nak elak-elak gitu..memang sangat best dan real scene yang menunjukkan aksi berlawan Spiderman kali ini.

4) Plot kali ini banyak mengisahkan percintaan Spiderman..jadi bagi mereka yang suka cerita jiwang, akan lagi suka filem Spiderman kali ini. Tapi bagi mereka yang tak berapa sangat suka kisah cinta cintun dalam filem aksi, pasti tak tahan terutamanya apabila melihat si jambu Andrew Garfield melelehkan air mata kerana cinta.

Bukan main seronok lagi dapat pegang kaki Spiderman

Anyway kalau ada yang berhasrat nak bawak anak tu kena tengok dulu anak tu berapa tahun umurnya..sebab filem ini P13, jadi agak tidak sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 13 tahun kebawah. 
Buktinya awal-awal filem lagi Afiq dah tanya macam-macam…so agak mengganggu feeling dan konsentrasi di situ. Susah budak-budak baya gitu nak faham filem ini, buktinya dia hanya ternganga dan become speechless apabila ada scene aksi sahaja. 
Irfan lagila…budak umur tak sampai 7 tahun tu sibuk pandang lampu, pandang nombor kerusi, pandang orang, sibuk nak pergi toilet, sibuk mintak air…huishh pening. 

Habis movie ni, ada pulak Spiderman tipu-tipu kat luar panggung, apa lagi layanla ambik gambar puas-puas.




Mulanya Spiderman duduk masa ambil gambar dengan Afiq dan Irfan, tak puas hati sebab tak nampak sangat, saya suruh Spiderman berdiri.



Nasibla badan Spiderman dapat pengarah pandai..


Walau apa pun pendapat dan komen mengenai filem ini, kalau peminat Spiderman tu, di alu-alukan menyaksikan filem sequel The Amazing Spiderman ni, or else you wil keep wondering.. :-)

No comments:

Post a Comment