Commercial Break

Wednesday, May 7, 2014

Makan angin : Legoland atau JPO (Johor Premium Outlet)?

Afiq telah lama mengidam mahu pergi ke Legoland. Bagi seorang budak yang sedari kecil dah pegang lego, bermain-main dengan lego, buat macam-macam bangunan dengan lego, hatinya pasti sangat meronta-ronta apabila di hidangkan dengan promosi sana-sani Legoland yang besar-besar, bewarna-warni dan pelbagai bentuk. Ala-ala seperti berada di dunia kanak-kanak yang penuh keriangan gitu. Namun, oleh kerana bayaran masuknya yang agak mahal iaitu RM150 seorang, lebih-lebih lagi ianya terletak nun di Johor sana, maka hasrat itu telah tertangguh.

Maka, setelah kami pulang dari Singapore tempoh hari, terealisasilah hasrat seorang kanak-kanak . Rezeki, sebab dah dekat sangat, tak mahulah lepaskan peluang jalan-jalan di Legoland pula.

Kalau nak tahu bayaran masuk ke Legoland ni kita boleh beli pakej untuk keluarga iaitu Family-Package yang berharga RM 460 untuk 4 orang masuk. Oleh kerana sesetengah permainan di Legoland memerlukan ketinggian tertentu baru layak main, maka agak rugi juga bawa Rania. Maka kami telah berpecah keada dua kumpulan iaitu Encik Suami bersama Afiq, Irfan dan Arif (anak saudara) telah ke Legoland manakala saya dan Rania telah pergi ke…jeng jeng jeng… JPO!! Yeaaayyyy…sudah rambang mata wanita ini.

Jadi, saya tak dapat nak berkongsi lebh-lebih tentang Legoland....hanya dapat berkongsi gambar-gambar yang di kongsi oleh Mr Hubby ini untuk tatapan semua…










Kesimpulannya mereka sangat seronok tetapi sangat hitam setelah pulang dari Legoland kerana cuaca yang sangat panas..pokok-pokok belum tumbuh besar kerana Legoland baru je di buka…

Dan JPO? Tidak dapat di nafikan ia syurga membeli belah bagi mereka yang suka barang branded. JPO ni menawarkan barang2 branded yang kebanyakannya terkini dan harga berpatutan dan siap ada diskaun lagi.






Makanan kat foodcourt..nampak menyelerakan tetapi yang ini rasanya biasa-biasa sahaja, takpe at least dapat hilangkan rasa lapar



Budak yang bergaya bukan main...belinya tidak...







Pada saya, sekiranya anda suka barang yang branded, JPO mesti di kunjungi sekiranya anda menjejakkan kaki di Johor.

2 comments: