Commercial Break

Friday, May 9, 2014

Pengalaman menarik memanjat Broga Hills (Bukit Broga)

Entri kali ini saya ingin menceritakan mengenai pengalaman menarik mendaki Bukit Broga.

Ini kali ketiga trip dan pengalaman kami memanjat Broga Hills yang terletak di Semenyih. Jika waktu dulu Rania tak pernah ikut sebab kecil sangat lagi, kali ni dia awal-awal lagi beria-ia nak ikut. Kalau tak sia-sia je Rania praktis panjat bukit belakang rumah, katanya.

Gambar di bawah ialah bukit belakang rumah kami yang tak berapa nak tinggi sangat. Selalu sangat dah mereka praktis panjat bukit ni, konon-konon panjat Broga. Masa ni Irfan dengan Rania blur blur tak tahu tinggi mana Broga sebenarnya. Mereka ingat Broga ala-ala tinggi macam ni je.


Untuk panjat Bukit Broga ni, seharusnya yang paling bagus ialah kita kena merancang pergi awal pagi...agak-agak matahari tak naik lagi dah mesti kena sampai di kaki Bukit Broga. Kalau boleh kena target sampai kaki Bukit Broga dalam pukul 6.30 gitu.  Jika tidak, nanti matahari akan memancar dengan teriknya di puncak Bukit Broga. Akibatnya pengalaman di atas puncak menjadi tidak terlalu enak.

Nasib baik ketiga-tiga kanak-kanak riang ini morning person, boleh dikatakan mereka yang kejut semua orang sembahyang Subuh dalam rumah, jadi bangun pagi tiada masalah bagi ketiga-tiganya. Ia menjadikan perjalanan kami sangat lancar pada pagi itu.

Oleh sebab hari ini bukan Sabtu atau Ahad, jadi orang memang tidak ramai, parking senang je. Parking tak mahal, hanya RM 2 sahaja.



Dah sampai...bulat mulut dan mata Rania tengok Broga "Waaaa itu ke Broga "


Naik ke atas jauhnya 1.7 kilometer. Nampak macam angka tu kecil je tapi jangan pandang enteng..ni 1.7 naik bukit kot..bukan jalan biasa. Sebelum panjat pastikan kasut tu jenis yang cengkam tanah sport shoes tu...jangan pakai kasut jenis licin..susah nanti. Dan antara tips nak panjat Broga ni kalau boleh jangan pergi selepas hari hujan, nanti susah nak naik atas...licin.

Siapa berani pergi sampai Gunung Tok Wan?

Jangan pandang enteng kepada kekuatan seorang wanita, walau kaki tak panjang mana, kejap je dah kalahkan semua orang wakaka.

Saya yang mengambil gambar dan telah tinggalkan semua orang

Eh tengah jalan di kalahkan oleh boys dua orang ni plak...adusss tak boleh nak salahkan stamina mama yang dah beranak tiga ok.

Semua orang kagum tengok budak-budak ni ligat panjat bukit tanpa sedikit pun rasa mengah. Janganla bandingkan dengan kita ni, dalam telinga hanya dengar nafas sendiri.





Setelah lebih kurang dalam 45 minit juga (dalam 1.5 kilometer), kami bertiga dah sampai betul-betul sikit lagi nak sampai puncak. Saya dan boys berdua ni tunggu ayah dan Rania yang masih tak sampai-sampai huhu.

Cantik view belakang tu

Akhirnya En Suami dan Rania sudah kelihatan nun di bawah. Come on Rania, you can do it!!


Untuk sampai ke puncak yang paling atas, kena panjat melalui laluan batu yang licin dan sangat curam, makanya saya tinggal dengan Rania di sini manakala En Suami bawa dua orang boy naik atas. Rania kecil lagi katanya, agak bahaya.


Kita tengok je la dari sini..nanti dah besar Rania boleh naik sendiri
Sebab takde buat apa-apa sambil menunggu, dah puas menikmati pemandangan indah, minum air melepaskan dahaga, Rania dengan hati yang rela menjadi model percuma pagi ini. Takpela..muka memang dah comel walau tak mandi lagi.

Melepaskan dahaga

"Rania nak panjat batu ini," Rania memang tak kenal erti takut, maklumlah atas semua abang-abang.

"Panjatlah, tapi be careful," Dapat pulak mama yang sporting.

Bersungguh-sunggu memanjat.
Yeay berjaya

Dah puas panjat yang itu, nak panjat pula yang ini, agak besar. Saya kata jangan dia nak panjat juga, then baru perasan batu ni agak tinggi dan curam. Nak cuba juga tu.




Muka dah senget sebab batu ni curam dan tinggi





Wajah kemenangan dapat panjat dan berjaya duduk atas batu.

Yang ini pula wajah kemenangan boys berdua yang berjaya sampai ke puncak.

Cantik sangat dapat berada di on top of the world

Yang pastinya jangan memandang rendah kebolehan anak-anak kita. Dengan perancangan yang teliti, pasti mereka berjaya dan mampu buat apa sahaja tak kira mendaki bukit atau mendaki puncak kejayaan :-) .




20 comments:

  1. Replies
    1. Mamanye sibuk ambil gambar orang, sampai lupa ambil gambar sendiri..

      Delete
  2. Terbaek ler
    Bdk2 pon bole naik
    Takkan kta x leh gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, mesti...kita pun takkan nak kalah dengan budakkan? Hihi

      Delete
  3. Tak sangka anak2 kecil pun boleh naik..anak saya yg dah form 5 nak daki pun saya risau. Tapi slps baca dan tengok gambar saya rasa lega sikit. ber ia-ia abang nak ikut kawan. kena benarkan jugak lah ni..kesian pulak..dia nak rasa. sedangkan anak2 kecil pun pandai..tq for the info. its really informative. tq so muchh!

    ReplyDelete
  4. Hana, Ok je..ramai budak2 naik...remaja lagi ramai :-)..permulaan yang bak sebelum daki or panja gunung2 yang tinggi

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Maksudnya dari tempat saya tu ke puncak..400 m je tiggal lagi

      Delete
  6. menarik ni....nk gi lah..

    ReplyDelete
  7. tp ni kat mane ye...bleh bg info skit..

    ReplyDelete
  8. kalau first time pegi boleh sesat tak? perlu ada guide ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu guide. InsyaAllah tidak sesat

      Delete
  9. salam..boleh tanya rania berapa tahun tu..igt nk panjat jugak bawa anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni umur Rania 4 tahun..sesuai je bawa kanak-kanak umur berapa pun asalkan mereka sihat dan aktif

      Delete
  10. Masa ni umur Rania baru 4 tahun... sesuai je bawak kanak-kanak umur berapa pun asalkan mereka sihat dan aktif.

    ReplyDelete