Commercial Break

Monday, June 23, 2014

Cara permemohonan Visa ke Negara China

Sebelum anda ke China, anda perlu memohon visa. Jika anda mempunyai banyak masa untuk membuatnya sendiri, maka ianya mudah sahaja, hanya ikuti langkah-langkah di bawah.

1) Dapatkan secara percuma borang Permohonan Visa ke China dulu. Boleh walk in terus ke



Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur, 

Level 5 (Application) & Level 6 (Collection). 

Hamsphire Place Office, 

Jalan Mayang Sari, 

50450 Kuala Lumpur. 

Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm) 

Collection : (9am-4pm) 


ATAU

Dan yang paling mudah, anda boleh juga download BORANG PERMOHONAN VISA KE CHINA di website.


Ada dua cara untuk mengisi borang ini
1) Lengkapkan borang ini secara online di sini Online Application Form printkan bila dah selesai dan tandantangan ATAU PUN,
2) Anda boleh download terus application form  yang kosong dan isi secara manual, kemudian tandatangan.

Jangan lupa untuk untuk bawa borang yang lengkap ke Visa Centre. Hanya borang yang lengkap sahaja di terima.

2) Sebelum/selepas mengisi borang, pastikan anda menyediakan semua dokumen yg dikehendaki

a) Pasport asal dan sah laku sekurang kurangnya 6 bulan sebelum luput

b)Sekeping gambar berukuran Gambar Pasport berlatarbelakang cerah 
c)Salinan Muka depan Pasport pemohon.
d)Salinan tiket penerbangan anda ke China yg telah dibooking.
e)Jika ada tempahan hotel, boleh sertakan satu salinan. Jika tiada pastikan anda tahu alamat tempat anda menginap
f)Jika yg menyertai lawatan ramai, boleh menggunakan wakil untuk uruskan, tak perlu semua hadir.
g)Anda perlu memilih dan isikan diborang permohonan anda memerlukan single entry atau double entry. (maksudnya dalam masa 6 bulan jika anda ingin buat 2 kali lawatan, tak perlu mohon visa sekali lagi, pilih double entry)

3) Urusan submission hanya sebentar sahaja jika tidak ramai orang. Selepas pegawai yg bertugas membuat pemeriksaan, anda akan diberi slip untuk pungutan.

Waktu pungutan adalah 4 hari waktu bekerja, anda juga boleh membuat pungutan dihari yang sama melalui Ekspress Visa, tapi harganya sudah tentu mahal. Selepas 4 hari, anda boleh datang membuat pungutan dikaunter dengan membawa bayaran dan slip pungutan.

Pastikan anda menyediakan wang yang mencukupi eperti yang di kehendaki sebelum urusan penyerahan borang yang lengkap di kaunter.

Ini segala maklumat berkenaan permohonan visa ke negara China yang di harap dapat membantu ramai. 


15 comments:

  1. mahal jugak visa ke china..lg murah ke Oz

    ReplyDelete
  2. thanks for the info ija! good stufff

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading Kausar :-)

      Delete
    2. Thanks for reading Kausar :-)

      Delete
  3. Assalam. nak tumpang tanya ni.bayaran visa tu masa collect visa atau semasa buat permohonan ye?kalau mengikut ayat di perenggan kedua terakhir tu macam kena bayar masa permohonan sebab 'kena sediakan wang yang mencukupi sebelum menyerahkan dokumen dikaunter'.ke macamana?keliru nih..terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsala, masa saya buat kena baya masa serah borang

      Delete
  4. A,kum klu pegi berkumpulan tu..borang isi satu sorang ke atau isi sekali nama dlm satu borang tu....

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam. satu borang untuk seorang

    ReplyDelete
  6. mahal ke mohon visa ni? nk ke guangdong 8hb april. sempat ke ye? thanks if sudi jawab soalan saya.

    ReplyDelete
  7. Kak, kalau nak senang guna ejen ni http://www.tripvisa.my . Mereka cuma nak visa form,passport dan gambar je. Lain-lain macam flight booking ke hotel voucher ke tak payah. Siap pungut passport dari customer dan hantar balik, percuma. Nak buat 3 tahun multiple entry pun boleh. Tapi mahal la. Tak semua ejen boleh buat 3 tahun multiple entry. Hanya 3 atau 4 ejen je yang dapat privilege ni.

    ReplyDelete
  8. as salam...

    nak tnya, klu saya nk pergi ke Guangzhou, china...bulan bila sebaik2 nya utk memohon visa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, sebulan sebelum should be ok

      Delete