Trip ke Kota Kinabalu kali ini diteruskan lagi ke Desa Dairy Farm yang terletak di Kundasang, Sabah. Desa Dairy Farm ini terletak tidaklah jauh sangat dari Kinabalu Park. Rasanya dalam setengah jam perjalanan macam tu. Walaupun saya tak drive (seperti biasa jadi penumpang) tapi saya rasa perjalanan ke sini tidaklah susah sangat. Rasa cam sekejap je..dah sampai.
Sepanjang perjalanan ke sini, hati sekali lagi jatuh cinta dengan keindahan tanah air sendiri. Siapa kata Malaysia tak best? Rasanya kalau nak tengok semua dalam satu, Sabah adalah negeri yang paling ideal sekali. Ada matahari terbenam yang mempersona hati, ada pantai dan pulau-pulau yang tidak tercemar, ada gunung yang tinggi terkenal di mata dunia, ada air panas pereda tekanan, dan kini ada percutian ala-ala New Zealand.
Sesiapa yang amat kepingin nak bercuti di New Zealand tetapi faktor kewangan idak mengizinkan...boleh cuba jejakkan kaki di Desa Dairy Farm ini. Mengapa saya kata percutian dan perjalanan ke Desa Dairy Farm ini seperti bercuti ke New Zealand? Tengok gambar-gambar di bawah dan tanya hati sendiri betul atau tidak Desa Dairy Farm ini macam New Zealand.
Dalam sepanjang perjalanan pun mata sudah di sajikan dengan keindahan gunung ganang dan bukit bukau yang terhampar memukau. Rasa macam di awan-awangan.
Yeayy!! Akhirnya sampai sudah..clap clap clap. Bayaran masuk fuhh. Ya Allah menggosok-gosok mata seakan tidak percaya dan seperti berada di alam mimpi. RM 4 dewasa dan RM 3 kanak-kanak. Pergi New Zealand mana nak dapat murah macam ni...
Yeahhh..welcome to New Zealand of Malaysia. Yes...jangan cubit diri sendiri..kerana you are not dreaming...Cantikkkkk sangat Subhanallah. Ni baru first view tau...
Lama gak saya terpaku di sini terkagum sangat dan tenggelam dalam keindahan yang amat mengasyikkan...sekali pusing "Eh...mana semua orang??!" Dah masuk dalam bangunan rupanya!
Masuk-masuk je dalam kita akan di sajikan dengan ruang untuk membeli aiksrim..bijak betul mereka ni..buat tempat beli aiksrim kat pintu masuk.
Budak ini sudah selamat makan aiskrim |
Ini rupa aiskrim dari dekat. Ada macam-macam perasa, vanila, coklat, vanila campur coklat...semua ada. Pilih je nak beli yang mana |
Harga aiskrim |
Memang rasa aiskrim kat sini sedap sangat. Rasa original. Ini kerana diorang buat aiksrim ni kat sini, jadi aiskrim ni ala-ala homemade aiskrim. Memang sedap. Highly recommended.
Dalam bangunan ni kita boleh melawat dan melihat sendiri tempat dan cara-cara memproses susu lembu.
Ini tempat pemprosesan susu lembu. |
Aiksrim lagi...Entah berapa batang aiksrim budak-budak ini telan hari ini. Ambik kesempatan betul sebab kat rumah sendiri susah nak dapat aiksrim. Kali ni bagi can la... |
Apa yang sangat menarik di sini, kita boleh melihat secara dekat kambing atau anak lembu, termasuk berpeluang untuk memberi kambing makan dan minum susu.
Rania bagi kambing makan. |
Rakus betul kambing-kambing ni minum susu. Sekelip mata dah habis. |
Keisan kambing-kambing kat luar ini disisihkan. Yang kat dalam dah dapat dulu...kat luar baru nak dapat. |
Sebelum balik...makan asikrim satu round lagi. Nak membayangkan betapa sedapnya aiksrim kat sini.. |
Dan akhir sekali...ambil gambar ala-ala New Zealand kat sini.
Desa Dairy Farm dibuka daripada pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari. Ditutup satu jam dan di buka semula daripada pukul 1.00 tengahari sehingga ke pukul 4.30 petang. Jangan lepaskan peluang untuk mengalami pengalaman menarik dengan harga yang murah.
Anda boleh baca banyak lagi mengenai trip di Kota Kinabalu di sini
No comments:
Post a Comment