Commercial Break

Wednesday, April 30, 2014

Air Panas Poring (Poring Hot Spring)

Perjalanan di Kota Kinabalu di teruskan lagi dengan trip ke Air Panas Poring pula. Mata Air Panas Poring ini terletak dekat sahaja dengan Taman Kinabalu, jadi kalau dah ke Taman Kinabalu, anda seharusnya ke sini. 

Air Panas Poring ini terletak di tanah rendah dan para pelawat mempunyai dua pilihan, samada mahu berendam di air panas tertutup, atau air panas yang terbuka.

Kenapa memilih untuk berendam air panas? Ini kerana air panas yang mengandungi sulfur ini mempunyai khasiat kesihatan yang mampu menyegarkan badan dan sendi-sendi yang lenguh. Para pendaki yang baru turun daripada puncak, memang sangat sesuailah kalau nak berendam di sini. Bukan pelawat asing sahaja ke sini, tetapi air panas poring ini juga menjadi tmupuan penduduk tempatan yang datang membanjiri setiap hujung minggu dan hari cuti.


Air Panas Poring, here we go!!

Papan tanda ini jelas menunjukkan bayaran (fees) yang perlu di bayar untuk masuk ke sini.

Ada macam-macam kat sini, jadi amat berbaloi-baloi masuk sini sekiranya anda lakukan semua aktiviti kat sini




Kawasan air panas terbuka





Di Poring ni, bukan setakat air panas je ada...tapi kita boleh lakukan macam-macam lagi aktiviti kat sini kalau mahu contohnya bersiar-siar di taman kupu-kupu atau melakukan aktiviti yang lebih mencabar iaitu berjalan di puncak pepohon hutan tropika di atas Jambatan Kanopi yang bergantung pada ketinggian 41 meter dan sejauh 157.8 meter. 


Haa..kalau nak tahu pemandangan ke bawah dari puncak pohon yang sangat tinggi ni memang sukar digambarkan. Berdebar, takut, menggigil semuanya datang serentak. Di atas kanopi yang bergoyan-goyang, di celah-celah pepohon nan amat tinggi..fuhhh, kala nak rasa debaran yang menggila, dan mencabar diri..marilah cuba jambatan kanopi yang sangat tinggi ini.

Pelbagai kemudahan disediakan
Pelbagai aktivit menarik

Mari kita ke canopy walk ataupun jambatan gantung

Naik bukit sikit sebelum benar-benar sampai di canopy walk

Canopy walk

No comments:

Post a Comment