Commercial Break

Friday, January 20, 2012

Day 6: (29 October 2011) Part 2- Praying beside the Tunisians

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Surah Al Baqarah, ayat 8


Hari yang sama semasa saya sembahyang di sebelah jemaah dari Iraq. Di sebelah kanan saya dua orang jemaah dari Tunisia. Mereka kelihatan baik. Tersenyum dan mempelawa saya merasai sedikit coklat yang sedang di jamah. Berkongsi sejadah dengan saya.Cuma mereka tidak tahu berbahasa Inggeris. Agak lama juga saya berada di sebelah mereka. Dari Asar sehingga ke Isya'.


Ianya berlaku selepas solat Maghrib. Tiba-tiba datang seorang jemaah lelaki India atau Pakistan saya tidak pasti, datang dan duduk di celah celah ramai jemaah wanita, untuk bersama-sama dengan kaum keluarganya yang perempuan. Ramai saya lihat dia di kelilingi oleh wanita-wanita dalam keluarganya.


Mungkin kerana Tunisian tu terasa terganggu, kerana mereka betul-betul berada bersebelahan dengannya. Dan mungkin sebelum itu pegawai masjid baru sahaja menghalau jemaah wanita yang sedang berbual dengan suaminya di kawasan sembahyang jemaah lelaki.


Menjerit Tunisian tu kepada pegawai masjid. Jauh juga jarak antara mereka. Pegawai masjid nun di sana, dianya nun di sini. Dia berkata-kata dalam bahasa arab, saya tidaklah paham sepenuhnya, tetapi melihat kepada gaya mereka lebih kurang begini dialognya.


"Ini tempat lelaki ke perempuan?" Jerit wanita Tunisia tersebut kepada pegawai masjid itu.


"Perempuan." Jawab pegawai masjid.


"Habis tu, kenapa ada lelaki ni?" Dia menunjuk kepada jemaah India tersebut dengan nada marah.


Pegawai masjid memanggil jemaah India tersebut keluar. Pada mulanya jemaah India itu enggan, tetapi kerana berkali di panggil, dia akhirnya mengalah dan keluar dari tempat duduknya dan bersemuka dengan pegawai masjid.


Pegawai masjid mengarahkan jemaah India tersebut duduk di tempat lelaki dan melarang dia duduk di kawasan perempuan, tetapi banyak pula alasannya. Dia enggan dan tetap dengan keingininnya mahu duduk bersama-sama kaum keluarganya. Entah apa mereka berlawan mulut, pegawai masjid itu memegang kolar lelaki India tu dan mengepal segenggam penumbuknya. Hampir bertumbuk mereka sampaikan jemaah Iraq di sebelah saya menjerit, "La!!" katanya. Keadaan agak mencemaskan.


Dan akhirnya dia mengalah.

Entah kenapa saya hanya tersengih-sengih sahaja memerhatikan peristiwa itu pada ketika itu.

Kalau kita kat Malaysia ada kita nak jerit-jerit begitu kepada satu group yang besar dari kita, yang betul-betul sembahyang sebelah kita?

Orang Arab memang unik. Ia membuatkan saya ingin tahu sejarah mereka yang membentuk keperibadian mereka dan mencorakkan kehidupan mereka. Ada antara mereka yang baik, ada juga yang sebaliknya. Dan pada masa yang sama berani. Mungkin ia berani kerana benar atau berani tak bertempat? Terpulang kepada kita untuk mentafsirkannya.

No comments:

Post a Comment