Commercial Break

Saturday, May 31, 2014

Melancong ke Beijing (Day 2) -(Silk Factory, Summer Palace, Pearl Center, Beijing Olympic Stadium)

Perut yang menjerit minta diisi setelah puas membakar lemak di Forbidden City sebentar tadi, akhirnya bertenang seketika setelah sampai ke destinasi kami yang seterusnya, iaitu sebuah Restoran Makanan Muslim Halal berdekatan Forbidden City.


Keunikan Restoran Makanan Halal di China, para pekerja restoran memakai penutup kepala berupa seperti songkok, tidak kira pekerja lelaki atau wanita, walaupun pekerja wanita tidak memakai tudung.

Tidak pasti apa nama restoran, kerana semuanya di dalam tulisan Cina. Hatta menu sekalipun. Untuk mereka yang tujuan melancong mahu menikmati pelbagai makanan, China adalah negara yang sesuai kerana di setiap restoran yang dikunjungi di sini, kami di hidangkan lebih kurang hampir 10 lauk setiap kali. Ini kerana budaya mereka mengganggap waktu makan adalah waktu penting untuk bersosial bersama keluarga. Kalau sesiapa suka tengok cerita cina di telivesyen, mesti tahu bahawa setiap adegan semasa makan akan di selitkan walaupun sekali dalam kisah yang mereka paparkan di tv. Uniknya juga, kebanyakan lauk yang di hidangkan pasti ada sayur-sayuran terselit bersama. Susah nak jumpa lauk yang tiada sayur. 
Namun begitu, mungkin juga ada sesetengah masakan tidak menepati selera Melayu kerana makanan mereka agak kurang pedas. Kalau rasa tak tahan dengan masakan yang tidak pedas, sila bawa sos cili, serunding, cili, atau sambal dari Malaysia. Berkampung Malaysialah kita dengan segala pemedas makanan di restoran China jika mahu.
Lagi, jika anda tidak biasa menggunakan chopstik, boleh bawa sudu dan garfu sekali, sebab mungkin ada kedai yang menyediakan sudu sekiranya kita tidak biasa menggunakan chopstik, tetapi sudu mereka jenis plastik lembik atau kecil sekali. Rasa tak puas makan gunu sudu kecik kot.

Di restoran ini, makanan yang di hidangkan boleh tahan sedap, cuma kurang pedas. 
Baru teringat nak ambil gambar bila dah makan separuh. Lapar sangat perut dek berjalan tak hengat di Forbidden City.
Selepas makan, sempat menjenguk di lorong-lorong sebelah restoran. Sempit sungguh, belakang tu macam ada rumah-rumah, dan banyak basikal. Mereka ini suka menaiki basikal.

Sebaik sahaja habis makan, kami di bawa pula melawat ke Kilang Sutera. Di sini kami lihat cara-cara pembuatan sutera, contohnya bagaimana ulat Sutera tu boleh jadi kain sutera. Tidak ketinggalan juga alat-alat yang di gunakan untuk membuat kain-kain yang di jadikan daripada ulat sutera.

Dalam botol-botol ni ditunjukkan dan di terangkan satu persatu, daripada baby ulat sutera sehinggalah sutera dewasa. 
Dah sampai kilang sutera takkan nak tengok je kan? Di sini ada juga di jual barang-barang yang di perbuat daripada sutera. Memang sangat berkualiti kain sutera di China ini. Ada cadar, kain, baju dan macam-macam lagi. Jika nak beli kain-kain ela yang boleh buat baju, saya rasa beli di sini kualitinya sangat bagus, tambahan pula harganya lebih murah di bandingkan dengan Malaysia. Untuk barang lain selain kain ela, saya tak pasti , saya rasa harganya agak mahal tetapi kualiti adalah superb.
Kain cadar pun ada jual. Cantik dan lembut sangat. Memnag superb dari segi kualiti, tetapi kami tak beli di sini sebab dah target nak beli kain cadar lain di tempat lain.

Selepas itu, kami ke Summer Palace pula. Summer Palace ini adalah istana tempat Maharani Cixi berehat ala-ala resort sewaktu Musim Panas beratus-ratus tahun dahulu. Yang menariknya Summer Palace ini terdiri daripada istana, bukit bukau, taman dan tasik yang mana tiga per empat daripada keseluruhan Summer Palace ialah terdiri daripada air. Bukit di sini di kenali sebagai Longevity Hill dan tasik yang terdapat di sini ialah Tasik Kunming.

Masa kami tiba di Summer Palace ini, angin bertiup kencang sungguh, terasa sejuk hingga ke tulang walaupun matahari bersinar cerah. Angin yang bertiup menerbangkan tudung yang kami pakai. Seinibina di sini yang wujud sejak beratus tahun dahulu juga sangat mengkagumkan. Terror sungguh Orang Cina ini sejak zaman dahulu. Yang mana yang baik boleh di jadikan ikutan.







Disebabkan angin yang bertiup sangat kencang, semua perkhidmatan menaiki bot ke kawasan Istana Summer Place ditutup kerana agak bahaya menggunakan laluan bot pada ketika ini. Kalau tidak kami dah ke sana. Tiada rezeki kami pada hari itu. Nak buat camner...terpaksa tengok dari jauh jela..
Semua kawasan di sini termasuk tasik ialah kawasan Summer Palace. Nun yang kelihatan ialah bangunan istana. Tadi sebelum tiba di sini, sangkanya ala-ala resort kecil sahaja, rupanya luas terbentang di hadapan mata. 


Seperti biasa ada je Singa ni kat Istana. 



Separuh jalan, saya lihat Mr Tour Guide menurunkan Rania sekejap dan dukung semula budak tu selepas membetulkan beg sandangnya. Saya rasa mesti dia tak sangka Rania berat macam tu. Mesti dalam hati nyesal aku offer haha. (tak baik buruk sangka ekeke)

Perjalanan seterusnya ialah ke Pearl Centre. Di sini di tunjukkan asal Pearl di China dan cara-cara Pearl di hasilkan dan seperti biasa pameran Pearl untuk di jual. Oleh kerana kami orang Malaysia yang dah biasa sangat dengan pearl, tambahan lagi kat KK pun banyak pearl..maka kat sini singgah kejap sangat, tak beli apa2 pun. duit yang di bawa hari ni pun dah di habiskan beli silk cantik tadi.

Pearl Center

Destinasi seterusnya ialah Beijing Olympic Stadium (Beijing National Stadium). Stadium ini mulai terkenal setelah menjadi tuan rumah sukan Olimpik tahun 2008. Ia juga turning point bagi kota Beijing kerana mulai saat tu, Beijing menjadi bertambah maju dan bertambah pelancong membanjiri Beijing.

Oleh kerana berdekatan stadium ini tak boleh parking, maka van yang kami naiki di berhentikan agak jauh sedikit. Anyway tidak mengapa sebab sepanjang perjalanan dari parking ke Beijing Olympic Stadium ni kami boleh menikmati dan lebih mengenali Kota Beijing dari kacamata yang lain.

Unik sungguh. Banyak kenderaan macam ini di Bejing. Saiznya lebih kurang motosikal, tetapi ada cover macam kereta.




Ada pun tulisan dalam Bahasa Inggeris. Kalau tak semua tulisan Cina.



Akhirnya kami sampai di Stadium. Memang sangat cantik reka bentuk stadium ni. Wah tak sangka dapat menjejakkan kaki di tanah yang sama dengan jejak-jejak olahragawan dan olahragawati Olimpik. Ok la tu..tak dapat masuk sukan Olimpik, dapat pijak tanah yang sama di mana sukan Olimpik di adakan kira puas hati..



Lebih kurang pukul 4.30 petang, lawatan kami di hari kedua berakhir. Ia hari yang sangat mengkagumkan. Tak sabar nak tunggu agenda seterusnya nanti.

Nota: Entri Beijing ini bersambung dari entri tempoh hari http://www.ijaie.blogspot.com/2014/05/melancong-ke-beijing-day-2-tiananmen.html

Friday, May 30, 2014

Jam bersalut emas di Masjidil Haram




Pada tahun 2010, Syarikat Bodet telah memenangi kontrak 1.5 juta euro dengan Masjidil Haram Mekah untuk membuat 40 jam khas untuk Masjid yang dikunjungi jutaan umat Islam ini. 

Pada 23 Julai 2010, 40 jam bersalut emas telah dihantar dari kilang yang berpangkalan di Trementines (Perancis).

Ia adalah jam analog dilengkapi dengan paparan LED untuk menunjukkan masa dan nama solat seterusnya dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Di bawah tangan dail, banner digital mengumumkan nama dan masa yang tepat untuk solat 5 waktu. Jam bersambung ke solat server yang mengira masa setiap jam solat melalui isyarat daripada sensor satelit.

Harga setiap satu jam ini ialah 20 000-40 000 € bergantung kepada model.

Police deny deaths in Makkah stampede

Ia update daripada entri mengenai Jambatan Mataf yang runtuh. Saudi Gazzete menafikannya. Dan juga update daripada sahabat yang sedang berada di Masjidil Haram, katanya berita mengenai Jambatan Mataf yang runtuh adalah tidak benar. Kemalangan terjadi kerana sebahagian kawasan di tutup kerana raja nak datang. Ia menyebabkan orang berpusu-pusu, tolak menolak dan menyebabkan terhimpit dan ada yang meninggal. Tetap bersedih dengan kejadian yang menimpa walau apa penyebabnya. Allahurabbi.

Police deny deaths in Makkah stampede 

Makkah Police spokesman denied reports that said three people have died during the washing of Kaaba Thursday morning. He said four pilgrims fell down as a result of the stampede. Three of them were treated inside the Grand Mosque and the fourth was taken to hospital by Saudi Red Crescent.

Saturday, May 24, 2014

Melancong ke Beijing - Day 2 (Tiananmen Square, Forbidden City)

Hari kedua. Subuh di Beijing berakhir awal, iaitu lebih kurang pukul 5.40 pagi. Jadi bangun Subuh juga harus awal. Kesejukan di basahi air wuduk di pagi hari membuatkan tubuh menggigil yang amat. Rasa lega seketika setelah di baluti telekung yang tebal. Padahalnya baju yang saya pakai buka main tebalnya!

Enak sungguh sarapan yang di hidangkan oleh Kak Mama pada pagi itu. 
Alhamdulillah, macam-macam ada.
Anak-anak Kak Mama, sudah siap untuk kesekolah

Tepat pukul 8.00 pagi, Mr Tour Guide dan pemandu telah setia menanti kami.

Sepanjang perjalanan kami memerhatikan warga Beijing. Penduduk Beijing memang suka berbasikal, bentuk basikal banyak yang unik.

Lokasi yang akan kami pergi pagi itu ialah Tiananmen Square, yang terletak di tengah-tengah Beijing. Ia merupakan dataran yang terbesar di dunia. Cuaca pada pagi itu sangat sejuk, terasa angin ke tulang sum sum apabila ia menghembus.

Di dataran orang tidak beberapa ramai, dan tiada kelihatan seorang pun pelancong berbangsa melayu seperti kami, apatah lagi yang memakai tudung. Jadi kehadiran kami menarik minat beberapa orang.  Siap ada seorang pak cik China ni, ambil gambar dengan kami. Dia Islam katanya.

Nampaknya,cerita-cerita yang kami dengar semasa di tanahair Malaysia, iaitu mengenai layanan buruk warga China terhadap pelancong Malaysia yang ke sini adalah tidak benar sama sekali. Layanan mereka adalah seperti biasa, malah kami rasa sangat selamat disini. Jangan lupa, penduduk Beijing ada berjuta orang, yang mempunyai berjuta cerita.

Dataran Tiananmen amat penting selaku lambang kebudayaan negara China, dan di sini banyaknya terjadi peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah China. Bagi kita yang datang dari luar negara, dataran Tiananmen sangat terkenal kerana peristiwa Bantahan Dataran Tiananmen 1989 yang mengorbankan banyak nyawa.








Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Forbidden City yang terkenal, iaitu istana larangan ataupun Kota Larangan. Ia terletak di utara Tiananmen Square. 

Forbidden City ialah istana maharaja China suatu waktu dahulu. Kalau sesiapa suka tengok cerita maharaja China, pasti tak sabar-sabar nak melawat dan tengok sendiri bagaimana bentuk Forbidden City ini. Kagum sangat. Sayalah tu antaranya. Rasa sejuta teruja nak saksikan sendiri Forbidden City ini. Impian menjadi kenyataan hari ini.  Ia adalah antara tempat yang paling di nanti-nantikan untuk di lawati di Beijing.

Kami berjalan kaki sahaja dari Tiananmen Square ke Forbidden City, dekat sahaja.

Berjalan kaki menuju Forbidden City, berdebar rasanya mengungkap sejarah lama.


Tong sampah(err...tong sampah pun nak tunjuk jugak?)

Dataran di hadapan Forbidden City

Antara pintu masuk utama ke Forbidden City

Senibina yang amat mengkagumkan..Forbidden City ni dah berusia selama lebih 500 tahun. Hebat betul peradaban Cina ni..

Cantik..

Ini kami dah masuk ke bahagian lain Forbidden City..sangat luas. Nampak macam sama kan? Tapi tidak sama. Setiap bangunan dan bilik ada fungsi tertentu dan tempat tinggal orang-orang tertentu.

Untuk pengetahuan, di Forbidden City ini terdapat hampir 1,000 buah bangunan dan 8,707 buah bilik. Masa pertama kali dengar Mr Tour Guide bercerita, mulut kami ternganga macam 'whaat?'' Sangat besar..sangat luas...sangat kagum..sangat teruja ok.


Ada beberapa bangunan kat sini yang ada patung macam singa besar ini. Patung singa ni macam simbol kekuasaan mereka yang berada di dalam bangunan ini.



Di Forbidden City ni, dari satu tempat ke satu tempat yang lain memang agak jauh jaraknya. Sebagai contoh, dari Istana Maharaja ke Istana Maharani, bangunan dan biliknya bukan sebelah menyebelah ataupun satu bilik suami dan isteri seperti kita di Malaysia ni, tetapi dari bangunan Maharani nak ke tempat Maharaja, agak-agak dalam 15-20 minit berjalan laju-laju  baru sampai. Bayangkan betapa luasnya Negeri China ni sampaikan Kota Larangan pun sewenang-wenang luasnya.

Apabila tiba di satu bangunan ini, kami lihat ramai sangat orang berebut ambil gambar..





Saya pun konon-konon nak ambik gambar jugak, tapi tak perasan badan comel sangat, angkat kamera tinggi-tinggi pun tak mampu nak melawan ketinggian depa ni yang ambik gambar lagi tinggi. Akhirnya Mr tour guide yang baik hati jugak yang menyelamatkan keadaan dan tolong saya ambik semua gambar dalam ini.


Rupanya ini antara tempat bersemayam Maharaja, patutla ramai orang ambil gambar.

Ini antara bahagian dalam tempat bersemayam. Tiang-besar-besar betul. 

Lepas tu, kami menghala ke Bilik Maharani pula. Ramai juga orang ambik gambar macam tadi. Kami pun banyak ambil gambar juga. Memang menarik sangat tengok bilik Maharani ni, teringat pulak cerita-cerita Maharaja dan Maharani cina kat tv Malaysia.


Silakan baca cerita pasal bangunan Maharani ini, panjang ceritanya.

Di sayap bangunan sebelah sana tu terdapat bilik-bilik gundik. Yang paling speechless sekali ialah setiap Maharaja ada lebih kurang 3,000 gundik. Giliran gundik yang mana satu yang akan bermalam dengan Maharaja di tentukan pula oleh Maharani. Macam speechless sangatkan?


Ada satu kawasan di dalam Forbidden City ini yang di namakan Imperial Garden. Ia adalah satu taman yang penuh dengan bunga-bunga, tasik, pokok-pokok, batu-batu dan pelbagai tumbuhan lagi yang cantik. Di sini ialah tempat penghuni Forbidden City bersantai dan menikmati keindahan alam.

Bilik tempat bersantai yang terdapat di Imperial Garden
Pokok berusia ratusan tahun, tua-tua ubi berisi. Setiap kali musim luruh gugur semua daun-dauanan..hanya tinggal ranting.tetapi sentiasa kukuh tegak berdiri.


Autum in my heart





Imperial Garden yang amazing

Puas kami menjelajah setiap pelusuk Forbidden City, memang seronok sangat pergi ke sini. Disini kami mendapat gambara tentang peradaban China yang agung suatu ketika dahulu.

Perut pun sudah lapar setelah semua tenaga di habiskan untuk menerokai Forbidden City ini, jadi kami tinggalkan Forbidden City untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Tunggu ya cerita menarik..


Untuk sambungan cerita di Beijing seterusnya, sila klik di sini http://www.ijaie.blogspot.com/2014/05/melancong-ke-beijing-day-2-silk-factory.html


Friday, May 23, 2014

Melancong ke Beijing -Day 1 (Perjalanan yang panjang)


Awal April 2014. Departure daripada LCC Terminal dengan penerbangan Air Asia di jadualkan pada pukul 6.45 petang, dan kami dijangka akan tiba di Beijing Capital International Airport pada pukul  1.05 pagi. Jangkamasanya ialah lebih kurang 6 jam perjalanan. Waktu di Beijing sama dengan Malaysia, cuma matahari di musim luruh di Beijing muncul awal iaitu lebih kurang pukul 5.45 pagi jadi Subuh berakhir awal. Manakala matahari juga terbenam lebih cepat daripada Malaysia iaitu pada pukul 6.40 petang. Jadi suhu pada pukul 1.05 pagi di jangka sejuk di airport Beijing.

Harga tiket yang telah di booking awal lagi semasa promosi Air Asia ialah RM 791 bagi dewasa dan harga tiket kanak-kanak ialah RM 600++. Harga bagi tiket kanak-kanak tiada promosi. Nampaknya harga tiket Rania agak kurang sedikit je daripada harga tiket saya.

Kesibukan di LCC Terminal menyambut kami kira-kira 2 jam sebelum berlepas. Adik-adik, ibu sudah sedia menanti. Sesampainya di Airport, kami segera menguruskan check-in bagasi. Check-in bagasi harus di tempah awal, jika tidak caj yang di kenakan adalah lebih mahal berbanding dengan caj tempahan melalui online. Begitu juga dengan makanan, jika mahu makan di dalam kapal Air Asia, haruslah membuat tempahan online lebih awal. Harganya jauh lebih murah berbanding makanan sama yang di beli di dalam kapal terbang.

Akhirnya, kami masuk ke dalam balai berlepas. Nampaknya penumpang-penumpang yang menaiki kapal terbang bersama-sama dengan kami 95% adalah warga negara China. Ini boleh di lihat daripada cara mereka dari segi berpakaian, percakapan dan gerak geri.

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Alhamdulillah waktu kami berlepas adalah seperti yang di jadualkan.


Pergerakan kapal terbang kami iringi dengan pelbagai doa di dalam hati, dan juga di baca perlahan di bibir. Ada rasa agak berdebar di situ. Tempat duduk kami di dalam kapal terbang berdekatan dengan sekeluarga Melayu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada sekeluarga tiga generasi. Makcik tersebut siap membaca ayat-ayat suci AlQuran sepanjang lebih kurang setengah jam selepas kapal terbang memulakan perjalanan.

Alhamdulillah cuaca elok, dan perjalanan berjalan lancar. 

Penerbangan kami tiba dengan selamat tepat pada waktunya.
First glimpse of Beijing Airport
Suasana di dalam Airport

Mr Tour Guide kami setia menanti. Dia seorang yang peramah, sangat senang di dekati, informative dan memberikan kami penerangan yang cukup lengkap tentang itinerary kami besoknya.

Van besar telah sedia menanti kami, sangat selesa dan berhawa dingin.
Barang-barang di bawa masuk ke dalam van
Van sangat selesa, bersih dan berhawa dingin
Udara dan angin sejuk malam di Beijing menyambut kami seiring dengan pertama kali kaki kami menjejak tanah di luar airport Beijing.

Pakej ini sepatutnya termasuk juga dengan penginapan 4 star,tapi sebab kami mempunyai sepupu yang tinggal disini, jadi pakej kami ini murah sekali tanpa penginapan.

Tidak lama dalam perjalanan akhirnya kami tiba di tempat tinggal sepupu, Kak Mama.

Keharuman kuih tart meredakan keletihan kami. Kak Mama memang sangat rajin dan pandai memasak.



Tempat yang disediakan oleh Kak Mama memang selesa, ala-ala hotel 4 bintang.

Selepas menikmati tart yang lazat..kami akhirnya tidur lena untuk persediaan memulakan hari esok yang mengujakan.