Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
Surah Luqman Ayat 34
Surah Luqman Ayat 34
Menyentuh mengenai Hajar Aswad, saya pasti akan terkenang dan mengimbau kembali pertemuan saya dengan seorang jemaah haji wanita dari Malaysia. Dia datang menunaikan haji bersama emak dan suaminya. Umurnya dalam lingkungan 30-an, orangnya suka tersenyum dan mempunyai raut wajah yang manis. Takdir telah beberapa kali menemukan kami secara tidak sengaja di masjid. Sebelum ini kami hanya berpandangan dan tersenyum dari jauh dan kemudiannya meneruskan ibadah masing-masing. Dan akhirnya pada suatu hari, kami di takdirkan solat bersebelahan antara satu sama lain. Orangnya ramah. Setelah berbual dengannya setelah hampir 10 minit, kami rasa seakan-akan telah lama berkenalan.
Tiba-tiba dia bertanya kepada saya, “Dapat cium Hajar Aswad?”
Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, memang itu adalah soalan yang sangat popular.
“Tidak,” jawab saya dengan ikhlas. “Saya tidak mahu tersepit dan bersesak. Orang lelaki ramai. Takut-takut juga terjatuh. Suami juga tidak menggalakkan saya pergi mencium Hajar Aswad,” lanjut saya lagi.
“Akak dapat cium?” saya bertanya.
“Dapat..” dia menjawab, dengan penuh rasa syukur. Tiada tanda-tanda mahu menunjuk-nunjuk dan wajahnya penuh dengan rasa syukur kepada Yang Maha Pencipta.
Seperti biasa sekiranya tahu seseorang itu berjaya mencium Hajar Aswad, saya dengan tidak sabar akan menggesa mereka bercerita. Saya tahu, pergi mencium Hajar Aswad merupakan satu pengalaman yang sangat ‘adventurous’. Mesti cerita yang bakal didengar adalah sangat menarik. Pengalaman pelbagai insan pergi menicum Hajar Aswad, sekiranya di bukukan pasti tidak cukup walau 1 atau 2 bab.
“Akak sebenarnya dah lama bercita-cita ingin mencium Hajar Aswad. Semenjak 3 bulan sebelum berangkat ke Mekah, tiap-tiap hari akak akan solat Hajat berdoa agar dapat cium Hajar Aswad,” dia memulakan cerita.
Yeah, berbanding dengan saya yang sehingga saat-saat akhir bertolak ke bumi suci ini masih jua belum memutuskan samada mahu mencium Hajar Aswad atau pun tidak.
“Akhirnya, antara hari terakhir meninggalkan tanah suci, akak dan suami nekad. Kami pergi berdiri bersidai beratur di penjuru Kaabah bersama ramai yang lain untuk menunggu giliran mencium Hajar Aswad. Pada masa itu waktu menghampiri Zohor,” ceritanya.
Saya membayangkan dia beratur bersama suaminya. Mungkin seperti inilah keadaannya.

Bulatan warna kuning menunjukkan kedudukan Hajar Aswad. Bulatan warna ungu adalah mereka yang beratur bersidai menunggu giliran untuk mencium Hajar Aswad |
Ya, beratur kedengarannya macam mudah seperti beratur di kantin sekolah untuk membeli makanan atau pun membeli tiket keretapi. Tetapi hakikatnya tidak begitu dalam situasi ini. Mereka yang beratur bersidai begini perlu bersaing juga dengan Jemaah lain yang datang dari segala arah selatan timur dan barat, yang berebut-rebut bertolakan dan dengan hiruk dan pikuk bertarung mencium Hajar Aswad. Beratur begini boleh mengambil masa berjam-jam lamanya.
“Akhirnya hampir 1 jam kami beratur. Panas terik matahari, keluar peluh keringat kami membanjiri pakaian. Semuanya tidak dipedulikan. Sudah betul-betul kami menghampiri Hajar Aswad. Ada seorang wanita dari India beratur di hadapan akak. Suami pula betul-betul di belakang. Betul-betul giliran wanita tersebut untuk mencium Hajar Aswad tetapi tidak dapat dek rebutan Jemaah dari semua arah. Dan entah di tolak atau di gesel, tiba-tiba wanita tersebut jatuh. Tergolek betul-betul di hadapan mata kami. Jantung kami berdegup kencang,” pandangannya jauh. Mendengar itu jantung saya turut berdegup kencang, ingin mengetahui apakah yang berlaku kepada wanita tersebut. Tambahan pula pernah semasa bertawaf menghampiri Hajar Aswad, saya pernah mendengar suara wanita terjerit-jerit, telahan kami mungkin akibat terjatuh.
“Tidak lama selepas wanita itu jatuh, polis menghalau kesemua Jemaah dari kawasan Hajar Aswad. Rupanya-rupanya sudah hampir masuk waktu solat Zohor dan kawasan tersebut harus di kosongkan. Wanita tersebut terselamat kerana semua Jemaah di halau jadi dia tidak di pijak kerana tolakan dan desakan yang hebat telah berkurangan” wah agak rasa lega bagi pihak wanita tersebut setelah mendengar cerita lanjut.
“Allah. Akak rasa sangat terkilan. Bayangkan sudah 1 jam bersidai di situ punahlah harapan kami. Tiba-tiba rasa longlai kaki kami. Namun begitu entah dari mana seruan itu datang, akak memandang polis yang sedang menjaga Hajar Aswad tersebut dengan wajah merayu. Akak membuat muka sekesian mungkin,” dia mengimbau kembali.
Ini situasi yang hampir sama dengan cerita saya. Saya tiba-tiba teringat. Saya juga telah membuat wajah kesian setelah tidak sanggup berebutan dengan Jemaah lain yang sangat handal dalam ‘berebut’ dan setelah hampir berputus asa menunggu bas ke Tanaim yang bagai tidak tercapai dek tangan. (Boleh rujuk entri ini http://ijaie.blogspot.com/2011/11/day-21-12-november-2011-umrah-yang.html). Mereka ini punya hati dan perasan. Luarannya mereka nampak gagah dan garang. Tetapi apabila berhadapan dengan orang asia yang lemah lembut mereka akan cepat bersimpati. Kadang-kadang mereka terpaksa bertindak begitu dengan mereka yang keras dan degil.

Polis yang setia menjaga di antara Hajar Aswad dan Multazam, kawasan yang paling popular di Kaabah |
Ini situasi yang hampir sama dengan cerita saya. Saya tiba-tiba teringat. Saya juga telah membuat wajah kesian setelah tidak sanggup berebutan dengan Jemaah lain yang sangat handal dalam ‘berebut’ dan setelah hampir berputus asa menunggu bas ke Tanaim yang bagai tidak tercapai dek tangan. (Boleh rujuk entri ini http://ijaie.blogspot.com/2011/11/day-21-12-november-2011-umrah-yang.html). Mereka ini punya hati dan perasan. Luarannya mereka nampak gagah dan garang. Tetapi apabila berhadapan dengan orang asia yang lemah lembut mereka akan cepat bersimpati. Kadang-kadang mereka terpaksa bertindak begitu dengan mereka yang keras dan degil.
“Allah membuka hati polis itu. Dia menunjukkan belatinya kearah akak, “Hajah!” dan menunjukkan kearah Hajar Aswad. Dia menolak kepala kakak masuk ke dalam Hajar Aswad. Lama. Ya Allah lama dapat akak cium Hajar Aswad. Alhamdulillah. Kakak juga tidak lepaskan peluang menunjukkan kearah suami agar polis tersebut memberi peluang yang sama kepadanya. Akhirnya kami berdua sama-sama dapat mencium Hajar Aswad. Dan kami dapat keluar berjalan dari situ dengan selesa, tanpa perlu berhimpit dan juga di angkat keluar,” ceritanya panjang. Saya mendengar dengan penuh kusyuk dan teruja. Bahagia bagi pihak dia.
“Ia memang rezeki, Orang di belakang suami kakak tak dapat peluang tersebut dan telah di halau, ia memang rezeki,” kata-katanya walaupun amat ringkas tetapi berkesan di hati ini.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memberi wanita itu peluang dan rezeki mencium Hajar Aswad.
Saya amat terkesima akan dua cerita ‘ajaib’ berkisar Hajar Aswad. Cerita wanita tersebut dan juga cerita suami yang lansung tidak bercita-cita ingin mencium Hajar Aswad, tetapi telah ‘dibantu’ untuk menciumnya.
Namun begitu. Tidak semua cerita Hajar Aswad berakhir dengan cerita yang ‘ajaib’ dan indah. Ia bukan cerita dongeng putera dapat berkahwin dengan wanita idaman. Ada juga cerita sedih.
Ia cerita mengenai seorang wanita Indonesia yang meninggal dunia selepas mencium Hajar Aswad. Ia di ceritakan sendiri oleh seorang Jemaah wanita yang berasal dari Indonesia, rakan sebilik wanita tersebut. Wanita tersebut bersama suaminya telah berjaya mencium Hajar Aswad dengan bersesak-sesak. Setelah kembali ke hotel dia mengadu sakit dada. Akhirnya dia meninggal dunia di hotel kerana tulang rusuknya patah akibat di himpit semasa mencium Hajar Aswad. Sudah ajalnya di takdirkan begitu.

Walau apa pun niat, pastikan keselamatan paling utama.
Bagi mereka yang menyimpan azam untuk mencium Hajar Aswad, selepas ini saya akan cuba berkongsi tips mencium Hajar Aswad menurut pengalaman suami.