Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah bersabda :
" Hajar Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " .

Hajar Aswad. Ia adalah cebisan cerita yang begitu signifikan bagi mereka yang menunaikan Haji dan Umrah. Ia selalunya adalah klimaks bagi aktiviti Haji atau Umrah. Mereka yang pernah menjejakkan kaki di Masjidil Haram pastinya akan di tanya dengan soalan penting ini, "Dapat cium Hajar Aswad?"
Bukannya soalan "Dapat pergi ke Multazam? Dapat ke Hijir Ismail? Dapat ke Maqam Ibrahim?"
Tidak, itu tidak akan di tanya. Pasti Hajar Aswad soalan yang utama akan di tanya.
Di Malaysia beberapa bulan sebelum menunaikan Fardhu Haji:
"Pergilah cium Hajar Aswad. Sebelum cium Hajar Aswad buat solat Hajat dahulu. Doakan dan niat betul-betul pada Allah dan yakin Allah akan tolong, pasti dapat cium," Ini kata ibu, dan dia mulai dengan cerita dan saat manisnya ketika mencium Hajar Aswad semasa menunaikan Umrah dahulu. Ibu saya lagi handal, pergi mencium Hajar Aswad seorang diri! Sudah dua kali dia mencium Hajar Aswad.
Mak mentua saya berpendapat lain pula.
"Ishh..baik jangan pergi. Mak dulu tak berani nak pergi cium Hajar Aswad tu. Ramai. Berebut-rebut. Bersesak. Berhimpit dengan lelaki yang bukan Mahram. Kita nak kerjakan yang halal dan mengejar pahala, tapi jadi haram pula. Tambahan pula kita orang Asia Tenggara ni lagi bersaiz kecil berbanding Orang Arab dan bangsa lain. Ada orang Indonesia mati di pijak ketika mahu cium Hajar Aswad," Itu pendapat mak mertua saya. Yang di percayainya dan di tegakkannya dengan bersungguh-sungguh.
Mengutip pendapat dua wanita yang disegani dalam hidup ini, saya berada di dalam persimpangan. Itu ketika di Malaysia. Saya masih belum memutuskan lagi samada akan pergi mencium Hajar Aswad atau tidak.
Dan kini, setelah berada di sini. Saya telah melupakan niat mendekati apatah lagi mahu mencium Hajar Aswad. Pertamanya setelah melihat sendiri kesesakan yang berlaku di hadapan mata. Tidak sanggup rasanya berhimpitan seperti itu. Berebutan semacam itu. Lebih-lebih lagi setelah mengutip beberapa pendapat yang mengatakan bahawa haji pada tahun ini lebih luar biasa ramainya daripada tahun-tahun yang lepas. Dan sebab yang kedua pastinya kerana mencium Hajar Aswad bukannya wajib atau sunat pada wanita! Hukumnya hanya harus sahaja bagi wanita. (Sila rujuk muka surat 214, Buku Panduan Ibadat Haji dan Umrah keluaran Lembaga Tabung Haji). Dan yang pastinya mencium Hajar Aswad juga hukumnya bukan wajib walau bagi lelaki pun (sunat) atau ianya bukan salah satu rukun Haji! Namun begitu, dapat mencium hajar aswad tetap merupakan satu bonus bagi sesiapa pun yang pergi menunaikan haji/umrah.
Teringat cerita mengenai Saidina Umar tentang Hajar Aswad. Khalifah Umar Al-Khattab telah menegaskan sebelum mencium Hajar Aswad:
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Suami saya juga berpendapat sama seperti saya. Pernah dia berkata, "Diorang ni bertolak-tolakan begitu untuk mencium Hajar Aswad. Buat apa..cium Hajar Aswad tu hukumnya sunat sahaja. Menyakiti sesama muslim sudah jadi haram. Nak kejar yang sunat jadi haram pula. Saya tidak akan menjadi seperti itu."Itu tegasnya.

Dan hari ini. Sayu, besok kami akan ke Madinah. Tidak terasa hari-hari yang berlalu. 35 hari di sini, kehidupan di kota Makkah seakan sudah sebati dalam diri. Beribadat dengan tenang tanpa gangguan, ianya seakan fitrah... beribadat membuatkan hidup jadi tenang, ceria dan aman. Tetapi realiti sudah terbentang di hadapan mata. Kehidupan kami bukan di sini. Kami hanya singgah sahaja sementara. Kami adalah tetamuNya.Berkata-kata dalam hati, bila kami akan ke sini lagi? Bila tuhan aku terima aku sebagai tetamunya lagi? Bila tuhan akan panggil aku ke sini lagi?
Selepas Zohor yang tenang, kami bersembahyang sunat dan berdoa, lama. Kami berjanji untuk berjumpa semula lebih kurang pukul 1 tengahari. Kami sudah merancang untuk ke Safwa Tower, untuk bersiar-siar buat kali yang terakhir sebelum berangkat ke Madinah esok. Kami akan makan aiskrim dan minum jus mangga. Pasti saya akan merindui kehidupan santai di sini.
Saya melihat jam yang tergantung di Masjidil Haram. Sudah pukul 1 tengahari. Dan masa berjalan lagi. Lama saya menunggu di situ. Di tempat sembahyang berhampiran pintu As Shameia. Resah dan gelisah. Saya sudah beberapa kali menoleh-noleh apabila terlihat kelibat yang lebih kurang suami saya. Tetapi bukan dia. Mana dia? Tidak pernah dia terlambat kerana sekarang kawasan solat tidaklah sesak seperti dahulu.

Setelah menunggu lebih kurang 10 minit akhirnya dia muncul. Tetapi anehnya saya lihat dia tidak menuju ke arah saya, tapi terus menuju ke arah air zam zam. Membasuh tangannya.
Mukanya agak semacam. Pelik. Ada terasa sesuatu di hati ini.
Selesai membasuh tangan dia menuju ke arah saya. Ada kepelikan di mukanya. Aneh.
Dia menghulurkan tangannya kepada saya. "Bau ini".
Dalam hati seakan teruja. Macam dapat meneka tetapi kenyataan seperti menidakkannya. Mengenali suami, mengetahui prinsipnya dan mendengar bebelannya mengenai mereka yang bertolak-tolakan di hadapan Kaabah. Tidak mungkin.
"Apa ni?" saya menyoal, agak tidak sabar. Bau yang wangi.
Dia senyum kambing. Masih berteka-teki nampaknya.
"Hajar Aswad?" saya meneka. Hampir saya pasti tekaan saya adalah 100% betul.
Dia menggangguk. Saya pula yang rasa teruja. Tak sabar-sabar mendengar ceritanya. Saya menggesa dia meluahkan segalanya.
Dia ceritakan secara terperinci bagaimana dia boleh sampai ke situ.
"Tujuan utama saya mahu ke Multazam. Bila tiba di sana, saya terus berdoa. Tetapi di Multazam tolakannya sangat hebat. Tanpa di sedari semasa sedang khusyuk berdoa, saya di tolak menghampiri Hajar Aswad. Sedang dalam kelam kabut berdoa sambil ditolak, seorang jemaah (mungkin dari Asia Selatan) dalam lingkungan 40-an mencuit bahu saya. Sambil menyebut “Hajar Aswad?”. Belum sempat saya menjawab jemaah tersebut terus menolak saya menghampiri Hajar Aswad. Saya tidak menolak lansung. Hanya mampu merelakskan badan mengikut arus tolakan untuk mengelakkan dari terjatuh. Orang sangat ramai bersesak-sesak, tolak menolak dan berebut-rebut. Bahu dan tulang rusuk terasa padat. Akhirnya saya tiba betul-betul di depan Hajar Aswad. Jemaah tersebut terus menolak muka saya masuk kedalam Hajar Aswad sambil dia menjaga saya. Kemudian jemaah itu pula meminta saya menjaga apabila dia pula mencium Hajar Aswad. Kami bergilir menjaga antara satu sama lain, " panjang ceritanya.

Multazam |
Ramai yang berebut di sini |
"Tidak mungkin saya akan keluar seperti itu. Saya tahan dengan keluar bersesak-sesak, mengepit bahu sedekat mungkin, sampai sekarang terasa sakit dada dan bahu saya," dia menunjukkan bahunya.
"Tipsnya hanya berzikir mengingati Allah. Jangan tolak-menolak. Sekiranya ada rezeki tuhan akan bukan jalan. Jangan kasari orang lain semata-mata kerana mahu melakukan yang sunat. Perempuan sebaik-baiknya jangan pergi, kerana berhimpit-himpit dengan lelaki. Jemaah-jemaah muslimat yang sama-sama berebut ramai yang tertanggal-tanggal tudung sehingga menampakkan aurat!" dia menambah dengan bersungguh-sungguh, mungkin juga dalam hati berdoa jangan pula saya mengajaknya pergi ke Hajar Aswad!
"Saya pun tak mahu," kata saya. Wah sedetik itu membuat keputusan apabila terdengar jemaah-jemaah wanita tertanggal tudung dan melihat bahu suami yang masih sakit.
Hajar Aswad.
Apakah sebenar-benarnya Hajar Aswad?
Apa yang membuatkan Hajar Aswad menjadi rebutan jutaan jemaah?
Kalau tidak kerana sentuhan orang musyrik tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat.
Di dataran Kaabah, kawasan berhampiran Hajar Aswad adalah yang paling sibuk. Di situ, bertolak-tolakan manusia berebut-rebut kerana mahu mencium Hajar Aswad.
Balik dari solat Subuh tadi, kami sebilik di kejutkan oleh berita seorang rakan sebilik yang terperangkap dengan helah sindiket untuk mencium hajar aswad. Sangkanya ketika dihampiri oleh sendikit ini mereka itu ikhlas untuk membawa rakan sebilik kami untuk mencium hajar aswad. Rupa-rupanya mahukan duit yang menjadi agenda utama! Konon-konon datang untuk menolong tetapi setelah rakan saya berjaya menciumnya mereka minta duit. SR 250 seorang. Mereka suami isteri diminta membayar SR 500 semuanya. Kasihan pasangan ini kerana mereka tidak membawa wang yang banyak ketika itu.
Cerita-cerita mengenai mereka yang mencari duit di depan Kaabah ini memang telah tersebar luas. Mereka berupa satu sindiket, dan di dalangi dua golongan. Lelaki dan wanita. Mereka akan bertanya kita samada mahu mencium Hajar Aswad atau tidak. Sekiranya setuju, mereka akan membawa kita dengan menolak orang-orang di depan mereka dan kita berada di belakang mereka. Selepas berjaya mencium Hajar Aswad, mereka akan segera meminta duit.
Jauhkanla diri dari mereka, jangan terpedaya. Jangan menyokong aktiviti mencari duit di hadapan Kaabah ini.
lain orang lain pulak cabaran & dugaannya... ada yg senang & ada yg susah... kita hanya mampu mencuba... DIA bagi kpd siapa yg DIA nak bagi...
ReplyDelete