Commercial Break

Wednesday, May 9, 2012

Day 34 (25 November 2011, Part 5) -Petua Hilangkan Sakit Tekak

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib?

Surah At Taubah Ayat 78




Petua ini telah di dapati oleh suami sebelum bertolak ke Tanah suci. Walaupun kami tidak menggunakan petua ini kerana keperitan tekak tidak terlalu serius, tetapi atas permintaan ramai saya ingin berkongsi petua ini. Cubalah mana tahu berkesan. Terima kasih kepada sumber yang sudi berkongsi petua, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Petua Untuk Hilangkan Sakit Tekak
Berkumur dengan air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega. Anda cuma perlukan 3 camca garam dan bancuh dengan 1/2 gelas air sejuk. Berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang.


Pilihan Petua Untuk Meredakan Batuk

Petua 1 : Ambil sedikit madu lebah asli dicampurkan dengan perahan limau nipis. Minum air tersebut dan amalkan sekali atau 2 kali sehari.

Petua 2 : Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di dalam jag berisi air masak. Minum minuman ini sekerap mungkin.

Petua 3 : Ambil 2 tangkal cili kering dan bakar sehingga hangus. Campurkan dengan beberapa titis minyak kelapa. Apabila sebati, sapukan di sekitar kerongkong. Batuk akan hilang dan sakit kerongkong akan berkurangan.

Dan yang paling penting, mesti ingat jangan minum Air Zam Zam yang sejuk!

No comments:

Post a Comment