Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan.
Surah Al Qalam Ayat 48
Rumah Abu Bakr (r.a.)
Daarul Arqam
Kawasan yang bertanda merah, terletak di kaki bukit Safa, adalah lokasi rumah Arqam bin Abu Arqam (r.a) atau tempat ini lebih dikenali sebagai Darul Arqam. Di rumah inilah tempat rahsia permulaan Rasulullah s.a.w menyebarkan agama Islam secara senyap-senyap kerana kawasan ini tersembunyi dari Musyrikin Quraisy.
Di sinilah para sahabat melaksanakan solat secara sembunyi-sembunyi dan berkumpul untuk mempelajari tentang agama Islam. Oleh kerana ia sangat dekat dengan Kaabah yang menjadi tempat berkumpulnya orang ramai, maka penduduk-penduduk sekitar tidak perasan akan aktiviti yang sedang di jalankan di situ.
Di sinilah Ayat 64 dari Surah Al Anfal diturunkan, iaitu yang bermaksud, "Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman."
Lokasi ini yang terletak di luar Masa adalah di percayai tapak rumah Abu Jahal, yangs sangat memusuhi Islam.Surah Al Qalam Ayat 48
Rumah Abu Bakr (r.a.)
Di lokasi KFC ini terletaknya bekas rumah Abu Bakar r.a.. Di sini menara telah di bina dan Masjid Abu Bakar telah di bina di tingkat 4 bangunan ini.
Rumah Saidina Abbas (r.a.)
Rumah Saidina Abbas (r.a.)
Ini adalah kawasan bekas tapak rumah Saidina Abbas r.a. Abbas adalah bapa saudara kepada Rasulullah s.a.w dan sentiasa melindungi nabi semasa baginda di Mekah, tetapi beliau hanya masuk Islam selepas peperangan Badar.
Rumah Ummu Hani (r.a.)
Kawasan ini yang terletak bersebelahan pintu King Abdul Aziz adalah dipercayai lokasi rumah Ummu Hani r.a, sepupu kepada Rasulullah s.a.w dan anak kepada Abu Talib. Di riwayatkan dari tempat inilah Nabi Muhammad s.a.w dibawa ke Baitul Maqdis dalam perisitwa Isra' Mikraj. Rumah Ummu Hani (r.a.)
Daarul Arqam
Kawasan yang bertanda merah, terletak di kaki bukit Safa, adalah lokasi rumah Arqam bin Abu Arqam (r.a) atau tempat ini lebih dikenali sebagai Darul Arqam. Di rumah inilah tempat rahsia permulaan Rasulullah s.a.w menyebarkan agama Islam secara senyap-senyap kerana kawasan ini tersembunyi dari Musyrikin Quraisy.
Di sinilah para sahabat melaksanakan solat secara sembunyi-sembunyi dan berkumpul untuk mempelajari tentang agama Islam. Oleh kerana ia sangat dekat dengan Kaabah yang menjadi tempat berkumpulnya orang ramai, maka penduduk-penduduk sekitar tidak perasan akan aktiviti yang sedang di jalankan di situ.
Di sinilah Ayat 64 dari Surah Al Anfal diturunkan, iaitu yang bermaksud, "Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman."
Jannatul Ma’la
Gambar di atas adalah kawasan perkuburan Jannatul Ma’la. Kawasan ni terletak berdekatan sahaj dengan hotel kami, Qasr Al Shoorouq.
Beberapa ahli keluarga Rasulullah dan para sahabat di kuburkan di sini, di antaranya ialah:
1. Saidatina Khadijah r.a
2. Qasim, anak pertama Rasulullah s.a.w bersama Saidatina Khadijah yang meninggal dunia sewaktu masih bayi.
3. Abdullah, anak kedua Rasulullah s.a.w.bersama Saidatina Khadijah r.a
4. Abu Talib – bapa saudara Rasulullah s.a.w.
5. Abdul Muttalib – datuk Rasulullah s.a.w.
Gambar di atas adalah Maqam Saidatina Khadijah dan yang kecil tu anaknya QasimBeberapa ahli keluarga Rasulullah dan para sahabat di kuburkan di sini, di antaranya ialah:
1. Saidatina Khadijah r.a
2. Qasim, anak pertama Rasulullah s.a.w bersama Saidatina Khadijah yang meninggal dunia sewaktu masih bayi.
3. Abdullah, anak kedua Rasulullah s.a.w.bersama Saidatina Khadijah r.a
4. Abu Talib – bapa saudara Rasulullah s.a.w.
5. Abdul Muttalib – datuk Rasulullah s.a.w.
Gambar di atas menunjukkan permaqamam Maala suatu ketika dahulu sebelum di runtuhkan semasa zaman pemerintahan King al-Saud. Kerajaan Turki amat menentang keruntuhan ini.
Di sinilah Jabal Abu Qubays, terletak di timur Baitullah dan di atas bukit inilah Rasulullah s.a.w membelah bulan.
Valley of Abu Talib
Valley of Abu Talib
Di sini terletaknya lembah Abu Talib, dimana kaum keluarga Bani Hashim dan Bani Al Mutalib telah di pulaukan dan di boikot selama 3 tahun. Ia peristiwa yang sangat memilukan.
Perkuburan Jahilliyah
Perkuburan Jahilliyah
Di sini di percayai adalah tempat Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam menguburkan anak perempuan mereka hidup-hidup. Sumayyah, wanita pertama yang terkorban kerana Islam juga di percayai di kuburkan di sini.
Rujukan:
Rujukan:
The History of Makkah Mukarramah – Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani
Wikipedia
MuslimAccess.com http://www.islamiclandmarks.com
Wikipedia
MuslimAccess.com http://www.islamiclandmarks.com
When the Moon Split - Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri
Muhammad: his life based on the earliest sources – Martin Lings
The Life of Muhammad – Tahia Al-Ismail
Muhammad: his life based on the earliest sources – Martin Lings
The Life of Muhammad – Tahia Al-Ismail
No comments:
Post a Comment