Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.
Surah Al Furqaan Ayat 53
Masjid al-Jinn
Di masjid ini di riwayatkan tempat jin pertama memeluk Islam.
Masjid Shajarah (Masjid of the tree) terletak bertentangan Masjid Jinn. Di riwayatkan ketika tiada umat manusia yang ingin beriman kepada Rasulullah, disinilah pokok berjalan datang kepada Rasulullah dan menyatakan keimanan kepada Rasulullah.
Masjid al-Khayf
Masjid yang terletak di kaki bukit di selatan Mina adalah lokasi Nabi Muhammad s.a.w dan beberapa Nabi sebelumnya pernah bersembahyang.
Di masjid ini orang-orang Ansar Madinah yang di terdiri daripada puak Aus dan Khazraj telah memeterai perjanjian dengan Rasulullah s.a.w. Masjid ini terletak di Mina.
Masjid Ra’yah
Di Masjid Ra’yah (Masjid Bendera) inilah Rasulullah s.a.w memasang benderanya apabila Rasulullah s.a.w menakluki Mekah. Ia juga di kenali sebagai Masjid Jowdariyyah.
Rujukan:
The History of Makkah Mukarramah – Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani
Wikipedia
MuslimAccess.com http://www.islamiclandmarks.com
Wikipedia
MuslimAccess.com http://www.islamiclandmarks.com
When the Moon Split - Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri
Muhammad: his life based on the earliest sources – Martin Lings
Muhammad: his life based on the earliest sources – Martin Lings
No comments:
Post a Comment