Commercial Break

Wednesday, May 9, 2012

Day 34 (25 November 2011, Part 5) -Petua Hilangkan Sakit Tekak II

Alhamdulillah ramai lagi di luar sana yang sudi berkongsi petua dan pengalaman mereka untuk ubati sakit tekak ketika menunaikan Fardhu Haji/Umrah. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman itu, semoga ada yang mendapat manfaat dan Allah memberi pahala berpanjangan kepada mereka yang berkongsi.

Petua 1

Limau sunkis dipotong spt biasa, taburkan garam halus keatasnya dan makan dua-tiga biji.. rasanya enak dan Alhamdulillah berkesan. Limau boleh juga di gantikan dengan timun.


Petua 2

1 sudu besar jus kurma di campur dengan 1 sudu besar jus delima dan kacau bersama satu cawan air. Minum 3 kali sehari bila-bila masa. Insya Allah berkesan.


Petua 3

Ambil secamca kicap dan di perah sebiji limau nipis dan di minum bersama.


Petua 4

Nasi di remdan dengan air dalam gelas dan di minum awal pagi sebelum makan sebarang makanan. Nasinya boleh di makan sekali sekiranya mahu.


Petua 5

Minum air zam zam dan niatkan sembuh penyakit tekak tersebut. Dengan Izin Allah.. :-)

No comments:

Post a Comment