Sepanjang pengalaman berada di Kota Kinabalu saya memang amat terpesona dengan pemandangan dan keindahan di sini. Hanya makanan sahaja yang kurang sesuai dengan selera, tetapi ada satu restoran yang saya ingin cadangkan sepada sesiapa yang melawat KK kerana makanan di sini sememangnya sedap dan menyelerakan, iaitu Kak Nong Restaurants atau pun Restoran Kak Nong yang terletak di Harbour City, berdekatan dengan Sutera Harbour Resort.
Restoran kat sini bersih, perkhidmatan cepat, parking pun senang cuma harga makananya agak tinggi tetapi kalau nak makan sekali sekala memang berbaloi.
Restoran Kak Nong ni pernah mendapat pelbagai anugerah antaranya ialah Best Food Outlet dan juga Anugarah Restoran Terbaik untuk Anugerah Pelancongan Malaysia. Sememangnya tak rugi anda berkunjung ke sini.
Untuk cerita lain mengenai Kota Kinabalu:
No comments:
Post a Comment