Commercial Break

Friday, November 6, 2015

Tempat-tempat menarik di Selcuk

Tamatnya tour di Maryemena, Seven Sleepers, Ephesus & Muzium Selcuk bukan bermakna tamatnya lawatan di Selcuk.

Ya, memang banyak tempat-tempat menarik yang boleh di lawati di Selcuk. Kesemua tempat-tempat ini kami jelajahi dengan berjalan kaki sahaja memandangkan ianya berdekatan sahaja dengan Selcuk Otogar dan Urkmez hotel:


1) Aquaduct – Sistem pengaliran air zaman Uthmaniyah.




2) Basilicia St John – lagi salah satu bukti yang Kristian kukuh bertapak di Turki satu ketika dahulu.




3) Isabey Camii – Antara masjid tertua (1374) dengan senibina yang mengkagumkan, tinggalan daripada zaman Anatolian Beyliks.




4) Istana Selcuk tengok dari jauh je sebab ada construction, pelawat tidak di benarkan masuk.



Selesai kami melawat tempat-tempat ini, kami dicadangkan oleh seorang pegawai pelancongan di situ untuk melawat Sirince iaitu sebuah perkampungan Greek Orthodox sejak daripada zaman Ottoman lagi. Sirince ini terletak sekitar 15 kilometer dari Selcuk. Kami segera bergegas ke Selcuk Otogar untuk mendapatkan dolmus ke sana. Malangnya, hari telahpun lewat petang dan tiada lagi dolmus yang akan kesana. Pemandu Dolmus turut menyatakan bahawa perkampungan tersebut juga akan tutup sekitar 5 petang setiap hari. Tiada rezeki nampaknya untuk kali ini.

Dah selesai kami jejaki setiap tempat ini, kami singgah makan di restoran Yorem lagi sekali, iaitu restoran yang kami singgah untuk makan tengahari sebentar tadi. Masakannya enak, jadi kami tertarik untuk mencuba masakan lain lagi di sini, dengan tambahan Turkish Coffee yang wow dan wajib rasa by each person yang melancong ke Turki. Sememangnya memang tak menyesal makan di sini untuk kali kedua.



Menjelang malam, pekan Selcuk yang moden dan mesra pelancong ini masih belum tidur dan masih happening. Cuaca tidak terlalu sejuk yang mencengkam jadi kami mengambil kesempatan berlama-lamaan menghirup angin malam Selcuk sepuasnya. Hmm..actually bukan setakan hirup angin, malah kami sempat bershopping di kedai-kedai yang mengadakan jualan murah di sini.




Antara barang yang di borong ialah baju raya untuk kanak-kanak, kerana dengan kualiti kain yang sangat baik dan standing dengan jenama antarabangsa yang terkenal, harga selepas diskaun adalah murah dan berbaloi. Merasalah budak-budak beraya dengan baju Made In Turkey ;-) (Shopping baju budak di Turkey is highly recommended if ada sale and harga yang ditawarkan murah).



No comments:

Post a Comment