Commercial Break

Saturday, November 7, 2015

Perjalanan ke Bursa


Bas Syarikat Pengangkutan Pamukkale untuk long distance dari Selcuk ke Bursa ini adalah bas yang mempunyai seat yang paling besar dan space yang paling luas yang pernah saya naiki di Turki.






6 jam perjalanan dari Selcuk ke Bursa tidak terlalu di rasai memandangkan kami berdua tidur sepanjang masa di dalam bas walaupun bas berjalan di siang hari. Kami hanya bangkit apabila bas berhenti untuk makan tengahari pada pukul 1 tengahari. Kami agak kepenatan dan juga mahu save energy kerana sudah bercadang mahu menonton Tarian Sufi di Bursa pada malam ini.

Ini kafeteria di perhentian dan makan tengahari kami.. (makan simple-simple je sebab breakfast tadi dah cukup kenyang)




Bas yang di naiki akhirnya tiba di Bursa pada pukul 3 petang. Stesen bas Bursa (Bursa Buyuk Otogar) adalah sangat besar dan banyak pilihan tiket, standing dengan Buyuk Otogar di Istanbul. Kami survey harga tiket dari Bursa ke Istanbul dan terus membeli tiket untuk ke Istanbul siap-siap.



Selesai dengan pembelian tiket ke Istanbul, kami keluar dari bangunan Bursa Otogar menghala ke stesen bas yang di penuhi dengan bas-bas tempatan untuk ke tempat-tempat di dalam Bursa. Jaraknya tidak jauh, hanya beberapa meter dari Bursa Otogar.

First thing kena buat sebelum naik bas di sini ialah membeli tiket di kaunter tiket yang disediakan. Sebelum beli kena tahu dulu bas nombor berapa yang akan melalui ke lokasi yang kita mahu pergi. Macam kami, kami akan ke Ulu Camii (bas nombor 38). Bila kita naik bas, kita just swap je tiket ini di mesin dalam bas sebelah driver, than boleh duduk di kerusi mana-mana yang di kehendaki. Harga tiket bas ke Ulu Camii hanyalah 3 TR seorang.

Bas nombor 38 ke Ulu Camii teramatlah panjang. Tidak pernah saya lihat bas sepanjang ni di manam-mana tempat di Turki mahupun di dunia. (ehem, macamlah dah jelajah satu dunia ;-p)


Perjalanan ke Ulu Camii daripada Bursa Otogar mengambil masa lebih kurang 45 minit. Perjalanan sebenar mungkin mengambil masa tidak selama ini kerana jalan agak sesak di sebabkan ada satu kumpulan besar sedang mengadakan tunjuk perasaan, rasanya. Saya katakan tunjuk perasaan sebab ada ramai orang sedang memegang sepanduk sambil melaungkan sesuatu. Tidak pasti sebab apa.

Selain dari itu, kebetulan hari itu hari Jumaat, dan perjalanan kami bertembung dengan perjalanan orang pulang dari kerja, menyebabkan jalan menjadi lebih sesak. (Mereka pulang kerja awal di Hari Jumaat).

Kami berhenti di perhentian bas yang kecil sahaja, di Ulu Camii.


3 comments:

  1. Can i know how much the price for the ticket from selcuk to bursa?

    ReplyDelete
  2. Hi Ija ,

    Would like to know more - how you travel in within bursa? can i have your email ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ira,

      Most of the time I am walking around. You can refer my blog for details :-)

      Delete