Commercial Break

Wednesday, November 4, 2015

Ephesus Museum



Selesai tour di Ephesus, kami meminta pemandu teksi menghantar kami ke Ephesus Museum memandangkan muzium ini terletak berhampiran sahaja dengan Selcuk Otogar.


Lawatan ke Muzium ini ternyata tidak sia-sia. Kebanyakan muzium yang kami kunjungi di Turkiye, isinya cukup padat dan informative.

Menariknya muzium ini, banyak di pamerkan artifak-artifak yang di jumpai di Ephesus. Jadi di cadangkan jika ada masa yang mencukupi agar anda melawat muzium ini dahulu sebelum ke Ephesus kerana anda akan lebih menghayati Ephesus setelah memproses banyak maklumat dari pameran di muzium ini. Muzium ini juga sangat teratur dan artifak-artifaknya memperceritakan satu persatu sejarah bermula dari zaman sebelum masihi sehingga ke zaman selepas masihi. Sangat-sangat berbaloi dapat menyaksikan sendiri barang-barangan tersebut di hadapan mata. 

Bayaran tiket masuk ialah 10 TL seorang.







No comments:

Post a Comment