Commercial Break

Sunday, November 8, 2015

Hotel Efehan, Bursa

Hotel Efehan, lokasinya terletak betul-betul di sebelah kawasan car park orang membeli-belah berdekaan dengan Koza Han yang sangat popular dan sibuk. 

Alhamdulillah, selesa sangat hotel ini dan inilah hotel yang paling besar kami duduki di Turki. Bukan setakat hotelnya besar, lobinya besar, biliknya besar, toiletnya besar malah tempat makannya (kafeteria) juga besar.





Breakfastnya juga enak dan buffet dengan pelbagai pilihan.


Selain daripada itu, lokasinya superb dan berhampiran dengan pelbagai main attraction di Bursa.

Cuma, lorong untuk menuju ke hotel ini agak berbukit, ehem.. jadi paham-paham je la kalau nak mengangkut beg-beg itu agak mengah-mengah gitu. Apatah lagi setelah sempat bershopping di lokasi-lokasi sebelum ini yang sekaligus menambahkan tahap keberatan beg.

Hotel ini di tempah melalui Agoda.com dengan harga 170 TL satu malam. Mungkin agak mahal bagi mereka yang mecari bajet hotel, namun saya cadangkan agar anda mencari hotel tidak jauh dari lokasi ini kerana anda boleh jimat banyak dalam kos pengangkutan dan juga masa. 

No comments:

Post a Comment