Commercial Break

Thursday, November 12, 2015

Tarian Sufi PERCUMA

Terpesona hampir tidak bergerak apabila menyaksikan budak kecil berumur 7 tahun itu berpusing-pusing tanpa henti mengkut rentak irama sufi yang sedang di mainkan oleh pemain-pemain muzik sufi. Diri ini hampir tidak mendengar nafas sendiri. Kadang-kadang rasa bimbang menjengah, takut-takut budak yang tidak berhenti berpusing itu jatuh tumbang akibat pening lalat. 

Namun tiada apa yang terjadi. 

Dengan jayanya bukan sahaja budak tersebut sebagai anggota tari yang paling kecil, malah penari-penari tarian sufi yag lain sebanyak 8 orang semuanya yang terdiri daripada remaja-remaja dan barangkali yang paling dewasa lebih kurang 20-an umurnya, berpusing bergerak tanpa henti hampir setengah jam lamanya. 

Ia bukannya pusingan yang saja-saja sepertimana kita sengaja berpusing tanpa henti semasa bermain kecik-kecik dahulu. Ia adalah pusingan yang penuh seni,di gayakan mengikut alunan rentak muzik yang tertarik rasa hati apabila mendengarnya.


Sesungguhnya saya rasa, tarian sufi adalah antara budaya turki yang sangat-sangat mengagumkan. Sebelum ini tarian sufi tidaklah termasuk dalam list wajib lihat yang saya aim semasa di Turki. Maksudnya kalau ada rezeki, adalah tapi kalau tiada takdelah saya nak menangis menyesal. Tapi setelah lihat tarian ini di depan mata sendiri, saya ingin katakan….semua yang melancong ke Turki WAJIB datang tengok persembahan tarian sufi ini. Ia adalah antara benda yang paling UNIK di Turki. Sesungguhnya bukan sahaja terpesona, malah saya sangat terhibur dengan persembahan ini walaupun setengah jam cuma (setengah jam adalah masa yang cukup lama untuk berpusing-pusing begitu tanpa henti sebenarnya!)

Penonton. 90% adalah  penduduk tempatan. Di asingkan lelaki dan perempuan. Perlu berpakaian sopan.

Apa yang menarik, persembahan tarian sufi di Kabatas I Veli, Bursa ini adalah PERCUMA. Ianya bermula pada pukul 9.15 malam setiap hari. HARUS datang AWAL kerana ada shay (teh) panas-panas PERCUMA di hidangkan setiap hari sebelum persembahan.

Di perkarangan Kabatas I Veli. Boleh lepak-lepak minum shay PERCUMA panas-panas.

Segala kesulitan mencari Kabatas I Veli sebentar tadi sangat berbaloi-baloi. Agak sukar ingin mencari tempat ini kerana ianya agak tersorok daripada jalan utama dan berada di kawasan perumahan penduduk tempatan serta diluar kawasan pelancongan di Bursa. Tips cari tempat ini? Kita kena check google maps dan tanya ramai orang. Ianya tidak terlalu jauh daripada Koza Han walaupun ia tersorok. Jarak daripada Koza Han ialah lebih kurang 20 minit berjalan kaki (mendaki bukit!!!).

Pintu masuk Kabatas I Veli di jaga rapi oleh pemuda tegap Turki.

Sangat tertarik pada tarian sufi sehinggakan di Istanbul pun saya rasa teringin menonton tarian sufi sekali lagi.


No comments:

Post a Comment