Sempat
berehat seketika di katil yang cukup empuk, dalam pukul 3.30 petang kami
teruskan berjalan-jalan di sekitar Bursa. Sesungguhnya, Bursa adalah sebuah
bandar yang besar, sibuk dan happening.
Mana tidaknya, ianya adalah bandar ke 4 paling padat di Turki.
Bursa
juga pernah seketika menjadi ibu kota (1335 – 1363), semasa awal-awal kerajaan
Uthmaniyah menjajah sebahagian Turki daripada Byzantine sebelum pusat
pemerintahan di pindahkan ke tempat lain. Oleh sebab itulah kesan-kesan awal
kerajaan Uthmaniyah banyak terdapat di sini.
Kami
ke kawasan Yesil dan lokasi pertama ialah Yesil Camii (Green Mosque). Tidak jauh daripada hotel kami menginap sekitar hanya 10 minit berjalan kaki berpandukan Google Maps dan bertanya orang ramai. Agak kurang signboard untuk menunjukkan perjalanan ke sini.
Juga
di kenali sebagai Mosque of Mehmed 1, ianya adalah sebuah masjid yang besar
terdiri daripada kawasan solat, madrasah, dapur dan tandas.
Masjidnya
mempamerkan senibina yang mengkagumkan. Tak berkelip mata memandang sekiranya
mengamati satu-persatu hasil kerja tangan yang halus dan teliti.
Berdekatan
dengan Yesil Camii, kami ke Yesil Turbe (Green Tomb) pula.
Seriously,
tidak pernah lihat maqam dan kawasan maqam yang secantik ini (!!!). Kalau nak cerita lebih-lebih mengenai
senibinanya yang unik, saya bukanlah pakarnya. Namun manusia biasa-biasa yang
tidak pakar seperti saya ini pun rasa maqam Sultan Mehmed 1 dan ahli keluarganya
ini sangat-sangat cantik!
Masih
lagi di kawasan Yesil, kami berjalan terus menuju ke Yesil Imareti Asevi.
Tempat ini adalah kawasan kerajaan bagi makanan percuma kepada orang-orang
miskin. Ianya telah wujud sejak zaman kerajaan Uthmaniyah.
Selepas
itu kami ke Turkish Islamic Art Museum, tapi sebab dah lewat and dah nak tutup
kami just singgah and melawat kawasan dari luar sahaja.
No comments:
Post a Comment