Commercial Break

Thursday, November 19, 2015

Cara-cara, Resepi dan Tips membuat HOMEMADE PLAYDOUGH

Tergendala sebentar siaran mengenai Turki. 

Sudah lama daku peram cerita mengenai aktiviti  yang telah di lakukan beberapa minggu lepas bersama dengan my Chewing Gum dua orang ini.

Telah agak lama terasa-rasa nak buat homemade playdough untuk kanak-kanak riang ini di sebabkan mereka memang suka sangat-sangat main playdough, plastesin dan segala yang sewaktu dengannya. Cita-cita dan keinginan mahu menghasilkan playdough buatan sendiri terhasil setelah saya perasan setiap kali beli playdough, lama kelamaan ianya akan mengeras dan lama-lama akan jadi kecik. Yang lain entah ke mana. Tak kira harga playdough tersebut mahal atau murah.

Boleh bankrap kann mak bapak kan kalau tetiap minggu nak beli playdough...

Kalau duit tu beli pizza buat makan-makan entah dah tambah lemak beberapa kilogramkann..

Ataupun kalau kumpul-kumpul entah-entah duit tu boleh buat melancong ke tempat lain pulakkan hik hik.

Baiklah, berbalik pada cerita aktiviti membuat Homemade Playdough pada hari tersebut.

Start uli-uli tepung nak buat playdough, saja tunjuk kat Rania.

Niat di hati nak bagi dia rasa sikit-sikit tekstur tepung yang sedang di uli sebab setiap kali saya tengah buat cucur atau lempeng, dia pasti nak try buat sama. Jarang saya layankan sebelum ini. Saya hanya bagi sentuh dengan jari gitu-gitu je.

Matanya membulat bersinar-sinar bagaikan rembulan sebaik jari jemari kecilnya menyentuh tepung yang sedang di uli.

Kununnya nak bagi dia try sikit je…lastly dia take over terus. Siap ajak geng lagi sorang join dengan gembiranya.

Terpaksalah ibu sendiri di singkirkan. Hanya mampu bagi instruction daripada jauh sambil berdoa janganlah tepungku di apa-apa kan.

Jari-jari budak kecil

Memang puas hati dengan hasilnya, sebab tekturnya lebih lembut daripada playdough biasa. Baunya harum mewangi sebab saya letak baby oil. (Petang tu Irfan ke sekolah, semua orang tegur kenapa bau wangi ha ha ha).


Mereka pun memang happy sangat-sangat dengan playdough baru ni. Sebab hasilnya dapat banyak dengan pelbagai warna yang mereka mahu.



Baiklah, bagi yang berminat nak buat homemade playdough di rumah, bagi saya inilah resepi terbaik untuk menghasilkan playdough yang terbaik :

Bahan-bahan:

2 cawan Tepung
1/2 cawan Garam (blend halus)
2 sudu kecil Cream of Tartar
2 sudu besar Minyak Masak atau Baby Oil
Perasa vanila/pandan/ros etc
1 cawan Air mendidih
Pewarna 

Cara-caranya:

1) Campurkan kesemuanya sekali ke dalam mangkuk kecuali air dan pewarna.
2) Gaul dengan tangan dan pastikan sebati.
3) Masukkan air mendidih dan kacau dengan sudu.
4) Bila dah suam sedikit, uli dengan tangan
5) Bahagikan dough kepada beberapa bahagian
6) Campurkan dengan pewarna-pewarna berlainan. Uli sekali lagi setiap bahagian.
7) Simpan di dalam bekas tertutup. Tahan berbulan-bulan. Nak tahan lebih lama, boleh simpan di dalam peti ais.




Paling penting, anak-anak happy dan dapat rasai serta berkreativiti dan berimaginasi dengan cara dan hasil tangan mereka sendiri.



1 comment:

  1. Salam singgah sini..blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    ReplyDelete