Citadel of Caitbay atau Fort of Qaitbay adalah kubu yang
telah dibina pada abad ke 15 dan terletak betul-betul di pinggir laut
Mediterranean di hujung kota Alexandria. Ianya telah dibina pada 1477 AD (882
AH) oleh Sultan Al-Ashraf Sayf al-Din Qa’it Bay pada zaman pemerintahan
kerajaan Mamluki.
Angin pagi laut Medditeranean yang sepoi-sepoi menyambut
kedatangan kami dengan airkrim Gelato Homemade
seorang satu di tangan. Ada beberapa kedai yang menjual aiskrim Gelato Homemade
di sekitar kubu ini dan ianya merupakan antara makanan yang anda harus rasa
apabila menjejakkan kaki di Mesir. Rasanya sangat asli dan segar.
Cara untuk ke Citadel ini dari Mandarah:
1)Tremco dari Mandarah ke Manshiah : 2 EP
2)Tremco dari Manshiah ke Akhir Laut: 0.50 EP
Memang sangat murah naik tremco di Mesir.
Memang sangat murah naik tremco di Mesir.
Citadel in di bina di atas
tapak runtuhan rumah api yang dipanggil Pharos of Alexandria (Lighthouse
of Alexandria), yang dahulunya adalah merupakan salah satu seven wonders of
ancient world yang telah musnah akibat gempa bumi besar yang melanda
Mesir ketika itu. Kubu ini dibina dengan menggunakan batu-bata yang kebanyakannya
berasal daripada lighthouse tersebut. Adalah dipercayai bahawa Pharos of
Alexandria merupakan rumah api yang tertua di dunia.
Bayaran masuk ialah 30 EP.
Di dalam kubu tiga tingkat ini ini penuh dengan bilik-bilik
yang pastinya di gunakan untuk menghendap musuh dan melaksanakan strategi
perang.
Lubang untuk mencurahkan minyak panas sekiranya musuh masuk ke dalam kubu. |
Pemandangan seluruh lautan dan bandar berhampiran pantai
dapat dilihat dengan jelas dari tingkat atas kubu ini.
Selain daripada melawat di dalam kubu ni, ada juga
aktivti-aktiviti lain yang boleh di lakukan di sekitar Citadel ini seperti melawat
aquarium laut, naik sampan atau bot, beli souvenir, melawat masjid Al-Abbas,melawat
makam para ulama dan juga lepak-lepak makan aiskrim sambil menikmati keindahan
panorama sekitar malah anda boleh memancing jika mahu!
Jika sudah sampai Iskandariah, Citadel of Caitbay sememangnya merupakan salah satu tempat menarik yang wajib di kunjungi.
No comments:
Post a Comment