Teksi yang di naiki daripada Rumah Perlis ke Stesen Keretapi
Cairo adalah kepunyaan lelaki arab Mesir yang baik dan alim kelihatannya. Dalam
perjalanan tidak putus-putus dia berbual dengan Nazihah sementara kami berdua
terdiam dan meneka-neka kerana tidak paham butir bicara Bahasa Arab di antara mereka. Setakat
Ana, MaIsmuka, KaifaHaluka dan perkataan-perkataan yang seangkatan dengannya tu bolehla faham…
Dia malah memasang ayat-ayat bacaan Al Quran, ada antaranya
ialah rekod bacaan oleh suaranya sendiri. Merdu suaranya, barangkali laku
sekiranya menjadi imam jemputan sembahyang terawikh di Malaysia.
Pemandu teksi yang berjambang. Muda lagi daam 26 tahun umurnya. Masih bujang. |
Pukul 9.30 pagi kami tiba di stesen keretapi yg kelihatannya
sibuk. Mulanya kami merancang untuk menaiki keretapi ke Alexandria daripada
Cairo. Harga tambang tiket keretapi daripada Cairo-Alexandria ialah di antara
25 EP – 35 EP. Namun rezeki tidak memihak, tiket telah habis di jual kesemuanya.
Yang ada hanya tiket sebelah petang, dan
kami tidak mampu untuk menunggu selama itu.
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menaiki Tremco atau Arabi Terbang yang berharga 35 EP seorang. Tremco ialah sejenis kenderaan awam yang popular di Mesir, iaitu sejenis van yang mampu memuatkan berbelas-belas orang dalam satu masa. Seatnya kecil sahaja, ruangnya kecil sahaja tapi menakjubkan ianya mampu memuatkan hatta Arab bersaiz besar sekalipun. Segalanya tidak mustahil di bumi Mesir.
Pemandangan di dalam perjalanan lebih kurang 3 jam daripada Cairo ke Alexandria menarik untuk di tatapi walau di dalam Tremco yang ruangannya sempit. Namun, saiz tidak melambangkan keselesaan kerana saya nyenyak tidur berbantalkan lengan suami hampir sepanjang perjalanan! Rasanya, Tremco yang laju memecut dan terbuai-buai membuatkan saya tidak mampu menolak ajakan mata.
First glimpse of Alexandria |
Akhirnya kami tiba berdekatan stesen keretapi Alexandria.
Kami harus menaiki teksi daripada tempat ini untuk ke homestay di Mandarah.
Nasib agak kurang memihak, entah mengapa agak sukar untuk kami mendapatkan
teksi yang agak besar yang mampu memuatkan beg-beg kerana hampir semua teksi
mereka comel-comel belaka. Ada juga teksi yang di ingini, tetapi penuh dengan penumpang. Akhirnya Nazihah berjalan ke hadapan jalan besar
sedikit daripada tempat kami menunggu. Cuba untuk menahan teksi di situ.
Teksi di Alexandria. |
Saya perasan ada seorang “Ammu” asyik memandang kearah kami
dan beg-beg kami. “Ammu” yang bermaksud “pakcik” ialah panggilan popular oleh
pelajar-pelajar Al Azhar kepada lelaki Mesir tidak kira lelaki itu tua/muda,
hensem/tidak, kaya/miskin walaupun sebenarnya Ammu ialah panggilan untuk lelaki
Mesir yang jauh lebih tua dari si pemanggil. Oleh kerana terbiasa mendengar
Nazihah yang muda remaja menggelar Ammu hatta kepada lelaki hensem muda belia
Mesir sekalipun, maka kami yang remaja purba ini pun terikut-ikut menggelar mereka sedemikian.
Ammu tersebut berkata sesuatu kepada saya tetapi saya hanya
tersengih mengangguk-angguk malas untuk melayan, yang sebenarnya saya tidak
faham sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya. Saya pura-pura memandang
kearah lain, dan pura-pura sibuk membelek kasut yang agak berdebu walau baru
hari kedua berada di bumi Mesir.
Akhirnya Nazihah berjaya menahan sebuah teksi yang agak
besar. Tapi agak hampa kerana harga yang pemandu tersebut caj kepada kami
terlalu mahal. Jadi kami terpaksa melepaskan teksi tersebut pergi dan
berura-ura mahu menahan teksi lain pula. Belum sempat teksi mahal tersebut
pergi, Ammu yang tadi sibuk-sibuk
memandang kami pergi kearah teksi tersebut dan berkata sesuatu kepada Nazihah.
Mendengar caj yang mahal itu, dia beralih pula kearah pemandu teksi dan berkata
sesuatu kepada pemandu tersebut. Nampaknya dia cuba bersungguh-sungguh mempertahankan harga yang murah untuk kami.
Kami pula besungguh-sungguh mengatakan tidak mengapa, bahawa kami akan cuba
mendapatkan teksi lain. Namun Ammu tersebut lansung tidak mempedulikan kami,
malah sungguh-sungguh dia berdebat dan mempertahankan harga yang sepatutnya, walaupun kami ketika itu kami juga sedang bersungguh-sungguh cuba untuk
menahan teksi yang lain pula. Jika di lihat sepintas lalu, mereka seakan
bergaduh pula. Namun demikian, entah apa yang di perkatakannya kepada pemandu teksi tersebut,
akhirnya ketekadan dan semangat si Ammu mempertahankan harga untuk kami, membuatkan
si pemandu teksi mengalah, dan akhirnya kami di benarkan menaiki teksi tersebut
dengan caj yang berpatutan.
Peristiwa ini benar-benar membuatkan saya lebih memahami
sikap Arab Mesir. Sikap mereka amat berani dan berterus terang serta tidak
takut-takut untuk mempertahankan hak mereka dan kebenaran atau apa yang di rasakannya benar, tetapi kadang kala ianya terlalu
berani sehingga mungkin boleh mampu membawa kepada perbalahan.
Dan sesungguhnya, hari kedua di Mesir dan jejak pertama di
Alexandria telah menemukan saya dengan 3 orang Mesir yang baik-baik. Angka yang
boleh tahan untuk syak wasangka tebal berasas.
Terima kasih. Masa ni sy sdg berada di stesyen keretapi cairo utk ke alexandria...
ReplyDeleteWow :-)
Delete