Commercial Break

Tuesday, March 30, 2021

Legendary Orchid Perfume

Sedar tak sedar, tak lama lagi puasa, lepas tu raya. Tetiba terfikir eh dah lama tak beli perfume baru! Rasa macam nak tambah koleksi baru.  Harum semerbak berhari raya bersama bauan yang baru. 


Legendary Orchid Perfume Eau De Parfum oleh Legendary Malaysia. Wow brand apa tu? Pertama kali dengar, tapi namanya yang unik membuatkan hati lebih tertanya-tanya dan ingin merasa. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu perfume ni boleh di dapati di tempat yang bukan calang-calang. Mall-mall besar, malah di airport. Kelass bukan.



Mempesonakan. Sangat wangi. Itu perkataan pertama yang terlintas di hati sejurus selepas semburan pertama Legendary Orchid Perfume. Tak sangka bunga orkid baunya sangat harum. Semerbak satu rumah walau yang pakai tu sorang je haha.






Katanya wangian orkid memaparkan cinta, kecantikan dan kekuatan. Benar sekali! Malahan lebih daripada itu, perasaan terbuai.. tenang dan relaks.

Kalau ada yang tertanya-tanya bagaimanakah bauan wangian orchid? Cubalah dulu perfume ini.




Perfume ini terdapat dalam 2 volume iaitu 30ml atau 50ml. I try yang botol 30ml. Alahai rekaannya bukan sahaja unik, ekslusif keemasan malahan ringan dan comel, mudah di bawa ke mana-mana, masuk je dalam handbag. Mudahlah sis nak sembur kalau agak-agak nak lebih wangi harum semerbak bila kat luar sana haha.




Sebenarnya perfume ini untuk lelaki dan perempuan, dua-dua boleh pakai. Tapi personally I rasa bau dia lebih sesuai untuk wanita kerana wangiannya agak feminine. Rekaannya yang wow menyebabkan ianya juga boleh di pilih sebagai hadiah yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang istimewa.

Tak sangka betul perfume buatan Malaysia pun setanding dengan luar negara.



Mesti ada yang tertanya-tanya, kat mana nak dapatkan Legendary kan? Silalah ke lokasi berkenaan yang berdekatan anda:



Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Legendary, bolehlah jenguk-jenguk :


No comments:

Post a Comment