Ianya sudah masuk waktu solat Jumaat ketika kami tiba di El Mursi Abul-Abbas Mosque ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Al-Abbas. Beliau merupakan ulama besar Mesir pada kurun ke 13 dan beliau turut di maqamkan di dalam masjid ini. Ianya sangat dekat dengan Citadel of Caitbay iatu hanya dengan beberapa minit berjalan kaki. Berdekatan dengan masjid ini juga terdapat maqam Imam Busyari yang terkenal kerana telah menamakan Buldah yang sering di baca oleh orang ramai ketika menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w.
Masjid ini di bina pada tahun 1307 dan kini merupakan salah satu masjid yang terpenting yang terpenting di Alexandria.
Selesai solat di masjid kami menaiki Trem Byran dari depan Masjid ini untuk ke Mahattah Raml. Sangatlah slow trem ini sehinggakan orang jalan kaki pun lebih laju daripada trem ini, tapi sebab nakkan pengalaman, redah ajela..lagipun harganya sangat murah iaitu cuma 0.50 EP seorang.
Memang berbaloi bagi yang nak rasakan pengalaman naik trem zaman 70-an? di sebabkan keadaan di dalam trem rasa-rasanya seperti tiada pembaharuan sejak zaman itu.
Dari Mahattah Raml kami menaiki teksi untuk ke Roman Amphitheater dalam 10 EP seorang. Untuk masuk ke Roman Amphitheter ini, banyaran seorang 20 EP di kenakan, jadi kami decide tak masuk dan hanya mengintai-ngintai dari celah pagar sahaja, sebab tempat ini bukan berada di kawasan tertutup, ianya boleh nampak dari luar pagar, dan kawasannya tidaklah besar sangat. (Sebenarnya, memang nasib baik tak masuk kerana jika di bandingkan dengan Hierapolis dan Ephesus di Turki. Binaan di sana lebih mengkagumkan) Namun, jika tidak ke Turki, haruslah masuk kerana di sini terdapatnya kesan tamadun Rom ribuan tahun dahulu. Ianya pernah tertimbus dan tidak mendapat perhatian kerajaan Mesir sehinggalah pada tahun 2006 hasil inisiatif Universiti Warsaw, Poland sekumpulan ahli arkeologi telah memulakan proses baikpulih Roman Amphitheather ini dengan kerjasama kerajaan Mesir.
No comments:
Post a Comment