Pagi-pagi lagi kami sudah terpacak di hadapan Istana Raja
Farouq atau kini lebih dikenali sebagai Montazah Palace yang terletak di
dataran tinggi menghadap lautan Medditeranean yang indah.
Istana ini kini di gunakan untuk para tetamu Presiden Mesir
yang membuat lawatan ke Iskandariah dan di samping itu ia di buka sebagai
tarikan para pelancong. Malah telah di bina sebuah hotel di dalam kawasan yang
maha luas ini.
Hotel di kawasan Montazah |
Pelbagai aktivti boleh di lakukan di dalam Montazah, antaranya ialah memancing di laut Medditeranean |
Bayaran masuk ialah 8 EP dan harus bersedia dengan stamina
yang kuat untuk berada di sini. Jika tak larat berjalan boleh cuba naik basikal
dengan bayaran tambahan (saya tidak ingat caj tambahan sewa basikal di sini).
Sesungguhnya, kawasan istana yamg indah ini amat luas, sehingga kami
yang dah cukup makan dengan makanan sarapan pagi memarak selera iaitu Pizza dan
Fathirah Coklate yang enak ini pun mengambil keputusan untuk pulang menaiki
teksi ke luar dari Montazah untuk ke jalan besar setelah satu pagi letih
menghabiskan masa di dalam kawasan Montazah!
Oh ya, untuk ke sini, pagi tadi kami hanya berjalan kaki
dari Mandarah kerana jaraknya yang amat dekat dari tempat tinggal homestay yang kami diami.
No comments:
Post a Comment